Petua Hilangkan Parut Jerawat

Petua Hilangkan Parut Jerawat

Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan mula timbul sekiranya anda telah mengalami fasa akil baligh ketika anda berada di usia remaja. Anda juga akan mengalami perubahan tubuh badan dan pelbagai lagi perubahan ketika anda berada di dalam fasa ini. Jerawat juga akan meninggalkan parut yang sukar ditanggalkan sekiranya anda memicitnya ketika ia belum masak dan juga mengganggunya ketika ia berada di dalam fasa yang awal. Jerawat yang timbul dari whitehead dan kemerahan juga akan meninggalkan parut meskipun anda tidak mengganggunya.

Parut jerawat bukan sahaja akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam, malah ia juga boleh menyebabkan anda tidak yakin dengan diri anda sendiri. Parut-parut jerawat selalunya sangat degil dan menyebabkan anda sering bertukar produk sehingga anda berputus asa untuk mencuba produk-produk yang lain. Jenis-jenis parut jerawat seperti parut yang hitam dan berlubang adalah yang paling sukar ditanggalkan. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda cuba.

Petua Hilangkan Parut Jerawat

  • Timun

Parut jerawat anda dapat dipudarkan dengan menggunakan timun. Hal ini kerana timun mempunyai Vitamin A dan juga vitamin C serta magnesium yang mampu memberikan kelebihan untuk kulit anda dan juga memudarkan parut jerawat yang degil. Anda boleh menggunakan timun yang telah dipotong dan letakkan timun tersebut ke bahagian parut anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas wajah anda. Timun mempunyai kandungan air yang sangat tinggi dan ia boleh memberikan kesegaran kepada wajah anda serta menyembuhkan dan melembapkan kulit wajah anda.

  • Madu

Madu adalah pelembap semulajadi yang sentiasa digunakan oleh ramai peminat kecantikan. Khasiat madu telahpun diketahui sejak zaman dahulu kala dan ia juga termasuk dalam petua orang tua-tua sekiranya anda mahukan kulit wajah yang cantik dan licin. Madu bukan sahaja boleh memudarkan parut jerawat, tetapi ia juga boleh memberikan kulit wajah yang bersinar. Apa yang anda boleh lakukan ialah anda boleh meletakkan madu di bahagian parut jerawat anda dan gosokkan wajah anda dengan lembut. Biarkan selama beberapa minit ataupun tunggu sehingga madu tersebut kering dan bilas seperti biasa.

  • Aloe vera

Lidah buaya atau aloe vera kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Gunakan dengan mematahkan aloe vera dan letakkan lendirnya yang tidak berwarna ke wajah anda. Anda juga boleh mendapatkan gel aloe vera yang berada di farmasi berdekatan anda.

  • Baking soda

Baking soda ini menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya bagi mengelakkan jerawat baru naik. Caranya, campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan terlalu cair. Lumurkan campuran ini ke muka anda dan pastikan anda cuci muka menggunakan moisturizer selepasnya. Amalkan setiap dua hari sekali.

  • Lemon

Lemon yang mempunyai asid alfa hidroksil yang tinggi membolehkan ia meransang pertumbuhan kulit wajah yang baharu dan seterusnya mengurangkan parut jerawat. Ia juga mempunyai kadar vitamin C yang tinggi dan membolehkan anda mempunyai kulit yang cerah. Namun begitu, anda perlu berhati-hati ketika menggunakan lemon kerana ia adalah phototoxic dan menyebabkan pigmentasi kepada kulit anda sekiranya terdedah dengan cahaya matahari. Ketika waktu malam, campurkan jus lemon dengan sedikit air dan sapukan kepada wajah anda dan bilas selepas 30 minit.

  • Minyak zaitun

Minyak zaitun telahpun diketahui umum tentang khasiatnya jika anda menggunakan ia untuk memasak. Minyak zaitun juga boleh memberikan kesan awet muda dan juga wajah yang bersinar ketika anda menggunakannya. Sapukan minyak zaitun ke wajah anda. Oleskan lebih minyak terutamanya kepada bahagian yang berparut. Penggunaan minyak zaitun yang konsisten bukan sahaja membolehkan parut jerawat anda pudar, malah wajah anda juga akan kelihatan lebih berseri.

  • Ubi kentang

Ubi kentang juga mempunyai pelbagai vitamin dan mineral yang tidak ramai tahu akan khasiatnya. Kanji yang boleh ditemui di dalam ubi kentang berupaya membantu menghaluskan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan menghiris ubi kentang tersebut dan tempekkan kepada kulit muka. Gunakan hirisan yang lebih tebal untuk bahagian yang berparut dan biarkan sekurang-kurangnya 15 minit untuk membolehkan kulit anda menyerap khasiat ubi kentang dan bilas wajah anda.

  • Daun sirih muda

Jika anda mahu menghilangkan parut jerawat di wajah anda dengan lebih cara yang lebih murah, anda boleh meletakkan daun sirih muda di wajah anda kerana ia dapat membantu menghilangkan parut jerawat dan juga mengembalikan seri wajah anda. Caranya ialah dengan menumbuk sepuluh helai daun sirih muda dan tempelkan pada muka. Lebihkan menempel di bahagian yang berparut dan biarkan sehingga kering. Cuci wajah anda dan letakkan moisturizer dan amalkan sebanyak tiga kali seminggu.

  • Asam jawa

Asam jawa juga adalah salah satu bahan yang digunakan di dalam masakan dan boleh memberikan khasiat yang baik kepada wajah anda dan membantu memudarkan parut jerawat. Anda boleh melakukannya dengan mengambil sedikit asam jawa dan bancuhkan dengan air masak. Pastikan ia tidak terlalu cair dan mempunyai konsistensi seperti pes. Sapukan pes tersebut ke bahagian yang berparut dan biarkan selama 30 minit. Bilas seperti biasa dan bersihkan wajah anda dengan pencuci muka.

  • Bedak sejuk dan kulit kayu manis

Bedak sejuk adalah benda yang digunakan oleh orang zaman dahulu untuk mendapatkan kulit wajah yang licin dan berseri. Anda juga boleh menggunakan bedak sejuk untuk menghilangkan parut jerawat dan dapatkan kulit wajah yang cantik dan bersinar. Jika anda mempunyai parut yang degil, anda boleh campurkan kulit kayu manis dan bedak sejuk. Caranya ialah tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur dan berserbuk dan campurkan bersama bedak sejuk. Jadikan ia pes dan sapukan ke wajah anda dan biarkan semalaman.

  • Air tebu

Air tebu mempunyai asid glycolic yang juga mempunyai perkara yang sama seperti buah lemon. Ia boleh menghilangkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel yang baru. Ini membolehkan parut jerawat anda pudar dengan lebih cepat. Caranya ialah dengan mencampurkan dua bahagian air tebu ke satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dan letakkan moisturizer ke wajah anda.

  • Tomato

Buah tomato mempunyai pelbagai kelebihan untuk mengembalikan kecantikan wajah anda terutamanya untuk mencerahkan kulit anda dan mendapatkan wajah yang berseri dan licin. Ia mempunyai kadar vitamin A yang tinggi di mana ia boleh merawat wajah anda dan menggalakkan pertumbuhan sel yang baru. Anda boleh potong buah tomato kepada dua bahagian dan bekukan ia. Sapu tomato yang beku ke wajah anda dan guna sehingga ia lumat. Bilas wajah anda dengan bersih.

Rujukan :

https://profhariz.com

Loading...

Tags: #cara hilangkan parut jerawat hitam dengan cepat #cara hilangkan parut luka #cara menghilangkan parut jerawat #cara merawat kulit muka berjerawat #cara nak hilangkan jerawat dalam masa 1 hari #cara nak hilangkan jerawat dengan cepat #cara nak hilangkan parut jerawat #cara tradisional menghilangkan parut jerawat #jerawat #mengatasi parut jerawat #menghilangkan jerawat dengan cara alami #parut jerawat #petua hilangkan parut jerawat #ubat hilangkan parut jerawat #ubat parut jerawat yang paling berkesan

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Petua Hilangkan Parut Jerawat"