Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia

Foto Artis Indonesia Ayu Ting Ting Wallpaper

Ayu Ting Ting, satu jenama yang tidak asing lagi di persada seni hiburan Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Bukan sahaja cantik bak bidadari, pemilik nama sebenar Ayu Rosmalina ini merupakan selebriti wanita yang versatil dan mempunyai karismanya tersendiri.

Selain bergelar seorang penyanyi dangdut, anak kelahiran Depok, Jawa Barat, Indonesia ini berbakat dalam bidang pengacara dan lakonan.

Untuk pengetahuan pembaca, figura ini pernah menyanyi di kenduri-kenduri kahwin sejak berusia 14 tahun. Malahan, pelantun lagu Sambalado ini juga pernah menjadi model cilik ketika berumur 4 tahun.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda tentang biodata dan fakta menarik mengenai Ayu Ting Ting. Check it out!

Biodata Ayu Ting Ting

Nama Penuh: Ayu Rosmalina
Nama Komersil: Ayu Ting Ting
Tarikh Lahir: 20 Jun 1992
Umur: 26 Tahun (2017)
Asal: Depok, Jawa Barat, Indonesia
Adik-Beradik: Anak sulung daripada dua adik-beradik
Status: Janda
Kerjaya: Penyanyi, Pengacara dan Usahawanita
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia

Lagu: Alamat Palsu, Cinta dan Benci, Geisha, Minyak Wangi, Sik Asik, Single Happy, Geregetan, Ya Sudah Ya Sudahlah, Geboy Mujaer, Sambalado, Kekasihku, My Lopely dan banyak lagi.

TV Host: Dahsyat (RCTV), Apa-Apa Saja (Global TV) dan Live With Raffi Ayu (Trans TV).

Anugerah/Pencapaian: Artis Penyanyi Fenomenal Terbaik di Klik! Awards 2011, 100% Goyang di 100% Ampuh Awards 2013, Penyanyi Muda Terpopular dan Lagu Terpopular (lagu Alamat Palsu) di MNCTV Dangdut Awards 2013, Penyanyi Dangdut Terdahsyat dan Artis Terpedas di Dahsyatnya Awards 2014, Penyanyi Dangdut Wanita Terpopular dan Penyanyi Dangdut Progresif Terbaik di Anugerah Dangdut Indonesia 2015, Lagu Dangdut Paling Ngetop (lagu Sambalado) di SCTV Awards 2016 dan banyak lagi

Laman Sosial Ayu Ting Ting

Fakta Menarik Ayu Ting Ting

  1. Berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarson (Enji) pada 4 Julai 2013 di usia 21 tahun dan pasangan ini bercerai pada 1 April 2014.
  2. Hasil perkahwinan terdahulu, Ayu mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Bilqis Khumairah Razak.
  3. Berstatus janda, Ayu turut digosip dengan selebriti lelaki Indonesia seperti Raffi Ahmad, Ivan Gunawan, Shaheer Seikh, Tarra Budiman dan Andi Arsyil.
  4. Lagu Alamat Palsu melonjakkan namanya sebagai penyanyi dangdut di Indonesia.
  5. Lagu Alamat Palsu mula popular pada tahun 2011 walaupun telah diterbitkan pada 2007.
  6. Ayutinglicious merupakan nama kelab peminatnya.
  7. Pernah melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan di Gunadharman University pada 2010. Namun, terpaksa berhenti untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi.
  8. Selain Jessica Iskandar, Ayu pernah berteman rapat dengan pelakon cantik popular, Luna Maya.
  9. Menjalankan pelbagai bisnes seperti membuka pusat karaoke keluarga, menjual pakaian ready wear berjenama A2T, produk penjagaan rambut Ayting dan banyak lagi.
  10. Sangat aktif di Twitter.
  11. Hatersnya turut membuka akaun Instagram bernama Boikot Ayu Ting Ting @dramakuin dimana mempunyai lebih 100,000 pengikut.
  12. Mempunyai 20 juta pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Ayu Ting Ting

ayu-ting-ting-cantik-berhijab-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesiasenyuman-ayu-ting-ting-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesiawajah-ayu-ting-ting-berhijab-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesiawajah-ayu-ting-ting-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia rambut-ayu-ting-ting-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia penyanyi-dangdut-ayu-ting-ting-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia gambar-selfie-ayu-ting-ting-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia foto-ayu-ting-ting-sedang-snokling-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia foto-ayu-ting-ting-dangdut-indonesia-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia

ayu-ting-ting-skirt-pendek-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia

Ayu-ting-ting-dan-anaknya-Bilqis-Khumairah-Razak-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia artis-indonesia-ayu-ting-ting-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia

azlan-150x150 Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak ayu ting ting #artis dangdut indonesia ayu ting ting #Ayu Ting Ting #ayu ting ting and shaheer #ayu ting ting dan shaheer sheikh #ayu ting ting kamu kamu kamu #ayu ting ting raffi ahmad #ayu ting ting sambalado #ayu ting ting suara hati #ayu ting ting wikipedia #Ayu Tingting #Biodata Ayu Ting Ting #foto ayu ting ting #gambar ayu ting ting #info berkenaan ayu ting ting #lagu ayu ting ting #lagu sambalado #laman sosial ayu ting ting

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Ayu Ting Ting, Penyanyi Dangdut Popular Indonesia"