Tanda Awal Jangkitan Cacing Kepada Kucing Dan Kesannya

Tanda Awal Kucing Terkena Cacing

Pelbagai jenis parasit boleh menjangkiti kucing kesayangan anda. Antara parasit yang biasa ditemui adalah cacing yang menghuni perut kucing. Masalah cacing boleh memberi kesan yang kritikal kepada kucing malah ia juga boleh berjangkit kepada manusia.

Apakah jenis-jenis cacing yang biasa menyerang kucing?

  • Roundworms
    Ia adalah sejenis cacing parasit yang paling biasa menyerang perut kucing. Panjangnya mencecah 3 hingga 4 inci dan kelihatan seperti spageti. Anak kucing biasanya mendapat serangan cacing ini daripada susu ibunya manakala kucing dewasa mendapat jangkitan daripada haiwan yang mereka tangkap dan makan.
  • Hookworm
    Ia adalah cacing yang lebih kecil Roundworm dan biasanya berada di dalam salur darah. Oleh kerana ia menghisap darah perumah maka, ianya adalah sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan anemia terutamanya pada anak kucing yang baru dilahirkan.
  • Tapeworm
    Cacing jenis ini pula berbentuk panjang dan leper serta mempunyai segmen badan. Mempunyai ukuran sekitar 4 hingga 28 inci. Cacing ini akan menyebabkan kucing muntah dan kehilangan berat badan. Ia biasanya berpunca dari haiwan yang di makan oleh kucing. Tapeworm akan memisahkan badannya dan menyembunyikan diri di sebalik kulit. Jika anda melihat pada peha kaki belakang kucing terdapat ketulan seperti beras, kemungkinan itu adalah Tapeworm.

Bagaimana kucing anda boleh dijangkiti oleh cacing?

Ada pelbagai cara cacing menjangkiti kucing tetapi, kebiasaannya ia berpunca dari haiwan yang di makan oleh kucing seperti tikus dan burung. Anak kucing pula berjangkit daripada ibu yang dijangkiti cacing melalui susu.

Apakah tanda awal ataupun simtom serangan cacing kepada kucing?

Kucing yang dijangkiti oleh cacing akan mengalami beberapa keadaan, antaranya ialah :

  • Susut berat badan
  • Masalah pernafasan
  • Batuk
  • Cirit birit
  • Muntah
  • Bonjolan seperti beras di sekitar kemaluan
  • Bonjolan berdarah

Apakah rawatan yang sesuai kepada kucing yang dijangkiti cacing?

Rawatan cacing hendaklah dilakukan oleh mereka yang bertauliah iaitu Verteriner yang sah. Sebarang kaedah yang diformulasi sendiri mungkin boleh menyebabkan kemudaratan kepada kucing anda. Berikut adalah jadual rawatan yang disyorkan oleh doktor verteriner.

Anak kucing
Deworm bermula usia 2, 4, 6, dan 8 minggu
Kemudian pada umur 12 dan 16 minggu
Selepas itu pada usia 6 bulan 1 tahun
Selepas usia 1 tahun disaran ikut jadual kucing dewasa

Kucing dewasa

  • Kucing “indoor” disarankan Deworm sekali atau dua kali setahun
  • Kucing “outdoor” pula seeloknya 3 kali setahun

Rujuk jenis ubat cacing dan sukatannya

Kucing yang baru dipelihara atau kucing jalanan

Jika kucing belum Deworm oleh pemilik asal, sila Deworm setiap 3 bulan. Selepas setahun ikut jadual kucing dewasa. Kuarantinkan (asingkan) kucing sementara supaya tiada jangkitan kepada kucing lain.

Jangkitan cacing kepada manusia

Kanak-kanak adalah mangsa paling terdedah dengan serangan cacing kucing. Telur Roundworm boleh berada dimana-mana di sekitar kawasan rumah. Sekiranya kanak-kanak termakan telur cacing yang berada pada mainan mereka, kesannya amat merbahaya. Hookworm pula boleh menembusi kulit manusia.

Bagaimanakah kaedah kawalan kepada jangkitan cacing?

  • Anda perlu memastikan kucing berada di dalam rumah (indoor cat).
  • Anda perlu memastikan kawasan rumah bebas haiwan parasit dan kutu.
  • Amalkan kaedah kebersihan yang baik seperti memakai sarung tangan dan guna cecair nyah jangkitan seperti Dettol.
jangkitan-cacing-kepada-manusia Tanda Awal Jangkitan Cacing Kepada Kucing Dan Kesannya

Jangkitan cacing kepada manusia

Loading...

Tags: #anak kucing muntah cacing putih #bahaya cacing kucing #cacing gelang pada kucing #cacing kremi pada kucing #cacing pada kucing #cacing pada kucing menular ke manusia #cara mengobati kucing cacingan secara alami #harga obat cacing kucing #jangkitan cacing pada kucing #jenis cacing kucing #kenapa perlu kawal jangkitan cacing pada kucing #kotoran kucing ada cacing putih #kucing jalanan kena cacing #kucing kena cacing #kucing rumah kena cacing #obat cacing kucing kampung #rawatan kucing kena cacing #risiko dijangkiti cacing kucing #serangan cacing kucing #tanda awal kucing kena cacing

Tips Halau Kucing Liar Dari Kawasan Rumah Anda
Jika anda ingin mengeluarkan kucing liar dari kawasan rumah anda atau menghentikan tingkah
Kucing Anda Terlalu Gemuk : Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?
Bagi kucing yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, perubahan diet dan gaya
Petanda Kucing Peliharaan Anda Sakit
Tanda-tanda kucing sakit boleh berbeza-beza bergantung pada jenis penyakit atau keadaan kesihatan yang
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor

Leave a reply "Tanda Awal Jangkitan Cacing Kepada Kucing Dan Kesannya"