Top 5 Jenama Fesyen Dunia Paling Popular 2017

Brand Fesyen Paling Terkenal 2017

Setiap manusia yang ada di muka bumi mempunyai cara tersendiri apabila berfesyen.

Bermula dari gaya santai seperti street wear dan sporty hingga fesyen berkelas tinggi dan mewah mengikut citarasa masing-masing.

Sama ada berjenama atau tidak, fesyen menggambarkan sedikit sebanyak karakter dan personaliti diri seseorang dalam penampilannya.

Menariknya, portal carian fesyen global Lyst dan Business Of Fashion baru-baru ini membuat analisis terhadap lebih 65 juta pengguna, 4 juta produk dan 12,000 jenama fesyen di seluruh dunia.

Menerusi analisis tersebut, mereka mengeluarkan senarai 5 jenama fesyen dunia paling popular pada tahun ini di kalangan pengguna masa kini.

Adakah jenama fesyen kesukaan anda terkandung dalam analisis berkenaan? Apa tunggu lagi, jom kita semak artikel di bawah?

5. Givenchy

Givenchy Simbol

Jenama dari Perancis, Givenchy menduduki tempat kelima sebagai jenama fesyen dunia paling popular 2017.

Untuk pengetahuan pembaca, Givenchy merupakan jenama kesukaan keluarga Kimdashian.

Mengangkat gaya street wear, koleksi ready to wear terbaharunya yang didominasi warna monokrom berjaya menawan hati para penggemar fesyen terutamanya dikalangan belia meskipun harga yang ditawarkan mencecah ribuan ringgit.

4. Vetements

Vetements

Jika tahun lalu mengungguli carta pertama, Vetements turun ke posisi keempat sebagai jenama fesyen dunia paling popular tahun ini.

Dalam banyak-banyak jenama, Vetements memiliki produk pilihan yang unik dan ikonik seperti seluar jeans panjang yang boleh dizip di bahagian punggung sekaligus memberi peluang kepada pengguna untuk mendedahkan ‘aset’ jika mahu dengan harga RM6,600 (AS$1,500).

Antara pengguna tegar jenama dari Perancis ini adalah Justin Bieber dan Bella Hadid.

3. Balenciaga

Balenciaga Paris Logo

Terkenal dengan potongan dan skrukturnya yang menepati selera para pengguna, Balenciaga mengejutkan dunia fesyen apabila berada di tangga ketiga sebagai jenama fesyen dunia paling popular.

Produk-produk yang diriliskan sejak akhir-akhir ini turut mendapat perhatian orang ramai dek kerana menyerupai sesuatu barangan sedia ada.

Sebelum mengeluarkan koleksi beg terbaharunya yang mirip beg pasaraya perabot Ikea berharga RM9,450 di mana habis dijual, jenama high-end dari Perancis ini turut menghasilkan beg tangan bersaiz jumbo yang seakan-akan beg plastik berzip yang lazimnya digunakan untuk memuatkan selimut tebal atau lebih dikenali sebagai Toto.

2. Yeezy

Adidas Yeezy Logo

Buat peminat sneakers Yeezy diluar sana, jenama kesukaan anda menduduki posisi kedua sebagai jenama fesyen dunia paling popular pada tahun ini.

Jenama milik Kanye West ini banyak menghasilkan koleksi sneakers yang stailo, selasa dan trending. Masih ingat saat sneakers Yeezy Boost 350 hasil kolaborasi bersama jenama pakaian sukan terkenal, Adidas yang habis dijual dalam masa beberapa minit.

1. Gucci

Gucci Logo

Berpengaruh di media sosial dan menggunakan generasi muda sebagai model kempennya, Gucci menjuarai carta jenama fesyen dunia paling popular sepanjang 2017.

Malah, jenama dari Itali ini juga berjaya menduduki rangking tertinggi dalam laporan Top Product pada tahun ini.

Ternyata, kepimpinan dibawah Alessandro Michelle selaku Pengarah Kreatif berjaya mengangkat nama Gucci di mata dunia dan digemari para pengguna tanpa mengira perbezaan umur.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #brand fesyen paling top 2017 #Jenama Fesyen Dunia Paling Popular 2017 #Jenama Fesyen Popular Antarabangsa

5 Jenis Kasut Wanita Perlu Ada Dalam Simpanan Mereka, Lelaki Kenalah Faham!
Selain pakaian, makeup, aksesori dan minyak wangi, sepatu atau kasut memainkan peranan yang
Ketahui Karakter Lelaki Idaman Anda Menerusi Minyak Wangi Yang Dipakai. Wanita Wajib Ambil Tahu!
Ingin mengenali karakter dan personaliti diri lelaki idaman anda? Jangan khuwatir! Anda boleh
Tips Pilih Minyak Wangi Ikut Personaliti Diri Wajib Anda Tahu!
Tanpa mengira jantina, minyak wangi atau perfume merupakan item wajib dimiliki setiap orang
5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!
Tidak dapat dinafikan bahawa aiskrim bukan hanya disukai oleh kanak-kanak malahan menjadi kegilaan

Comments are closed.