Restoran Pohon Nako, Tempat Makan Tengahari Sedap Di Kota Bharu

Jpeg

Restoran Pohon Nako terletak dalam bandar Kota Bharu. Ia merupakan destinasi menarik untuk menikmati makan tengahari bersama rakan atau keluarga.

Kepada mereka yang mencari tempat makan sedap area Kota Bharu, restoran ini merupakan salah satu port terbaik untuk makan tengahari.

Dengan sajian lauk pauk makan tengahari Nasi Sumatera, restoran ini menyajikan nasi berlauk pilihan antaranya seperti ayam kampung goreng, ikan keli goreng, ikan kerisi goreng, gulai ikan tenggiri, solok lada dan kerabu.

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan sehingga ia berjaya dinobatkan sebagai Restoran Harga Patut tahun 2016.

Disamping harga yang berpatutan ini, masakan yang dihidangkan sangat sedap dan dijamin halal sehinggakan anda pasti akan berkunjung lagi ke restoran ini.

Restoran ini juga memberi pilihan kepada pelanggan samada mahu membawa pulang atau terus menikmati makan tengahari di ruang makan tingkat bawah dan atas restoran yang disediakan.

Waktu paling sesuai untuk berkunjung ke restoran ini adalah sekitar pukul 11.30 pagi hingga 3.00 petang. Ini kerana, jika anda terlewat, sudah pasti kebanyakan lauk pauk sudah kehabisan.

Untuk ke lokasi restoran ini, anda boleh menaip “restoran pohon nako” di google search. Paparan akan membawa anda ke lokasi.

Jadi, apa tunggu lagi! Jom berkunjung ke sana!

Lokasi :

Jpeg Jpeg Jpeg

Menu Restoran Pohon Nako Menu Ikan Keli Goreng Restoran Pohon Nako Jpeg Jpeg Jpeg Jpeg Jpeg

Carian Berkaitan

nasi sumatera kelantan, nasi sumatera kota bharu
Loading...

Tags: #gambar masakan Restoran Pohon Nako #harga makan di Restoran Pohon Nako #kedai harga patut 2016 #makan best di Restoran Pohon Nako #makan tengahari di kota bharu #nasi ikan keli kota bharu #nasi sumatera kota bharu #no telefon Restoran Pohon Nako #Restoran Pohon Nako #tempat makan best kelantan #Tempat Makan Tengahari Sedap Di Kota Bharu

5 Rumah TERBALIK Popular Di Malaysia Jadi Tarikan Pelancong!
Malaysia kaya dengan pelbagai budaya serta destinasi pelancongan yang menarik dan popular. Selain
Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!
Pernahkah anda mengetahui apakah air terjun yang tertinggi di dunia dan di manakah
4 Destinasi Air Terjun Popular Di Hulu Langat, Selangor
Daerah Hulu Langat merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia.
7 Destinasi Pelancongan Tepi Pantai Yang Menarik Di Negeri Melaka
Negeri Melaka terkenal dengan warisan sejarah dan merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di

Comments are closed.