Ingin Jana Pendapatan Di Bulan Ramadan? Ikuti 5 Idea Ini

Idea Bisness Bulan Ramadhan

Ramadan bukan sahaja bulan yang menguji keimanan tetapi juga bulan yang melimpahkan nikmat rezeki. Hal ini terbukti dengan ramainya pengusaha dan peniaga yang mengaut keuntungan rezeki berlipat kali ganda sepanjang bulan yang penuh keberkatan tersebut.

Keadaan itu lebih ketara apabila penghujung Ramadan iaitu ketika umat Islam bersiap sedia menyambut hari lebaran.

Jika anda merancang untuk menjana pendapatan di bulan yang dirahmati Allah SWT, ikutilah lima idea ini.

1. Berniaga Di Bazar Ramadan

Buat yang suka berniaga, apakata anda menjalankan bisnes makanan di bazar-bazar Ramadan.

Ini kerana, bukan semua orang yang mempunyai masa untuk memasak dirumah. Lebih-lebih lagi jika isteri atau ibu yang berkerjaya.

Sebagai contoh, anda boleh menjual lauk pauk, pencuci mulut atau air minuman. Pastikan segala makanan dan minuman yang dijual halal, bersih dan berkualiti.

2. Katering Ramadan

Tidak dinafikan, perkhidmatan katering merupakan antara bisnes yang boleh menjanakan pendapatan lumayan di bulan Ramadan.

Bagi yang menjalankan bisnes katering, inilah masa buat anda untuk menawarkan pelbagai promosi bagi menarik para pelanggan membuat tempatan.

Selain pihak masjid dan surau, syarikat-syarikat korporat atau badan-badan persendirian turut membuat tempatan untuk menjalankan majlis berbuka puasa dan moreh.

3. Jual Biskut Raya

Biskut raya merupakan makanan paling laris dibeli oleh orang ramai terutamanya di minggu terakhir Ramadan.

Pendek kata, sambutan hari raya tidak meriah jika tidak dihidang dengan biskut raya kepada para tetamu

Berita baik untuk anda yang suka membuat biskut raya sendiri saban tahun. Marilah menjana wang sampingan dengan membuka tempahan menjual biskut raya buat kawan-kawan dan saudara mara berhampiran anda.

Rempeyek, kerepek pisang atau bahulu menjadi pilihan jika anda pandai memasak kuih tradisional manakala tart nenas, almond london, lidah kucing atau samperit untuk biskut raya moden.

Malah, anda boleh mengiklankan bisnes kuih raya dengan menggunakan media-media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Untuk pengetahuan anda, ramai selebriti tempatan turut menggunakan media sosial bagi menjual biskut raya seperti Zara Zya, Arja Lee dan Erra Fazira.

4. Menjahit Pakaian

Selain musim persekolahan, bulan Ramadan merupakan bulan yang membuka pintu rezeki buat tukang-tukang jahit di luar sana.

Ini kerana, mereka akan menerima pelbagai tempahan untuk menjahit pakaian hari raya.

Untuk pengetahuan anda, sehelai baju kurung yang dijahit boleh mencecah sehingga RM 100.00 mengikut rekaan yang dikehendaki oleh pelanggan.

Apa tunggu lagi, jika anda berkebolehan dalam menjahit pakaian, bulan Ramadan adalah masa sesuai untuk mencari pendapatan tambahan.

5. Menjual Kad Raya dan Sampul Duit Raya

Menghantar kad raya sebagai pengganti diri kepada saudara mara dan sahabat handal yang jauh dimata menjadi kelaziman satu masa dahulu.

Namun kini, ucapan-ucapan selamat hari raya disampaikan menerusi platform media sosial seperti WhatApps, Facebook atau Twitter.

Namun, masih ada yang menggunakan tradisi lama ini untuk memeriahkan lagi suasana sambutan hari lembaran.

Sekarang, banyak syarikat-syarikat dan orang perseorangan berminat membuat kad raya dan sampul raya yang direka khas (custom made) untuk kelihatan lebih eksklusif dan istimewa.

Sebagai pereka grafik, inilah peluang anda untuk meraih pendapatan sampingan dengan menjalankan bisnes sebegini. Walaupun bisnes ini bermusim tetapi memberikan pulangan yang lumayan kepada anda.

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Berniaga Di Bazar Ramadan #bisness bulan puasa #bulan ramadan #cadangan perniagaan di bulan ramadan #idea bisness bulan puasa #Jana Pendapatan Di Bulan Ramadan #Jual Biskut Raya #Katering Ramadan #Menjahit Pakaian #Menjual Kad Raya dan Sampul Duit Raya

Nak Cantik Seperti Neelofa! Ini Rahsianya
Who doesn’t love Neelofa. Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang cantik bak bidadari
6 Perkara Ini Hanya Berlaku Di Bulan Ramadan
Ramadan tiba lagi. Umat Islam di seluruh pelosok dunia akan kembali menunaikan rukun
5 Jenama Tudung Popular Di Malaysia
Lambakan tudung di pasaran tempatan boleh ibaratkan sebagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan
Mahasiswa! Ini Tips Atasi Masalah Tidur Semasa Kuliah
Tanpa mengira masa atau tempat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada semua orang lebih-lebih

Leave a reply "Ingin Jana Pendapatan Di Bulan Ramadan? Ikuti 5 Idea Ini"