Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!

Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!

Perkahwinan merupakan sunnah Nabi SAW. Selain daripada mendapat pahala dengan menyempurnakan sunnah, perkahwinan turut membuka jalan untuk meraih rezeki yang lebih luas. Rezeki isteri diperolehi melalui kerja keras suami dalam mencari nafkah, namun, itu tidak bermakna isteri tidak boleh membantu menjemput rezeki untuk suami.

Bagaimana isteri boleh membantu menjemput lebih banyak rezeki untuk suami?

3 Sifat Isteri Yang Menjemput Rezeki Suami

Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa isteri yang dikahwininya merupakan perantara yang menjemput rezeki suami. Berhati-hatilah dalam memilih isteri dengan memerhatikan ‘3 sifat wanita yang menjemput rezeki suami’ sebelum anda mendirikan rumah tangga.

Yang telah berumah tangga, berusahalah bersungguh-sungguh mengubah isteri anda supaya memenuhi ‘3 sifat wanita yang menjemput rezeki suami’ ini. Sememangnya formula menarik rezeki ini tidak mampu dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dibuktikan secara spiritual bahawa isteri dapat jadi pemangkin magnet rezeki bagi suami.

  1. Isteri yang pandai bersyukur

Wanita yang bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah secara kerohaniannya sedang menarik rezeki dan mengundang lebih banyak nikmat kepada suaminya. Mempunyai suami ia bersyukur, menjadi ibu kepada anak-anak ia bersyukur, anak-anak dapat ke sekolah ia bersyukur, suami menghulurkan nafkah dia bersyukur, suami memberikan hadiah dia bersyukur, suami memenuhi keperluan suami isteri dia pun bersyukur.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengatakan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (Surah Ibrahim : ayat 7)

  1. Wanita Yang Tawakal Kepada Allah

Pada waktu seseorang hamba bertawakal kepada-Nya, Allah mencukupkan rezekinya.

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”(surah Ath Thalaq : ayat 3)

Jika seorang wanita bertawakal kepada Allah sedangkan dia hanya duduk di rumah melayani anak-anak dari manakah sumber rezekinya? Allah mencukupkan rezekinya melalui sumber yang tidak disangka-sangka melalui suaminya dengan memudahkan rezeki itu.

  1. Wanita Yang Baik Agamanya

Rasulullah SAW telah menyebutkan kahwinilah wanita atas empat perkara. Kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya.

فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Sangat beruntung seseorang lelaki mengahwini wanita yang baik agamanya selain dari mendapat keredhaan Allah, wanita yang taat agama juga dapat mengundang rezeki buat suami.

Cuba kita renung-renungkan, jarang sekali kita melihat keluarga yang keseluruhan ahlinya taat pada agama hidup menderita dan mati kelaparan. Setiap hari ada sahaja sumber rezeki yang dibuka oleh Allah untuk mereka.

Jika demikian bagaimana pula dengan seorang suami yang sentiasa berbuat maksiat kepada Allah yang kelihatannya murah rezeki sepanjang kehidupannya? Mungkin saja rezeki yang diperolehnya hasil keberkatan isterinya yang bertaqwa kepada Allah. Allah memudahkan rezeki si isteri melalui tangan suaminya.

Punca Rezeki Suami Sempit

Suami yang merupakan imam memiliki kedudukan penting keluarga. Mereka bertugas menjadi pemimpin dan memastikan keperluan keluarga tercukupi. Dengan kedudukan yang penting ini, tidak pelik jika ada suami yang tidak menghargai posisi isteri. Lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan hanya menjadi ibu rumah tangga sahaja. Maka dengan dominasi kewangan ini, suami kerap kali melakukan tindakan sesuka hati yang dapat melukai hati isteri.

Padahal menyakiti isteri merupakan tindakan yang dapat menutup rezeki. Membahagiakannya menjadi salah satu jalan pembuka pintu rezeki yang paling lebar untuk keluarga. Lantas bagaimana boleh melukai hati isteri boleh buat rezeki sukar?

  1. Emosi isteri yang buruk akan menular

Jika tidak mampu mengungkapkan kepada suami tentang sakit hati yang dirasakannya, biasanya isteri akan memendam perasaan kecewa tersebut. Dalam kadar yang besar, perasaan sakit hati dan kecewa ini akan memburukkan emosi mereka. Perasaan negatif ini lama-lama akan semakin membesar dan berpengaruh kepada seluruh keluarga. Perasaan yang buruk akan menunda rezeki baik yang akan datang.

Untuk itu segeralah untuk memperbaiki keadaan emosi isteri. Sudah banyak terjadi suami yang bertengkar dengan isteri selalu terhalang ketika mencari rezeki. Boleh saja tayar kenderaan pecah, bahkan hingga kecelakaan yang sering dialami setelah dua orang ini saling bertengkar.

  1. Isteri menjadi tidak bersyukur

Suami yang menyakiti isteri baik dalam bentuk ucapan atau tindakan sebaiknya berhati-hati. Pasalnya doa mereka terhadap para suami dalam keadaan terluka ini akan segera dihijabah. Mereka juga menjadi tidak bersyukur atas apa yang sudah anda berikan kepadanya.

Bahkan terkadang suami didoakan tidak diberi rezeki agar menjadi lebih baik kepadanya. Kerana biasanya, lelaki akan berubah ketika memiliki wang lebih. Sehingga tidak pelik dalam hati isteri mendoakan agar suami tidak diberi rezeki agar kembali menjadi peribadi yang baik kepadanya.

  1. Suami tidak dilayani dengan baik

Hal ini tentu sering dilakukan oleh isteri yang hatinya dilukai. Mahu tidak mahu tindakan mereka mencerminkan hati yang sakit yang mereka rasakan. Hati isteri yang terluka biasanya tidak ikhlas ketika melayani suaminya.

Hal ini tentu membuat suami juga menjadi tidak tenang dalam mencari nafkah. Ketika sudah lelah dengan banyak pekerjaan, mereka pun harus menghadapi isteri yang muram di rumah. Akhirnya kerana sama-sama berfikiran negatif, maka akan menutup kebaikan yang akan datang termasuk urusan rezeki. Suami pun menjadi tidak semangat ketika harus bekerja dengan keadaan seperti ini.

  1. Suami tidak disokong

Tidak mampu mengawal perasaan sakit hati ketika disakiti suami akan berdampak terhadap tindakan isteri. Salah satunya isteri tidak lagi menjadi penyokong yang hebat bagi suaminya. Suami dibiarkan berjuang sendirian kerana istri berpaling tidak mempedulikannya lagi. Dengan begini, suami tidak punya semangat untuk selalu bangkit lagi setiap kali menghadapi kesulitan.

  1. Berpengaruh dalam mendidik anak

Isteri yang tidak bahagia tidak mampu diharapkan dalam mendidik anak yang bahagia dan berguna. Kekecewaan terhadap suami akan bertambah pada perilaku mereka terhadap anak. Padahal rezeki boleh datang dari mana saja, termasuk dari anak. Rezeki juga bukan hanya berupa wang, tapi juga berupa anak-anak soleh yang menemui orang tuanya dengan wajah bahagia setiap hari.

Jadi, itulah alasannya kenapa isteri yang tidak bahagia boleh menyukarkan mencari rezeki. Mungkin saja diantara anda ada yang pernah mengalami hal ini. Untuk itu bersegeralah saling muhasabah diri dan minta maaf.

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri Dan Keluarga

Kehidupan rumah tangga bukannya mudah seperti yang disangka orang-orang muda zaman sekarang. Jika tiada persefahaman antara suami isteri maka akan berlakulah pertengkaran dan akan terus membawa ke arah penceraian. Rezeki akan hilang jika perkara-perkara di bawah berlaku dalam rumah tangga.

  1. Sering bergaduh

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari sefahaman antara suami isteri. Bila pasangan tidak redha, di situlah rezeki akan disekat.

  1. Merungut dan berasa anak-anak sebagai beban.

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

  1. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan perkara yang tidak dimiliki.

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan perkara yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

  1. Lokek dengan pasangan dan anak-anak

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

  1. Gagal mengawal emosi dan amarah

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami isteri dan juga anak-anak.

  1. Kurang sabar

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. banyakkan bersabar kerana sabar itu duit.

  1. Kurang doa

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingati mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Loading...

Tags: #3 sifat isteri yang menjemput rezeki suami #7 sebab hilangnya rezeki suami isteri dan keluarga #Isteri Dan Keluarga #kaitan rezeki suami dan isteri #kenapa menyakiti isteri dapat menyempitkan rezeki suami #punca rezeki suami menjadi sempit #punca rezeki suami menjadi sempit ramai isteri tidak perasan #rezeki #rezeki isteri #rezeki suami #rezeki suami ada kaitan dengan isteri #rezeki suami jadi sempit #Sebab Hilangnya Rezeki Suami #Sifat Isteri Yang Menjemput Rezeki Suami

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah

Leave a reply "Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!"