Biodata Puteri Aishah, Heroin Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Biodata Puteri Aisyah, Heroin Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Biarpun masih hijau di arena seni hiburan tempatan, langkah seni wanita bernama Puteri Aisyah begitu produktif.

Tidak sahaja tertumpu pada bidang peragaan, anak jati Kuala Lumpur ini juga laris di pentas lakonan.

Jika dahulu wajahnya hanya mengisi watak-watak sampingan tetapi kini aktres cantik ini menjadi salah satu heroin pujaan Malaya.

Buah tangan terbaharunya iaitu drama bersiri Lelaki Itu Pemilik Hatiku bergandingan dengan Raja Afiq, Syazuwan Hassan dan Julia Farhana telah ditayangkan di slot Akasia di TV3 mulai 31 Oktober 2017.

Untuk info, pemilik nama lengkap Puteri Aishah Sulaiman ini adalah finalis kepada program Dewi Remaja 2014/2015.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan lebih dekat dengan figura berbakat ini.

Biodata Ringkas Puteri Aishah

Nama Penuh: Puteri Aishah Sulaiman
Nama Komersil: Puteri Aishah
Umur: 23 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 6 Jun 1994
Zodiak: Gemini
Asal: Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon & Model
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Air Mata Di Bumi Matador, Raisha, Cinta Roller Coaster, Cik Cinderella Dan Encik Tengku, Cik Cinderella Dan Encik Tengku Raya, Jasmine, Kahwin Muda, Panggilan Subuh, Akulah Balqis, Yang Terakhir Untukku dan banyak lagi.

Filem: Pulang

Teater: Cinduo Mata

Laman Media Sosial Puteri Aishah

Trivia Menarik Puteri Aishah

  • Memiliki darah campuran Melayu- Bugis.
  • Lulusan Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).
  • Pernah mengacarakan program Meletop Kebaboom dan Anugerah Skrin (ASK) 2016.
  • Figura ini pernah menjadi guru pelatih di Sekolah Rendah Taman Melawati 1 dan menjadi viral di media-media sosial disebabkan kecantikan dan keayuan yang dimilikinya.
  • Turut digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan Pengerusi Eksekutif, Naza World Group of Companies iaitu Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.
  • Drama berjudul Akulah Balqis adalah drama pertama lakonannya dan memperkenalkan namanya di persada seni hiburan tanah air.
  • Dalam meningkatkan lagi mutu lakonannya, Puteri Aisyah berguru dengan Fauziah Nawi dan Fatimah Abu Bakar.
  • Sangat meminati pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho.
  • Scha Al Yahya dan Angelina Jolie adalah idolanya dalam bidang seni lakonan.
  • Pernah menyertai program Perang Bibir 2017 bersama-sama Mawar Rashid, Neera Azizi, Raja Afiq, Zulin Aziz dan ramai lagi.
  • Memiliki ketinggian 170 cm dan berat 52 kg.
  • Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Puteri Aishah, Heroin Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Puteri Aisyah #drama lakonan puteri aishah #Kenali Puteri Aisyah #Lelaki Itu Pemilik Hatiku TV3 #Profil Puteri Aisyah #puteri aishah biodata #puteri aishah dewi remaja #puteri aishah drama #puteri aishah pelakon #puteri aishah sm faisal #puteri aishah sulaiman #puteri aishah wikipedia #Puteri Aisyah #Puteri Aisyah Dewi Remaja 2014/2015 #Trivia Menarik Puteri Aisyah

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.