Biodata Jaz Hayat, Penyanyi Lagu Dari Mata

Biodata Jaz Hayat, Penyanyi Lagu Dari Mata

Korang dah dengar lagu ‘Dari Mata’ dendangan penyanyi baharu bernama Jaz Hayat?

Kalau nak tahu, figura kelahiran Brunei ini semakin mencuri tumpuan di lapangan seni hiburan Indonesia.

Paling menarik, jejaka kacak ini dianugerahkan sebagai Penyanyi Pendatang Baru Paling Ngetop di SCTV Awards 2016.

Malah, lagu catchy dan easy listening ini turut menjadi lagu latar untuk drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot.

Sekadar info, bakat pemilik nama lengkap Abdul Aziz Hayat ini dikesan syarikat rakaman selepas membuat persembahan di Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 di Singapura.

Selepas kejayaan luar biasa Dari Mata, Jaz Hayat kini sibuk mempromosikan single keduanya berjudul Kasmaran yang bermaksud mabuk cinta.

Jom intip ringkasan biodata dan trivia menarik figura berbintang Pisces ini.

Biodata Ringkas Jaz Hayat

Nama Penuh: Abdul Aziz Hayat
Nama Komersil: Jaz Hayat
Umur: 24 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 5 Mac 1993
Zodiak: Pisces
Asal: Bandar Seri Begawan, Brunei
Adik Beradik: Anak Tunggal
Kerjaya: Penyanyi & Komposer
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu Brunei
Warganegara: Brunei Darussalam

Lagu/Single: Dari Mata & Kasmaran

Laman Media Sosial Jaz Hayat

Trivia Menarik Tentang Jaz Hayat

  • Penyanyi ini bernaung dibawah pengurusan syarikat rakaman, Sony Music Indonesia.
  • Bergelar seorang pemain bolasepak jika tidak terlibat di dunia seni nyanyian.
  • Pernah menjadi pemain bola sepak dibawah U-16 Brunei.
  • JazSquad adalah nama kelab peminat penyanyi ini.
  • Fasih berbahasa Indonesia.
  • Bruno Mars dan Faizal Tahir adalah idolanya dalam bidang nyanyian.
  • Kedua-dua ibu bapanya bercerai ketika dirinya berusia satu tahun.
  • Sangat rapat dengan arwah nenek dimana telah mengasuh dirinya sejak berusia setahun lagi. Neneknya meninggal akibat penyakit strok dan komplikasi penyakit lain.
  • Suka membaca buku-buku berkaitan kejayaaan seseorang dan biografi.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Jaz Hayat

gambar-Jaz-Hayat-300x300 Biodata Jaz Hayat, Penyanyi Lagu Dari Mata Jaz-Hayat-300x300 Biodata Jaz Hayat, Penyanyi Lagu Dari Mata

azlan-150x150 Biodata Jaz Hayat, Penyanyi Lagu Dari Mata

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #agama jaz hayat #aziz hayat jaz #Biodata Jaz Hayat #biodata lengkap jaz #jaz brunei #Jaz Hayat #jaz hayat biodata #Jaz Hayat Penyanyi Kelahiran Brunei #Jaz Hayat Penyanyi Lagu Dari Mata #jaz hayat wikipedia #jaz penyanyi instagram #Kenali Jaz Hayat #pacar jaz hayat #Profile Jaz Hayat

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.