Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa

Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa

Nama Ahmad Amsyar mula meraih perhatian netizen apabila muncul sebagai pemenang pingat emas dalam acara 1 meter papan anjal di Kejohanan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang telah melaburkan tirainya pada 30 Ogos lalu.

Selain itu, jejaka berusia 25 tahun ini turut memenangi acara 3 meter papan anjal seirama bersama Chew Yiwei di kejohanan berkenaan.

Selain kecemerlangan di kolam renang, anak kelahiran Kangar, Perlis ini turut digilai para gadis diluar sana dek kerana rupa para yang handsome serta memiliki tubuh badan yang tegap dan sasa.

Malah, pengikut di laman sosial medianya terutama di instagram semakin meningkat sehingga ke hari ini.

Jangan buang masa lagi, jom kita berkenalan dengan atlet berbintang Virgo ini.

Biodata Ringkas Ahmad Amsyar

 

Nama Penuh: Ahmad Amsyar Azman
Nama Komersil: Amsyar/Ahmad Amsyar
Tarikh Lahir: 28 Ogos 1992
Umur: 25 Tahun (2017)
Zodiak: Virgo
Asal: Kargar, Perlis
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Atlet Terjun Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Pencapaian:

  • Pingat Emas dalam acara 1 meter papan anjal individu lelaki di Kejohanan Sukan Sea KL 2017.
  • Pingat Emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki di Kejohanan Sukan Sea KL 2017.
  • Pingat Emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki di Kejohanan Sukan Sea Singapura 2015.
  • Pingat Emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki di Kejohanan Sukan Sea Myamnar 2013.

Laman Sosial Media Ahmad Amsyar

Trivia Menarik Ahmad Amsyar

  1. Berjinak-jinak dalam sukan terjun ketika berusia 12 tahun.
  2. Sebelum bakatnya digilap oleh dua jurulatih iaitu Ju-Rong (jurulatih dari China) dan Azamin Man, Amsyar dilatih sepenuhnya oleh ayahnya iaitu Azman Hassan di Kompleks Sukan Stadium Utama Kangar.
  3. Mempunyai ketinggian 163 cm dan berat 63 kg.
  4. Hampir lemas semasa mandi kolam ketika masih kanak-kanak menyebabkan Amsyar fobia bermain air buat seketika.
  5. Pernah tersenarai dalam top 5 atlet lelaki Malaysia terkacak di salah satu laman web tempatan.
  6. Pelajar jurusan sukan di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
  7. Pernah dianugerahkan sebagai Olahragawan Perlis di Anugerah Sukan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis 2009.
  8. Turut dinobatkan sebagai Olahragawan Harapan di Anugerah Gemilang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 2007.
  9. Ayahnya merupakan pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau, Sabah dan bekas atlet tenis.
  10. Cucu kepada pemuzik terkenal tanah air, Datuk Ibrahim Bachek.
  11. Adiknya iaitu Anis Syafiah Azman merupakan pemain golf Perlis.
  12. Menjadikan penerjun terkenal China, He Chong dan pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai idolanya dalam bidang sukan.
  13. Memiliki hampir 100,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Ahmad Amsyar

penerjun-negara-Ahmad-Amsyar-300x300 Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa latihan-Ahmad-Amsyar-300x300 Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa Biodata-Ringkas-Ahmad-Amsyar-300x300 Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa Ahmad-Amsyar-300x300 Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa

azlan-150x150 Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Ahmad Amsyar #Ahmad Amsyar Atlet Penerjun Malaysia #Ahmad Amsyar Azman #ahmad amsyar azman biodata #ahmad amsyar azman body #ahmad amsyar azman height #ahmad amsyar azman ig #ahmad amsyar azman instagram #ahmad amsyar azman tumblr #ahmad amsyar azman twitter #ahmad amsyar bin azman biodata #Biodata Ahmad Amsyar #Kenali Ahmad Amsyar Azman #Menarik Ahmad Amsyar #Profil Ahmad Amsyar

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.