Manifesto Lengkap Pakatan Harapan Ke Arah Menuju Malaysia Baharu!

Manifesto Lengkap Pakatan Harapan Ke Arah Malaysia Baharu

Pilihan Raya Umum ke-14 mencipta sejarah baharu apabila buat pertama kalinya, Barisan Nasional ditumbangkan dan Pakatan Harapn diberi mandat untuk mentadbir Malaysia untuk penggal baharu. Pakatan Harapan melancarkan “Buku Harapan” atau manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 8 Mac 2018 bertemakan Membina Negara, Memenuhi Harapan dalam satu majlis yang bersejarah sempena sepuluh tahun agenda perubahan pakatan pembangkang mengorak langkah menafikan dua pertiga Umno BN sejak 2008.

Persoalannya, berjayakah Pakatan Harapan mengotakan janjinya seperti mana yang tertulis dalam manifesto atau Buku Harapan? Buku Harapan merupakan janji yang berasaskan lima teras utama terdiri daripada:

Teras 1: Meringankan bebanan kehidupan rakyat

Teras 2: Mereformasi institusi pentadbiran dan politik

Teras 3: Merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama

Teras 4: Mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963

Teras 5: Membina Malaysia yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.

Setiap satu daripada teras tersebut pula mempunyai langkah-langkah khusus. Umpamanya bagi Teras 1, langkah-langkahnya ialah menghapuskan GST, menurunkan tekanan kenaikan harga barang, berkongsi kekayaan negara secara bersasar, menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa, meringankan beban hidup anak muda, menghapuskan kutipan tol, menyediakan subsidi minyak bersasar, memperbaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam, mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan dan menjamin keperluan makanan asas rakyat serta menjaga kebajikan petani.

Terdapat keseluruhannya 60 langkah-langkah atau janji Harapan kepada rakyat Malaysia untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun. Selain daripada itu, terdapat lima Iltizam Khas untuk warga FELDA, masyarakat kaum India, golongan wanita, anak muda dan warga emas.

Sebagai komitmen jelas oleh Harapan untuk rakyat dan negara, daripada 60 langkah-langkah dan lima Iltizam Khusus berkenaan, 10 janji akan dilaksanakan dalam masa 100 hari pertama membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pertama, menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup. Kedua, menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar. Ketiga, menghapuskan hutang-hutang yang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA. Ke-4, memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.

Ke-5, menyama ratakan gaji minimum dan memulakan proses kenaikan gaji minimum. Ke-6, menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam. Ke-7, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.

Ke-8, menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963. Ke-9, memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40 dan ke-10, melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerah kepada negara asing.

Setiap sudut Buku Harapan tidak meletakkan falsafah pembangunan atau kebendaan semata-mata, sebaliknya menekankan aspek keadilan sosial dan ekonomi, inklusif dan progresif serta memacu agenda reformasi secara berterusan. Ia berdasarkan Maqasid Syariah dan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan yang memandu program pembangunan, ekonomi, politik dan sosial.

Ini semestinya bukan mudah kerana negara kini tersasar jauh daripada wawasan awal negara. Rakyat dibelenggu dengan kesempitan hidup, dipaksa dengan cukai, ditakut-takutkan dengan perkauman sempit, dicengkam pemusatan kuasa parti pemerintah, dihimpit hutang, disekat kebebasan bersuara, dinafi kemampuan menjana ekonomi oleh kerana rasuah, kronisme dan birokrasi serta dinafikan hak menikmati pendidikan berkualiti dan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Manakala negara dibelenggu hutang, rasuah, skandal mega, salah guna kuasa, kesamaran pengasingan kuasa antara eksekutif, parlimen dan kehakiman, sekatan kebebasan media serta jurang ekonomi yang melebar.

Berikut adalah ringkasan keseluruhan janji bagi setiap teras dalam manifesto Pakatan Harapan :

Teras 1: Meringankan Bebanan Kehidupan Rakyat

Janji 1: Menghapuskan GST

Janji 2: Menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat

Janji 3: Berkongsi kekayaan negara secara bersasar

Janji 4: Menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa

Janji 5: Meringankan beban hidup yang ditanggung oleh anak muda

Janji 6: Menghapuskan kutipan tol

Janji 7: Menyediakan subsidi minyak bersasar

Janji 8: Memperbaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam

Janji 9: Mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan

Janji 10: Menjamin keperluan makanan asas rakyat dan menjaga kebajikan petani

Teras 2: Mereformasi Institusi Pentadbiran Dan Politik

Janji 11: Mengembalikan maruah orang Melayu dan institusi-institusinya

Janji 12: Menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri

Janji 13: Menyelesaikan skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji

Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha

membanteras rasuah

Janji 15: Memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara

Janji 16: Mengembalikan wibawa institusi parlimen

Janji 17: Menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya

Janji 18: Mewujudkan mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti

Janji 19: Mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan

Janji 20: Menjadikan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis DiRaja Malaysia sebagai sebuah

pasukan yang dihormati dan disegani

Janji 21: Memperkasa perkhidmatan awam

Janji 22: Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan (GLC) setaraf dengan piawaian antarabangsa

Janji 23: Memastikan sistem perolehan kerajaan menjana faedah maksimum untuk wang rakyat

Janji 24: Menghidupkan semangat sebenar konsep federalisme

Janji 25: Memperkukuh peranan dan kuasa pihak berkuasa tempatan

Janji 26: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia

Janji 27: Menghapuskan undang-undang yang zalim

Janji 28: Membina generasi muda yang kreatif dan bebas daripada cengkaman kezaliman

Janji 29: Meningkatkan ketelusan dan integriti belanjawan dan proses belanjawan

Teras 3: Merancak Pertumbuhan Ekonomi Yang Adil Dan Saksama

Janji 30: Memajukan ekonomi Bumiputera dan semua rakyat berbilang bangsa

Janji 31: Merangsang pelaburan serta mempermudah proses perniagaan dan perdagangan

Janji 32: Memperkenalkan sistem percukaian mesra rakyat dan mesra usahawan

Janji 33: Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama

Janji 34: Meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak

Janji 35: Menaikkan martabat golongan pekerja dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti

Janji 36: Melaksanakan KWSP untuk suri rumah

Janji 37: Menjamin kesejahteraan rakyat jangka panjang

Janji 38: Membela nasib Orang Asal di Semenanjung Malaysia

Janji 39: Mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar

Teras 4: Mengembalikan Status Sabah Dan Sarawak Berteraskan Perjanjian Malaysia 1963

Janji 40: Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963

Janji 41: Memastikan ekonomi Sabah dan Sarawak berkembang dengan lebih pesat demi kemakmuran hidup rakyat seluruhnya

Janji 42: Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk anak-anak Sabah dan Sarawak

Janji 43: Menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai model masyarakat harmoni

Janji 44: Memperbaiki kualiti pendidikan dan khidmat kesihatan

Janji 45: Membela nasib penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman

Janji 46: Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Sabah

Janji 47: Desentralisasi kuasa kepada Sabah dan Sarawak

Janji 48: Memulangkan dan menjamin hak tanah adat Sabah dan Sarawak

Teras 5: Membina Malaysia Yang Inklusif, Moderat Dan Gemilang Di Persada Dunia

Janji 49: Menjadikan sekolah-sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat

Janji 50: Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi

Janji 51: Membela nasib golongan OKU

Janji 52: Memerangi jenayah dan gejala sosial

Janji 53: Mendokong keutuhan institusi keluarga dan kejiranan

Janji 54: Memperkasa institusi kemasyarakatan, masyarakat sivil dan keusahawanan sosial

Janji 55: Mempelbagai ruang aktiviti golongan muda

Janji 56: Menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat

Janji 57: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya

Janji 58: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya

Janji 59: Memimpin usaha menyelesaikan konflik Rohingya dan Palestin

Janji 60: Memartabatkan peranan Malaysia dalam institusi antarabangsa

Iltizam Khusus Untuk Warga Felda

Iltizam 1: Menghentikan penyelewengan dalam FELDA di semua peringkat

Iltizam 2: Menyusun semula tadbir urus FELDA

Iltizam 3: Membela nasib peneroka FELDA dan mengurangkan bebanan hutang mereka

Iltizam 4: Memodenkan dan menaiktaraf kawasan-kawasan FELDA

Iltizam 5: Memberi peluang pendidikan terbaik untuk anak-anak peneroka FELDA

Iltizam Khusus Untuk Masyarakat India

Matlamat utama Kerajaan Pakatan Harapan ialah untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi masyarakat India agar mereka boleh bersaing dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain, iaitu di padang yang sama rata. Pengagihan kekayaan negara mestilah dilakukan secara lebih adil, dan penindasan ekonomi terhadap warga India mesti dihentikan serta merta.

Iltizam Khusus Untuk Wanita

Iltizam 1 : Memastikan sistem ekonomi negara peduli wanita

Iltizam 2 : Memastikan penjagaan kesihatan dan keselamatan sosial wanita

Iltizam 3 : Memastikan sistem pendidikan negara mengiktiraf dan membangunkan wanita

Iltizam 4 : Memastikan sistem perundangan melindungi hak dan kehormatan wanita

Iltizam 5 : Mendemokrasikan sistem politik agar wujud lebih ramai pemimpin wanita yang tampil ke hadapan.

Iltizam Khusus Untuk Anak Muda

Iltizam 1 : Memastikan adanya lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang selayaknya

Iltizam 2: Mengurangkan bebanan kos sara hidup

Iltizam 3 : Membina lebih banyak rumah selesa yang mampu dimiliki oleh anak muda

Iltizam 4 : Memberikan peluang pendidikan berkualiti yang percuma

Iltizam 5 : Meluaskan akses kepada kemudahan sukan dan rekreasi agar wujud keseimbangan kehidupan dan kerja

Iltizam Khusus Untuk Warga Emas

  1. Memberikan potongan cukai pendapatan untuk semua warga emas yang sedang bekerja, termasuk mereka yang membuat keputusan untuk kembali bekerja selepas persaraan.
  2. Memperkenalkan undang-undang anti diskriminasi umur supaya mana-mana majikan yang mendiskriminasi warga emas semata-mata kerana umur mereka akan dihukum dengan setimpal.
  3. Memberi subsidi dan insentif untuk menggalakkan pembinaan kawasan kediaman persaraan (retirement villages) yang boleh menjamin kualiti hidup yang baik untuk warga emas.
  4. Menambah peruntukan kepada hospital-hospital awam untuk penjagaan kesihatan warga emas.
  5. Menyusun semula dasar kerajaan agar dapat ditingkatkan sektor ekonomi penjagaan (caring economy), termasuklah dengan cara mewujudkan pensijilan di IPTA dan IPTS khusus untuk jagaan dan keperluan kesihatan warga emas.
  6. Menambah bilangan Pusat Aktiviti Warga Emas.
  7. Memberi penghargaan RM150 kepada setiap warga emas (60 tahun ke atas).
Loading...

Tags: #60 janji pakatan harapan terhadap rakyat #janji pakatan harapan #janji ph 2018 #Manifesto lengkap pakatan harapan ke arah Malaysia baharu #manifesto pakatan harapan #manifesto pakatan harapan 100 hari #manifesto pakatan harapan PRU-14 #manifesto pakatn harapan #pakatan harapan #PRU14 #senarai manifesto pakatan harapan

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Leave a reply "Manifesto Lengkap Pakatan Harapan Ke Arah Menuju Malaysia Baharu!"