Biodata Fizi Ali, Deejay Radio Suria.FM

Biodata Menarik Fizi Ali Suria Fm

Korang layan slot Ceria Pagi Suria di Suria.FM? Pastinya, mengenali salah seorang penyampai radionya iaitu Fizi Ali.

Berkeudara seawal 5 pagi hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat, Fizi berkongsi konti radio bersama Zulin Azi dan Shahrol Shiro.

Selain mempunyai personaliti yang ceria dan menarik, jejaka berusia 28 tahun ini juga mudah mesra dengan para pendengar dan petah apabila berbicara.

Sedar atau tidak, figura kacak ini sudah lebih setahun menjadi ahli keluarga stesen radio ini. Terdahulu, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini merupakan bekas deejay di Ultra.FM selama dua tahun sebelum ditutup pada 2015.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan Fizi Ali ini.

Biodata Ringkas Fizi Ali

Nama Penuh: Muhd Hafizudin Alimuddin
Nama Komersil: Fizi Ali/Fizi Suria.FM
Tarikh Lahir: 16 April 1989
Umur: 28 Tahun (2017)
Asal: Kota Tinggi, Johor
Kerjaya: Deejay Radio Suria.FM, Host TV & Pelakon
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telemovie: Tuti Polkadot, Kurma Ajwa & Kuih War.

Laman Media Sosial Fizi Ali

Trivia Menarik Fizi Ali

  • Pernah menyertai program bakat lakonan iaitu Pilih Kasih 2 namun tersingkir pada minggu pertama.
  • Mengikat tali pertunangan bersama aktres cantik, Shakilla Khoriri pada 16 Julai 2017.
  • Menjalin hubungan cinta sejak 2014, pasangan ini mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka.
  • Di samping bermain futsal, badminton dan memancing, Fizi juga gemar melakukan aktiviti hiking dan melancong.
  • Sangat suka mempelbagaikan gaya rambutnya.
  • Untuk info, Fizi merupakan seorang yang rabun jauh dan sukakan makanan pedas.
  • Selepas kerjayanya tamat di Ultra.FM, Fizi membawa diri ke Australia untuk mengembara dan mengintai peluang pekerjaan di sana.
  • Mempunyai lebih 24,000 pengikut diinstagram miliknya.

Foto Menarik Fizi Ali

Biodata-Fizi-Ali-suria-fm-e1506497278611-300x300 Biodata Fizi Ali, Deejay Radio Suria.FM Biodata-Fizi-Ali-300x300 Biodata Fizi Ali, Deejay Radio Suria.FM Fizi-Ali-suria-fm-300x300 Biodata Fizi Ali, Deejay Radio Suria.FM gambar-fizi-ali-dj-suria-fm-300x300 Biodata Fizi Ali, Deejay Radio Suria.FM

azlan-150x150 Biodata Fizi Ali, Deejay Radio Suria.FM

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Fizi Ali #Ceria Pagi Suria Di Suria FM #Fizi Ali #fizi ali biodata #Fizi Ali Deejay Suria FM #fizi ali dj #fizi ali instagram #Fizi Ali Suria FM #Profil Fizi Ali

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.