Kenali Adik Beradik Tasia dan Gracia Dalam Rancangan My Kitchen Rules


Juara rancangan realiti My Kitchen Rules musim ke-7

Mimpi untuk membuat restoran sendiri itu terbuka luas setelah mereka memenangi pertandingan dalam rancangan realiti masakan My Kitchen Rules Selasa (26/04). Dalam pertandingan itu mereka telah mengalahkan pasangan dari Adelaide, Carmine dan Lauren. Tasia dan Gracia yang tinggal di Melbourne, Australia memperolehi wang tunai sebanyak A$250,000 atau MYR 767,993.91

Hobi memasak

Hobi memasak Tasia dan Gracia muncul sejak kecil ketika mereka merasa rindu dengan masakan Indonesia. Pada usia belasan tahun, mereka harus pindah dari Jakarta ke Darwin, lalu ke India, sebelum akhirnya menetap di Melbourne, Australia.

Latarbelakang pendidikan Tasia dan Gracia

Tasia: Saya habiskan pengajian pada 2014 dan pada 2015 saya membuat 2 kerja sambilan dan berharap dapat masuk MKR. Saya ada ijazah psikologi dan juga kaunseling. Saya kerja sambilan di hotel.

Gracia: Saya habiskan pengajian master dalam bidang bio medikal dan sains kesihatan. Saya belajar kajian dan bekerja sambilan di restoran.

Keceriaan wajah adik beradik Tasia dan Gracia

Keceriaan wajah adik-beradik Tasia dan Gracia

Keserasian semasa memasak

Tasia: Kami banyak bertelingkah tetapi kerana kami banyak habiskan masa bersama, kami serasi. Kami selalu bertengkar tetapi itulah cara kami berkomunikasi. Saya rasa orang ingat kami suka bertengkar jadi kami tidak boleh bekerjasama di dapur tapi itulah cara kami berkomunikasi.

Adakah anda mempunyai banyak resepi keluarga?

Tasia: Saya selalu bertanya kepada nenek untuk resepi tetapi nenek tidak memasak mengikut resepi kerana semua ada dalam kepala nenek. Dia akan beritahu apa bahan, tapi bukan kuantiti jadi kita kena buat sendiri. Selagi kita tahu bahan utama  kita boleh masak.

Gracia: Itu untuk masakan, tapi untuk pencuci mulut, saya perlu resepi atau saya akan menghafal. Kami banyak buat pencuci mulut asia dan aiskrim.

Apa yang anda minat berkenaan bidang masakan?

Tasia:

Memasak adalah terapi kepada saya, kadangkala ada tekanan tapi saya suka kepada hasil yang saya cipta. Memasak adalah sesuatu yang bagus kami boleh buat dan kami yakin. Bila kami jemput kawan-kawan ke rumah kami tahu kami boleh cipta masakan yang enak kepada mereka.

Apakah menu makan malam utama anda?

Gracia: Kami selalu makan nasi setiap malam. Selalunya ada dua jenis masakan, minumum dua tak pernah ada satu masakan. Dalam keluarga kami selalunya kami masak dengan banyak.

Tasia: Bila ada kawan-kawan kami akan masak lebih.ayah kami akan perasan yang saya, gracia dan mak akan terlebih order bila kami keluar makan.

Faktor kelemahan kami dalam pertandingan masakan My Kitchen Rules

Gracia: Saya tak tahan dengan tekanan mungkin sebab saya jenis yang teratur dan saya akan rancang semuanya ikut masa.saya guna banyak timer di dapur dan semuanya ada masa berbeza. Saya juga terlebih fikir sesuatu sebelum terjadi.

Tasia: Saya mudah panik dan mudah stress di luar.

Apakah bahan utama dalam masakan anda?

Gracia:

Kami guna cili setiap masa, bawang putih, bawang ,bawang merah

Tasia: Periuk nasi 24 jam di dapur.

Gracia: Kami tahu macam mana nak masak tanpa periuk nasi.

Adakah anda mempunyai minat lain selain memasak?

Tasia: Kami suka mengembara. Setiap tahun saya dan gracia akan ke sesuatu tempat sama ada dengan keluarga atau kawan-kawan. Kami juga suka membeli belah bersama-sama. Gracia suka alat mekap dan dia ada banyak, dan saya suka kasut.

Impian dalam bidang masakan

Gracia: Kami mahu ambil makanan jalanan, tapi pada masa yang sama kami ada psikologi untuk Tasia dan sains untuk saya sebagai back up. Saya mahu ada dessert bar.

Gambar detik kemenangan pasangan Tasia dan Gracia, My Kitchen Rules musim ke-7

Tasia and Gracia

Tasia (Kiri) dan Gracia (Kanan)

My Kitchen Rules 7 winners Tasia and Gracia

Pemenang rancangan masakan My Kitchen Rules 7 – Tasia dan Gracia

My Kitchen Rules winners Tasia and Gracia Seger

Juara My Kitchen Rules Musim ke-7

MKR judges Pete Evans (right) and Manu Fieldel (left)

Juri My Kitchen Rules – Pete Evans (kanan) dan Manu Fieldel (kiri)

Carian Berkaitan

adik beradik zara zya, adik beradik sufian suhaimi, biodata tasia dan gracia, keluargs tasia & gracia, rancangan masakan, tasha dan gracia, tasia dan gracia

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #biodata tasia dan gracia #gambar tasia dan gracia MKR #my kitchen rules #my kitchen rules final #pemenang MKR 7 #pemenang rancangan my kitchen rules musim ke 7 #peserta indonesia MKR #peserta my kitchen rule indonesia

Biodata Ara AF2016, Penyanyi Lagu Warkah Untukku
“Sungguh kau yang ku mahu, berdoa semoga kau akan berubah mendampingiku selalu,” Itu
Penampilan Kapten Pasukan The Red Warrior Dalam Telefilem Si Kijang Merah
Telefilem berjudul Si Kijang Merah Telefilem sempena DFKL 2017 ini berkisarkan tentang sukan
Drama Pembancuh Kopi Mr. Vampire Tampil Ungku Ismail Sebagai Watak Utama
Drama berjudul Pembancuh Kopi Mr. Vampire Drama adaptasi novel Kopi Mr Vampire karya
Lirik Lagu Bukan Untukku, Hyper Act
Judul : Bukan Untukku Kumpulan : Hyper Act Penyanyi : Kecik Hyper Act

Comments are closed.