Lelaki Suka Hadiah Apa? Ini Idea yang Sesuai Untuk Pasangan Anda!

Hadiah Untuk Lelaki

Setiap kali tibanya hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau apa sahaja detik istimewa bersama pasangan atau rakan yang berjantina lelaki, isu mencari hadiah untuk golongan lelaki ini kadang kala menimbulkan kebuntuan buat anda. apakah yang harus anda hadiahkan kepada lelaki? Apakah barangan atau hadiah yang disukai oleh mereka?

Kebanyakan lelaki suka akan barang keperluan dan barang yang dengan hobi dan kegemaran mereka. Sebagai contohnya, jika teman lelaki anda meminati aktiviti outdoor, jika anda memberikan hadiah berupa barangan atau aksesori yang berkaitan dengan hobi dan kegiatannya itu, pasti akan membuatkan dia gembira.

Idea Hadiah Untuk Teman Lelaki Anda

Berikut adalah beberapa idea dan barangan yang sesuai untuk dijadikan hadiah kepada lelaki.

  1. Wallet

Belikan wallet baru. Kebiasaannya ramai lelaki mempunyai tabiat malas untuk menukar wallet. Selagi wallet mereka belum hancur, selagi itulah mereka tetap menggunakan wallet yang sama. Wallet merupakan antara salah satu hadiah yang disukai oleh lelaki.

  1. Jersi bola sepak

Jika teman lelaki atau pasangan anda adalah peminat bola sepak, pastikan anda tahu kelab dan pasukan bola sepak kegemarannya supaya anda tidak tersilap membelikan jersi kelab bola sepak yang tidak disukainya. Percayalah, lelaki tidak akan memakai jersi bola sepak kelab yang dibencinya. Jadi, pastikan anda menghadiahkan jersi kelab kegemarannya, pasti mereka akan tersenyum gembira lebih-lebih lagi jika mendapat jersi terbaru di awal musim. Lebih bermakna andai jersi yang anda hadiahkan merangkumi edisi terhad yang sukar diperoleh di pasaran. Tapi kalau tidak cukup duit, jersi tiruan dengan gred AAA pun sudah kerana yang penting ialah keikhlasan.

  1. Kasut futsal

Perlu bagi seorang wanita ‘mencintai’ apa yang lelaki gemari. Jika teman lelaki atau pasangan suka bermain futsal, kasut futsal berjenama boleh menjadi hadiah paling sesuai. Perhatikan jenama apa yang dipakainya, sama ada Nike, Adidas, Puma atau sebagainya. Ketahui saiz, jenis tapak dan bentuk kaki, lalu belikan sepasang kasut futsal keluaran terbaru untuk mereka. Ini akan membuktikan anda memberi sokongan moral terhadap hobinya itu.

  1. Perfume

Kenal pasti terlebih dahulu pasangan atau teman lelaki anda menyukai perfume ataupun tidak. Namun, amat jarang jika lelaki tidak gemarkan perfume, lebih-lebih lagi jika mendapat hadiah atau dapat dimililki dengan percuma. Tetapi, sebelum membelikan perfume, ketahui dahulu jenis aroma yang diminati mereka kerana ada lelaki yang meminati bau yang tajam, ada  yang tidak suka bau yang terlalu menusuk dan ada pula yang sukakan bau yang lembut.

  1. Telefon pintar

Ikuti trend semasa, tidak salah untuk menghadiahkan telefon pintar dan gajet berteknologi masa kini seperti iPhone, tab dan sebagainya buat jejaka istimewa. Andai si dia tidak lokek membelikan anda barangan mewah, apa kata balas budinya dengan telefon pintar ini.

  1. Jam tangan

Oleh sebab lelaki tidak mempunyai pilihan aksesori yang banyak seperti wanita, jadi untuk menonjolkan imej mereka untuk nampak menarik dan bergaya, sekurang-kurangnya seutas jam tangan mesti ada pada pergelangan tangan mereka.

  1. Baju atau sweater

Ketahui jenis baju yang digemari pasangan anda terlebih dahulu. Perhatikan saiz baju yang selalu dipakainya, jenis baju sama ada berkolar, round neck, lengan pendek atau lain-lain. Selain baju, memberikan sweater yang bergaya juga dapat membuat lelaki gembira.

  1. Tali pinggang

Tali pinggang juga merupakan satu aksesori bagi lelaki. Percayalah, kebanyakan lelaki tidak mempunyai banyak koleksi tali pinggang. Paling banyak, mungkin dua atau tiga dan mereka akan ulang memakai tali pinggang yang sama. Jadi, jika anda menghadiahkan tali pinggang buat mereka, pasti mereka akan gembira walaupun tali pinggang yang diberikan tidaklah mahal. Biasanya lelaki hanya menggunakan dua warna sahaja untuk tali pinggang iaitu hitam dan coklat.

Hadiah-hadiah lain yang sesuai yang boleh anda cuba ialah;

  • Topi
  • Kasut kasual
  • Sarung kaki
  • Kemeja kosong / kerja
  • Baju Melayu
  • MP3 player
  • Earphone atau headphone
  • External keyboard dan mouse
  • Shaver
  • Permainan video / PS4 / Xbox
  • GoPro
  • Drone
  • Buku / manga / koleksi komik
  • Action figure /Collectible items
  • Sapu tangan
  • Barangan sukan
  • Beg galas / beg sandang
  • Keyholder
  • Tools box
IMG_20171206_114610-150x150 Lelaki Suka Hadiah Apa? Ini Idea yang Sesuai Untuk Pasangan Anda!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cadangan hadiah untuk lelaki #hadiah sesuai bagi suami #hadiah untuk boyfriend #hadiah untuk lelaki #hadiah untuk suami #hadiah untuk teman lelaki #hadiah yang akan menggembirakan lelaki #Hadiah yang disukai lelaki #hadiah yang sesuai untuk lelaki #idea hadiah untuk jejaka #idea hadiah untuk lelaki #lelaki suka apa #Lelaki Suka Hadiah Apa #senarai hadiah sesuai untuk lelaki

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.