5 Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Terburu-Buru Untuk Berkahwin!

5 Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Terburu Buru Untuk Berkahwin!

Apabila berbicara tentang perkahwinan, ianya merupakan impian setiap manusia di muka bumi ini.

Tidak seperti wanita yang ingin segera berkahwin dan berumah tangga, sesetengah lelaki masa kini di luar sana masih lagi tidak bersedia dengan namanya perkahwinan.

Bukan disebabkan tidak cukup umur atau tidak memiliki kekasih hati, lelaki memilih untuk menundakan perkahwinan kerana merasakan terdapat beberapa perkara yang perlu diambilkira sebelum bergelar ‘suami orang’ sehingga teragak-agak untuk mendirikan rumah tangga.

Alasan Lelaki Masa Kini Untuk Tidak Terburu-Buru Berkahwin

Dipetik dari laman Vemale.com, berikut 5 alasan lelaki masa kini tidak terburu-buru untuk berkahwin! Check it out!

1. Tidak Mempunyai Pekerjaan Tetap

Hidup sendiri pun masih tidak mampu, bagaimana pula hidup dengan orang lain! Itulah antara jawapan yang diberikan oleh sesetengah lelaki di luar sana apabila ditanyakan tentang perkahwinan. Dek kerana mempunyai pekerjaan yang tidak tetap, kebanyakan mereka memilih untuk tidak terburu-buru atau menangguhkan perkahwinan buat sementara waktu daripada mengambil risiko yang akan menyusahkan cinta hati dan ahli keluarga di masa depan.

2. Pikul Tanggungjawab Yang Berat

Sedar atau tidak, terdapat beberapa lelaki di luar sana sudah memikul beberapa tanggungjawab yang berat sebelum berkahwin. Beban tanggungjawab berkenaan dilakukan untuk ibu bapa atau adik-beradiknya yang lebih memerlukan. Malah, ramai lelaki lebih-lebih lagi anak sulung mengambil alih peranan bapa sebagai ketua keluarga dan menjadi nadi utama dalam memenuhi keperluan hidup keluarganya. Disebabkan cabaran hidup pada masa kini yang semakin sukar, lelaki hari ini lebih selesa memilih untuk mengekalkan status single atau menetapkan tarikh perkahwinan beberapa tahun lagi.

3. Hilang Kebebasan Diri

Ramai lelaki menganggap bahawa selepas berkahwin mereka akan kehilangan kebebasan diri sewaktu zaman bujang. Dengan kehadiran isteri di sisi sedikit sebanyak mengganggu ruang privasi dan kebebasan diri mereka seperti tidak dapat berkumpul dengan kawan-kawan, tidak boleh membeli apa sahaja yang disukai atau tidak boleh melakukan aktiviti kegemaran. Oleh itu, takut kehilangan kebebasan diri menjadi alasan lelaki masa kini tidak tergesa-gesa untuk berkahwin.

4. Takut Hadapi Bakal Mertua

Di samping takut kehilangan kebebasan diri, alasan seterusnya mengapa sesetengah lelaki enggan berkahwin dengan kekasih hati adalah disebabkan tidak bersedia atau takut menghadapi bakal mertua. Apatah lagi, jika bakal mertua dikenali sebagai ibu bapa yang cerewet, paranoid dan suka mencampuri segala urusan anak-anaknya. Pastinya, akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan kelak.

5. Trauma Dengan Kisah Cinta Terdahulu

Trauma dengan kisah cinta terdahulu turut membuatkan sesetengah lelaki memutuskan untuk tidak tergesa-gesa berkahwin ataupun bercinta. Kesakitan yang dirasai selepas ditinggalkan kekasih membuat para lelaki takut untuk jatuh cinta lagi sehinggakan menolak untuk mendekati mana-mana wanita yang ingin bercinta dengannya. Bahkan, trauma tersebut menjadikan lelaki tidak lagi percaya pada keindahan cinta serta komitmen dalam sebarang perhubungan mahupun perkahwinan.

azlan-150x150 5 Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Terburu-Buru Untuk Berkahwin!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #alasan lambat kahwin #Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Mahu Kahwin Cepat #Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Terburu-buru Untuk Kahwin #Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Tergesa-gesa Untuk Kahwin #faktor lelaki lambat kahwin #kahwin #lambat kahwin #lelaki kahwin lambat #lelaki lambat kahwin #lelaki tak minat kahwin #Mengapa Lelaki Kahwin Lambat #sebab lelaki lambat kahwin

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.