Ulser Kornea, Pengguna Kanta Lekap Berisiko Mengalami Buta Kekal!

Ulser Kornea, Risiko Memakai Kanta Lekap Yang Boleh Mengakibatkan Buta Kekal

Mesti ada segelintir daripada anda yang gemar memakai kanta lekap dan ada ketikanya anda merasakan mata tidak selesa, sakit dan menjadi merah. Tahukah anda, jika pemakaian kanta lengkap tidak mengikut peraturan dan disiplin boleh mengakibatkan kecederaan dan seterusnya menyebabkan pemakai berisiko mengalami ulser kornea. Ulser kornea (keratitis) adalah radang kornea yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Penyakit ulser kornea ini adalah serius dan boleh menyebabkan hilang penglihatan. Kornea adalah lapisan jernih terluar bahagian hadapan mata yang berbentuk kubah dan membantu memfokus cahaya ke retina. Kebanyakan ulser kornea disebabkan oleh jangkitan. Jangkitan kuman menyebabkan ulser kornea dan biasa berlaku kepada orang yang memakai kanta lekap. Jangkitan kuman boleh berlaku apabila kuman memasuki kornea melalui  luka atau kecederaan pada permukaan kornea. Jangkitan akan merebak ke dalam mata sehingga boleh menyebabkan hilang penglihatan yang kekal dan seterusnya kehilangan mata.

Sesetengah kuman menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan ulser kornea. Jangkitan kulat boleh menyebabkan ulser kornea dan boleh berlaku dengan penjagaan yang tidak betul kanta lekap atau terlalu sering menggunakan cecair solution mata yang mengandungi steroid. Penggunaan kanta lekap memberi risiko yang tinggi untuk mendapat ulser kornea. Keadaan ini terjadi apabila luka kecil terbentuk di permukaan kornea jika arahan pemakaian dan penjagaan tidak dipatuhi dengan betul. Jangkitan bakteria Pseudomonas Aeruginosa, protozoa Acanthamoeba dan kulat adalah berkaitan dengan penggunaan kanta lekap ini.

Luka kecil atau calar di permukaan kornea juga boleh menyebabkan kornea dijangkiti dan membawa kepada ulser kornea. Sebagai contoh, logam, kayu, kaca, atau hampir mana-mana jenis zarah yang menyerang kornea boleh menyebabkan trauma kecil. Kecederaan itu merosakkan permukaan kornea dan menjadikan lebih mudah untuk bakteria untuk menyerang dan menyebabkan ulser kornea. Pada tahun 1996, kaji selidik mata kebangsaan mendapati ulser kornea adalah keempat penyebab kebutaan di Malaysia.

Punca Kuman

Jangkitan ulser kornea boleh dibahagikan mengikut punca kuman yang terlibat iaitu :

  • Bakteria
  • Kulat
  • Virus
  • Protozoa

Jangkitan bakteria kebanyakannya disebabkan oleh Pseudomonas Aeruginosa, Staphylococcus, Streptococcus dan lain-lain. Jangkitan kulat pula kebanyakannya adalah dari kumpulan Fusarium, Aspergillous, Candida dan lain-lain. Jangkitan virus pada kornea majoritinya adalah disebabkan oleh virus Herpes Simplex. Jenis kuman protozoa yang seringkali menjangkiti kornea adalah spesis Acanthamoeba.

Tanda-tanda dan Gejala

Berikut adalah tanda-tanda dan gejala bagi ulser kornea :

  • Pesakit yang mendapat ulser kornea merasai sakit mata yang teruk, rasa berpasir, mata menjadi merah, berair, sensitif pada cahaya dan penglihatan menjadi kabur.
  • Tanda-tanda pada kornea bergantung kepada peringkat jangkitan ketika pesakit datang untuk mendapatkan rawatan.
  • Secara keseluruhan, tanda ulser kornea ialah terdapatnya ulser berwarna putih di lapisan kornea.
  • Setiap ulser kornea sama ada bakteria, kulat, virus dan protozoa mempunyai tanda klinikal yang berlainan.
  • Ulser yang teruk akan menyebabkan pengumpulan nanah di ruang depan mata dan sekiranya lewat, jangkitan ini boleh menyebabkan lapisan kornea menjadi bocor.

Apabila pesakit di diagnosis menghidapi ulser kornea, doktor akan mengambil beberapa sampel untuk dihantar ke makmal. Sampel yang diambil termasuk swab konjuntiva, sedikit tisu kornea yang telah dijangkiti, kanta lekap, cecair dan bekasnya. Sampel ini akan di hantar ke makmal untuk mengenal pasti jenis kuman dan sensitiviti kuman terhadap rawatan ubat yang diberikan.

Rawatan Ulser Kornea

Pesakit ulser kornea akan dirawat bergantung kepada peringkat jangkitan dan jenis kuman yang terlibat mengikut tanda-tanda klinikal. Rawatan adalah terdiri daripada ubat titis mata, ubat sistemik (pil atau intravena) dan suntikan di konjuntiva atau kornea. Ubat-ubat ini  sama ada antibiotik, antikulat, antivirus atau anti-protozoa. Rawatan akan dimulakan dengan segera dan intensif.

Kebanyakan pesakit perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan. Ulser kornea yang telah sembuh dengan rawatan perubatan akan meninggalkan kesan parut di kornea yang berwarna putih. Kesan parut ini adalah kekal dan penglihatan boleh terus keluar sekiranya lokasi ulser kornea berada di hadapan anak mata iaitu di laluan penglihatan.

Selain daripada rawatan perubatan, rawatan pembedahan juga di lakukan bagi kes-kes ulser kornea yang teruk seperti kornea yang bocor dan jangkitan keseluruhan bola mata dan orbit. (Endophthalmitis, Panophthalmitis). Kornea yang bocor memerlukan pembedahan pemindahan kornea. Kebocoran yang kecil boleh dirawat dengan menampal kornea (Cornea Gluing).  Keadaan jangkitan yang sangat teruk melibatkan keseluruhan bola mata  dan orbit memerlukan pembedahan membuang keseluruhan isi mata. (Evisceration).

Punca Keradangan Mata Ketika Memakai Kanta Lekap

Berikut adalah punca-punca yang boleh menyebabkan keradangan mata ketika anda memakai kanta lekap.

  1. Tangan tidak bersih

Sebelum memakai kanta lekap dengan menggunakan jari, pastikan tangan anda dalam keadaan bersih. Jika tidak, tidak hairanlah kenapa mata anda terasa pedih. Itu bermakna kanta atau mata dijangkiti oleh kuman yang terlekat di jari.

  1. Kanta lekap sudah tamat tempoh

Patuhi peraturan pemakaian kanta lekap. Terdapat kanta harian, bulanan dan sebagainya. Jangan memakai kanta lekap yang melebihi tempoh (expired).

  1. Kanta terbalik

Salah satu sebab mata anda berada di dalam ‘zon’ tidak selesa ialah besar kemungkinannya kanta yang anda pakai itu terbalik. Cuba perhatikan betul-betul kanta berbentuk separa bulat dan lebar seperti mangkuk atau melengkung tinggi. Jika ia separuh bulat dan lebar itu tandanya ia dalam keadaan sempurna, tetapi kalau sebaliknya bermakna anda memakai kanta dengan posisi yang salah atau terbalik.

  1. Air rendaman (solution) dijangkiti kuman

Pemakai kanta lekap juga harus rajin menukar air rendaman dengan menggunakan cecair solution sekurang-kurangnya sehari sekali. Lakukan pencucian pada kanta lekap dengan kerap.

  1. Kanta terlalu kering dan kanta terkoyak

Kanta yang terlalu kering juga boleh menyebabkan mata anda kemerahan dan tidak selesa. Ini kerana, kanta akan menjadi semakin kasar dan keras. Keadaan ini sangat bahaya. Ia boleh menyebabkan mata tercalar atau luka. Jika terjadi situasi seperti ini gantikan sahaja kanta tersebut dengan kanta yang baru. Pastikan anda memilih kanta lekap dengan peratusan air (water percent) yang tinggi atau sesuai dengan mata anda. Semakin tinggi peratusan air, semakin basah dan lembut kanta lekap. Namun, kanta lekap yang terlalu lembut dengan peratusan air yang tinggi lebih mudah terkoyak. Koyakan pada kanta lekap menyebabkan mata sakit dan tercedera.

  1. Mata kering

Mata terlalu kering juga boleh menyebabkan mata menjadi kemerahan dan tidak selesa ketika memakai kanta lekap. Untuk penyelesaian yang membantu, cuba titiskan eye drop atau moisturizer khas untuk mata. Titiskan sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan mata.

Loading...

Tags: #Bahana kanta lekap #bahaya kanta lekap #Bahaya Menggunakan Kanta Lekap #bahaya ulser kornea #contact lens #kanta sentuh #kornea #Pengguna Kanta Lekap Berisiko Mengalami Buta Kekal #penjagaan kanta lekap #Perkara penting perlu tahu tentang kanta lekap #punca kuman ulser kornea #punca mata sakit #punca sakit mata akibat kanta lekap #rawatan ulser kornea #Risiko kanta lekap #risiko memakai kanta lekap yang boleh mengakibatkan buta kekal #tanda dan gejala ulser kornea #ulser kornea

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.