Wanita, Hindari 5 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Kulit Wajah Anda Bermasalah!

Wanita, Hindari 5 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Kulit Wajah Anda Bermasalah!

Memiliki kulit wajah yang cerah, tidak berjerawat dan berseri-seri merupakan impian setiap wanita di muka bumi ini.

Demi merealisasikannya, pelbagai kaedah digunakan dari rawatan masker buatan sendiri sehinggalah ke salon-salon kecantikan.

Namun begitu, segala rawatan kecantikan yang dilakukan anda tidak bermakna jika tidak berhenti melakukan tabiat-tabiat ini.

Dipetik dari portal Cewekbanget Indonesia, penulis senaraikan 5 tabiat yang perlu hindari jika tidak mahu kulit wajah anda bermasalah. Let’a find out!

1. Guna Berus Solekan Yang Kotor

Bila kali terakhir anda membersihkan berus solekan? Tahukah anda, berus solekan yang kotor mengandungi debu, sel kulit mati, minyak, bakteria dan lain-lain lagi. Sekira anda tidak mencucikannya, semua kotoran akan melekat di wajah dimana boleh memudaratkan kulit wajah si pemakai seperti liang pori tersumbat dan masalah berjerawat. Oleh itu, anda disarankan agar membersihkannya sekurang-kurangnya sekali seminggu.

2. Seringkali Lakukan Proses Pengelupasan

Proses pengelupasan atau Exfolianting merupakan salah satu kaedah yang baik untuk mengatasi sel-sel kulit mati sekaligus menjadikan kulit wajah anda semakin halus dan cerah. Walaubagaimanapun, rawatan ini boleh menyebabkan kulit wajah anda mengalami kekeringan dan iritasi jika dilakukan secara kerap. Ingat, rawatan exfolianting seelok-eloknya diamalkan 1 hingga 2 kali seminggu.

3. Tidak Pakai Suncream

Pemakaian Suncream amatlah penting terutamanya bagi mengelakkan kesan buruk cahaya matahari daripada terkena kulit anda. Kalau nak tahu, cahaya matahari boleh menyebabkan kulit terbakar, noda hitam, kulit kasar dan kedutan. Rajin-rajinlah memakai sunscreen kerana produk ini hanya mampu bertahan sekurang-kurang 2 jam apabila anda menggunakannya. Jangan malas ya!

4. Tidak Bersihkan Solekan Sebelum Tidur

Meskipun terasa penat dan mengantuk, sebaik-baiknya anda membersihkan solekan yang menempel di wajah sebelum masuk tidur. Bukan sahaja kulit wajah tidak bebas bernafas, tidur dengan solekan juga boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan masalah iritasi seperti kemerah-merahan pada wajah. Sebelum berus gigi, cucilah wajah anda seketika sebelum tidur.

5. Tidak Cukup Tidur

Semasa tidur, tidak hanya otak kita yang beristirehat bahkan kulit. Apabila tidur di waktu malam, kulit kita akan memperbaiki sel-sel yang telah terdedah kepada sinaran matahari dan debu-debu kotoran sepanjang hari. Buat yang suka berjaga dan tidak cukup tidur, kulit anda akan menjadi kusam dan berjerawat.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Masalah Umum pada Kulit Wajah #5 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Kulit Wajah Anda Bermasalah #kulit bermasalah #kulit wajah #kulit wajah bermasalah #Masalah Kulit Wajah #penjagaan kulit wajah #sebab kulit bermasalah #Tabiat Yang Mudaratkan Kulit Wajah

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka

Comments are closed.