Cara Paling Mudah Menilai Harga Semasa Kenderaan Sebelum Menjualnya

Jual Kereta

Jika anda bercadang untuk menjual kenderaan sendiri, namun kenderaan tersebut masih lagi mempunyai ansuran bulanan daripada bank (pinjaman). Anda boleh mencuba cara-cara seperti dibawah.

Kebiasaannya, jika anda ingin menjual kenderaan, pastikan umur pinjaman bank melepasi tahun kelima. Ini mengelakkan anda daripada perlu menambah duit tambahan apabila ingin melepaskan kenderaan anda. Namun, harus diingat juga, nilai semasa kenderaan terpakai memainkan peranan dalam hal ini.

Cara-caranya boleh diikuti seperti dibawah ;

1..Buat semakan baki loan dengan bank. Jika anda ingin menjualnya pada bulan Ogos 2017, dapatkan jumlah fullsettlement loan sehingga bulan Ogos 2017 daripada pihak bank. Sebagai contoh, baki loan fullsettlement adalah sebanyak RM40,000

2. Kemudian, semak harga pasaran kereta anda. Anda boleh menyemak harga pasaran kenderaan anda melalui laman web utama jualan kenderaan. Berikut merupakan laman web utama yang boleh anda membuat semakan harga ;

3. Sebagai contoh jika kenderaan anda berada pada harga RM50,000 maka pengiraan adalah seperti berikut;

(a) Nilai Fullsettlement : RM40,000

(b) Harga Pasaran : RM50,000

4. Jadi anda akan dapat menganggarkan jumlah yang anda perolehi seperti berikut ;

(Harga Pasaran) – (Nilai Fullsettlement) = RM10,000 (baki yang anda perolehi selepas jualan)

Perkara perlu anda ambilkira :

  • Bayaran proses pindah milik, roadtax dan insurans mestilah diletakkan atas kos pembeli. Jadi anda tidak perlu mengeluarkan kos tambahan lagi.
  • Jika anda tiada masa berurusan dengan pihak JPJ, anda boleh menggunakan khidmat runner yang dipercayai. Perlu ada kos tambahan upah nanti.
  • Harus diingat, aksesori tambahan seperti bodykit, audio player, sportrim dan lain-lain tidak mempengaruhi nilai kenderaan jika anda menjualnya kepada syarikat kenderaan terpakai.
  • Tahun semasa kenderaan adalah asas penilaian harga sesebuah kenderaan.
logo-150x150 Cara Paling Mudah Menilai Harga Semasa Kenderaan Sebelum Menjualnya

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Paling Mudah Menilai Harga Semasa Kenderaan Sebelum Menjualnya

Loading...

Tags: #cara jual kereta ada ansuran #cara jual kereta masih hutang bank #cara menjual kereta terpakai #cara nak tentukan harga semasa kereta #cara nilai harga kereta #harga semasa kereta terpakai #jual kereta #kereta terpakai murah untuk dijual #kereta untuk dijual mudah #nak jual kereta #nilai kereta untuk insurance #proses jual kereta kepada direct buyer #semak harga semasa kereta #susut nilai kereta

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan

Comments are closed.