Cara Menyediakan Jus Kedondong Asam Boi

Jus Kedongdong

Bahan-bahan :

  • 12 biji buah kedondong
  • 10 biji asam boi jenis putih
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3 liter air mineral (atau air masak)
  • Gula secukup rasa
  • Ais kiub secukupnya

Cara-caranya :

  1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 sudu besar gula pasir hingga gula larut dan sejukkan.
  2. Sementara itu cuci buah kedondong sehingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau anda juga boleh mengikis dengan pisau.
  3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
  4. Asingkan asam boi yang direbus tadi daripada bijinya.
  5. Gunakan air rebusan asam boi tadi untuk mengisar buah kedondong dan tapis ke dalam jug.
  6. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis boleh tambahkan gula.
  7. Masukkan jus limau kasturi dan lima biji asam boi.
  8. Kacau dan biarkan sekejap.
  9. Tambah ais kiub secukupnya dan hidangan sedia dinikmati.

Carian Berkaitan

cara membuang biji buah kedondong

Encik Shino

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara buat air kedondong asam boi #jus kedondong asam boi #resipi jus kedondong asam boi

Jom Belajar Memasak Bakso Ala Indonesia!
Bahan-bahannya: *Resepi untuk 7 hingga 8 orang makan. 1/2 bungkus bihun dicelur hingga
Resipi Kerabu Kaki Ayam
Bahan-bahannya : 12 ketul kaki ayam dibersihkan dan dipotong dua 1 biji bawang
Resipi Air Jagung Special
Bahan-bahan : Kordial perisa jagung Air Gula secukup rasa 1/2 tin Jagung manis
Resipi Istimewa Air Halia Pandan Buang Angin Dalam Badan
Bahan-bahan : 1-2 helai daun pandan yang dikerat 3-4 1 inci halia muda

Comments are closed.