5 Masalah Kesihatan Ini Boleh Dirawat Dengan Limau Kasturi

Buah Limau Kasturi

Kecil-kecil cili padi! Walaupun kecil, khasiat yang terdapat pada limau kasturi atau nama saintifiknya iaitu citrofornutella microcarpa tidak boleh dinafikan oleh kita semua.

Selain digunakan dalam masakan atau minuman, limau kasturi turut diamalkan dalam merawat masalah kesihatan sejak dari nenek moyang kita lagi.

Dipetik dari portal www.keluarga.com.my, penulis ingin kongsikan dengan anda 5 masalah kesihatan yang boleh dirawat dengan menggunakan limau kasturi. Jom, kita semak!

1. Pening Kepala

Pening kepala merupakan salah satu masalah kesihatan yang dilanda oleh semua orang. Kalau nak tahu, limau kasturi ada penawarnya. Ambil sepotong limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya. Seterusnya, picit limau kasturi sehingga cecairnya keluar. Pastikan cecair limau kasturi yang terpancut itu ke arah hidung anda.

2. Batuk

Atasi masalah batuk anda dengan menggunakan limau kasturi bersama-sama kicap dan garam. Amalkan amalan meminum ramuan ini setiap pagi dan malam. Insya-Allah, masalah batuk yang dihadapi anda akan beransur pulih.

3. Lelah

Lelah atau Asma adalah penyakit yang menyebabkan pengidapnya mengalami masalah untuk bernafas. Bagi merawat penyakit ini, anda boleh menggamalkan meminum campuran madu bersama lima titis air jus limau kasturi. Minum sekali seminggu untuk mendapat kesan yang memberangsang.

4. Rambut Berbau

Rambut berbau pastinya mengundang masalah buat penampilan diri terutamanya apabila dihadapi oleh wanita. Jangan khuwatir, ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan tebal sedikit sebelum digosok ke seluruh kepala dan rambut. Biarkan dalam 10 hingga 15 minit kemudian cuci kepala anda dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu untuk mendapatkan rambut yang segar dan wangi.

5. Kegemukan

Berita baik buat anda yang ingin menurunkan berat badan. Dengan meminum perahan jus limau kasturi bersama teh tanpa gula setiap hari dapat mengatasi masalah perut buncit dan kegemukan anda. Untuk kesan yang cepat, sebaik-baiknya anda meminum teh tersebut dalam keadaan panas suam. Selamat mencuba!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Atasi Masalah Kesihatan Dengan Limau Kasturi #buah limau kasturi #khasiat limau kasturi #limau kasturi #Rahsia Disebalik Limau Kasturi #Sihat Dengan Limau Kasturi #tips guna limau kasturi #ubat alami limau kasturi

Tips Membuka Penutup Botol Yang Ketat! Jom Cuba Teknik Ringkas Ini!
Buat anda yang suka memasak, pastinya mempunyai pelbagai botol atau bekas simpanan yang
5 Cara Betul Simpan Minyak Wangi Anda Supaya Kekal Tahan Lama!
Pada hari ini, pelbagai produk wangian diri terdapat di pasaran sama ada minyak
Cara Usir Nyamuk Menerusi Tanaman Pokok Hiasan. Anda Wajib Cuba!
Kehadiran nyamuk bukan sahaja menganggu persekitaran anda dan sekeluarga tetapi membawa pelbagai penyakit
5 Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Terburu-Buru Untuk Berkahwin!
Apabila berbicara tentang perkahwinan, ianya merupakan impian setiap manusia di muka bumi ini.

Comments are closed.