Raf Yaakob, Pemilik Cinta Mawar Rashid

Raf Yaakod Biodata

Tanggal 7 Julai 2017 menjadi tarikh terindah buat pelakon yang sedang meningkat naik, Mawar Rashid apabila mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati bernama Raf Yaakob.

Majlis pertunangan berkenaan diadakan secara tertutup di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara dan dihadiri oleh sanak saudara terdekat dan beberapa rakan artis.

Terdahulu, pihak lelaki menghantar rombongan merisik pelakon drama bersiri popular, Suami Paling Sweet ini pada 7 Mei lalu.

Pasangan merpati dua sejoli ini dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

Untuk pengetahuan pembaca, Raf Yaakob atau nama sebenarnya iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob merupakan adik kepada cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Raf mula mengenali bekas peserta program Dewi Remaja 2014/2015 ini sejak Januari 2017 melalui rakan artis iaitu Emma Maembong.

Hubungan cinta mereka dihidu pihak media tempatan dan para peminat apabila seringkali memuatnaik gambar bersama-sama di media sosial masing-masing.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan pemilik cinta Mawar Rashid ini.

Biodata Raf Yaakob

Nama Penuh: Raden Ahmad Faizal Yaakob
Nama Komersil: Raf Yaakob
Tarikh Lahir: 1983
Umur: 32 Tahun (2017)
Kerjaya: Ahli Perniagaan
Status: Duda
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Laman Sosial Raf Yaakob

Trivia Menarik Raf Yaakob

  • Merupakan presiden kepada Kelab Peminat Manchester United Malaysia.
  • Mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
  • Sahabat dengan suami tersayang Nora Danish, Nedim Nazri.
  • Berbakat dalam bidang seni lakonan. Antara drama dan telemovie yang dibintanginya adalah M4TI dan Sakura.
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Sukan dari University of Technology Sydney (UTS), Australia.
  • Jika ada masa terluang, Raf suka bermain bola sepak, futsal, golf dan menari tarian Salsa.
  • Mawar menyifatkan Raf sebagai seorang lelali yang penyayang, berkarisma, bertanggungjawab, merendahkan diri serta boleh membimbingnya dunia dan akhirat.
  • Jarang perbezaan umur Raf dan Mawar adalah 10 tahun.
  • Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Raf Yaakob

anak-raf-yaakod-300x300 Raf Yaakob, Pemilik Cinta Mawar Rashid couple-mawar-rashid-dan-raf-yaakod-300x300 Raf Yaakob, Pemilik Cinta Mawar Rashid foto-mawar-rashid-dengan-raf-yaakod-300x300 Raf Yaakob, Pemilik Cinta Mawar Rashid gambar-sweet-mawar-rashid-dan-raf-yaakod-300x300 Raf Yaakob, Pemilik Cinta Mawar Rashid raf-yaakod-dan-mawar-rashid-bertunang-300x300 Raf Yaakob, Pemilik Cinta Mawar Rashid raf-yaakod-dan-mawar-rashid-300x300 Raf Yaakob, Pemilik Cinta Mawar Rashid raf-yaakod-di-old-trafford-300x300 Raf Yaakob, Pemilik Cinta Mawar Rashid raf-yaakod-MU-pemain-bola-300x300 Raf Yaakob, Pemilik Cinta Mawar Rashid

azlan-150x150 Raf Yaakob, Pemilik Cinta Mawar Rashid

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak Raf Yaakob #biodata Raf Yaakob #gambar Raf Yaakob #isteri Raf Yaakob #pekerjaan raf yaakob #raden ahmad faizal yaakob biodata #Raf Yaakob #raf yaakob duda #raf yaakob ex wife #raf yaakob isteri pertama #raf yaakob siapa #raf yaakob wiki #siapa Raf Yaakob #tunang mawar rashid #tunang Raf Yaakob

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.