Fungsi Ignition System Dan Penjagaan Spark Plug Enjin Sangkut

Enjin sangkut Yamaha Enduro 2S 60HP

Sistem pencucuhan berfungsi untuk mencetuskan percikan bunga api (spark) di palam pencucuh (spark plug), supaya campuran bahan api dengan udara terbakar di dalam kebuk pembakaran (combustion chamber). Kebanyakkan enjin sangkut menggunakan sistem pengapian Capacitor Discharge Ignition (CDI) digital. Di dalam unit CDI terdapat kondenser bina dalam untuk menyimpan tenaga elektrik yang terhasil dari tindak balas gegelung (coil).

 

 

Komponen Sistem Pencucuhan CDI Enjin Sangkut atau Outboard

Komponen Sistem Pencucuhan CDI Enjin Sangkut atau Outboard

 

Fungsi Komponen Sistem CDI

Bil

Nama Komponen

Fungsi

1 Magnet Membekal kuasa magnet
2 Gegelung Cas Menerima kuasa magnet dari flywheel dan menukarkan ke bentuk kuasa elektrik yang sederhana voltannya dan dihantar ke kotak kuasa (power pack).
3 Kotak Kuasa (power pack) Menyimpan kuasa elektrik dari gegelung cas.
4 Pulser Coil / Sensor Coil / Tringer Bertindak memutus atau menyalur aliran elektrik dari kotak kuasa (power pack) ke gegelung pencucuh untuk menentukan pemasaan pembakaran.
5 Gegelung Pencucuh (Ignition Coil) Meninggikan voltan.
6 Dawai Voltan Tinggi (high tension cord) Laluan voltan tinggi dari gegelung pencucuh ke palam pencucuh.
7 Palam Pencucuh (spark plug) Menghasilkan percikan bunga api.
8 Suis Berhenti (stop switch) Untuk memutuskan litar bagi mematikan enjin.

* Pastikan semua sambungan berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan kerosakan CDI.

Penjagaan Palam Pencucuh Pada Enjin Sangkut

Palam pencucuh perlu diperiksa setiap seratus (100) jam atau enam bulan perjalanan enjin. Ia perlu diganti selepas dua ratus (200) jam atau dua belas (12) bulan yang mana lebih awal. Langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika merawat palam pencucuh ialah:

  1. Pastikan ianya bersih dari karbon.
  2. Betulkan selaan atau jarak antara elektrod tengah (centre electrode) dengan rod tepi (side electrode) seperti mana yang ditetapkan.
  3. Elakkan dari merendam palam pencucuh dalam petrol.
  4. Jangan gunakan palam pencucuh jika penebat elektrod tengahnya (center electrode insulator) mengalami keretakan.

Tanda-Tanda Kecelaan dan Pengawasan Palam Pencucuh

  • Keadaan Permukaan Biasa 

Mempunyai endapan berwarna kelabu atau kemerah-merahan dan sedikit kehausan di elektrod (electrode). Ia boleh dicuci dan diselaraskan jarak selaan palam pencucuh (spark plug gap).

  • Kekotoran Berminyak

Kelembapan berminyak dan basah berpunca dari gelang omboh (piston ring) yang telah haus.

  • Kekotoran Karbon

 Disebabkan penggunaan bahan api yang tidak sesuai atau disebabkan kerosakan di bahagian karburetor.

  • Elektrod Terbakar

Menunjukkan palam pencucuh terlalu panas, sistem pendinginan tercela atau penggunaan palam pencucuh yang tidak sesuai.

  • Palam Pencucuh Panas

 Permukaan palam pencucuh menunjukkan warna keputihan dan elektrod (electrode) terhakis dengan teruknya.

 

 Palam pencucuh warna keperangan  Palam pencucuh warna keputihan  Palam pencucuh warna kehitaman

Warna Keperangan

o   Baik

 

Warna Keputihan

  • Campuran udara nipis
  • Kebocoran Udara
  • Tetapan yang salah

Warna Kehitaman

  • Campuran udara lebih
  • Sistem pencucuhan rosak
  • Melahu secara berlebihan
  • Menggunakan palam pencucuh yang tidak mengikut spesifikasi

 

Cara Mencuci Selaan Palam Pencucuh

Cara Mencuci Selaan Palam Pencucuh

 

Carian Berkaitan

cdi sangkut, coil enjin sangkut yamaha, fungsi power pack injin sangkut 15, cara cuci palam pencucuh, penjagaan spark plug, fungsi powerpack injin sangkut 15, tempat cdi enjin enduro

Artikel Berkaitan

Tags: #cara cuci palam pencucuh #enjin sangkut #Ignition System outboard #kenalpasti masalah palam pencucuh #Komponen Sistem Pencucuhan CDI Enjin Sangkut atau Outboard #Penjagaan Palam Pencucuh Pada Enjin Sangkut #Sistem Pencucuhan enjin sangkut #spark plug enjin sangkut #Tanda Kecelaan dan Pengawasan Palam Pencucuh

Cara Urus Pindah Milik, Jual Beli Kereta Sendiri
Proses pindah milik boleh dilakukan setelah kedua belah pihak (pemilik atau pembeli) masing-masing
Panduan Pengubahsuaian Motosikal
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang dibenarkan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Panduan Lengkap Ubahsuai, Tukar Enjin Kenderaan
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Teknik Menukar Minyak Gear Pada Enjin Sangkut
Pengenalan Am Kotak gear yang ada pada enjin sangkut dua lejang adalah mengikut

Leave a reply "Fungsi Ignition System Dan Penjagaan Spark Plug Enjin Sangkut"