Lima Trivia Menarik Tentang Tunku Tun Aminah, Puteri Tunggal Sultan Johor

Menarik Tunku Tun Aminah

Tahniah diucapkan buat Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim yang bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati bernama Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos 2017.

Sebelum diijalkabul oleh Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Muhammad Tahril Shamsudin sebagai wali, pasangan pengantin diraja ini akan mengikat tali pertunangan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari yang sama.

Majlis perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permasuri Johor iaitu Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah ini diadakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

Berita gembira ini disambut baik oleh masyarakat Malaysia khususnya warga Johor yang turut mendoakan agar perkahwinan Tunku Tun Aminah dan pasangan kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Untuk pengetahuan pembaca, bakal suami kepada Tunku Tun Aminah merupakan warganegara Belanda dan memeluk Islam pada 31 Mei 2015.

Berikut, penulis kongsikan tentang lima trivia menarik dan ringkasan biodata Tunku Aminah buat tatapan para pembaca. Jom kita semak!

1. Animal Lovers

Kalau anda hendak tahu, Tunku Tun Aminah merupakan pencinta haiwan atau Animal Lovers. Beliau juga membela seekor kucing Scottii bernama Tod, kuda bernama Negrita, seekor burung kakaktua dan ular sawa. Si cantik ini juga merupakan penaung kepada Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Johor Bahru.

2. Merupakan Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim

Selepas kekandanya iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan, Tunku Tun Aminah dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim yang baharu mulai Julai 2016. Manakala Tunku Ismail merupakan pemilik kepada Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim dan Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

3. Miliki Produk Kecantikan Tersendiri

Beliau turut menjalankan bisnes kecantikan dengan mengeluarkan produk penjagaan kulit berjenama sendiri iaitu Lurvins. Produk kecantikan yang dikilangkan di di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru ini boleh didapati di spa, salon kecantikan dan gedung membeli-belah. Tunku Tun Aminah juga mengeluarkan produk minyak wangi iaitu EDP Tunku Tun Aminah yang berharga RM59.00 di pasaran.

4. Fesyen

Kerana meminati dunia fesyen, Tunku Tun Aminah berkolaborasi dengan salah seorang pereka fesyen terkemuka tanah air, Jovian Magdagie dan menghasilkan Tunku Tun Aminah X Jovian Premium Collection 2016. Menerusi jalinan kerjasama ini, sebanyak 21 koleksi pakaian siap dipakai dihasilkan menggunakan fabrik dan material seperti organza, crepe serta sutera yang dijual dengan harga mampu milik. Untuk info, Tunku Tun Aminah pernah mengikuti pengajian fesyen jangka pendek di Singapura dan merupakan Penaung Johor Design Association.

5. Amalkan Petua Kecantikan Tradisional

Selain produk Lurvins, Tunku Tun Aminah turut mengamalkan petua kecantikan tradisional untuk kekal cantik dan menawan dengan menyapu empun pada wajah setiap pagi bagi menegangkan kulit wajah. Beliau turut memakai masker wajah yang diperbuat dari campuran putih telur, madu dan limau kasturi untuk menghilangkan jerawat di muka.

Biodata Ringkas Tunku Tun Aminah

Nama Penuh: Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim Ismail
Nama Gelaran: Tunku Tun Aminah/ Tunku Inah
Tarikh Lahir: 8 April 1986
Umur: 31 Tahun (2017)
Asal: Johor
Adik Beradik: Anak kedua daripada enam beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Gambar menarik Tunku Tun Aminah

adik-beradik-Tunku-Tun-Aminah-300x300 Lima Trivia Menarik Tentang Tunku Tun Aminah, Puteri Tunggal Sultan Johor gambar-Tunku-Tun-Aminah-300x300 Lima Trivia Menarik Tentang Tunku Tun Aminah, Puteri Tunggal Sultan Johor Tunku-Tun-Aminah-anak-sultan-johor-300x300 Lima Trivia Menarik Tentang Tunku Tun Aminah, Puteri Tunggal Sultan Johor Tunku-Tun-Aminah-fesyen-300x300 Lima Trivia Menarik Tentang Tunku Tun Aminah, Puteri Tunggal Sultan Johor Tunku-Tun-Aminah-JDT-300x300 Lima Trivia Menarik Tentang Tunku Tun Aminah, Puteri Tunggal Sultan Johor Tunku-Tun-Aminah-johor-e1500569719775-300x300 Lima Trivia Menarik Tentang Tunku Tun Aminah, Puteri Tunggal Sultan Johor Tunku-Aminah-300x300 Lima Trivia Menarik Tentang Tunku Tun Aminah, Puteri Tunggal Sultan Johor images-Tunku-Tun-Aminah-300x300 Lima Trivia Menarik Tentang Tunku Tun Aminah, Puteri Tunggal Sultan Johor

azlan-150x150 Lima Trivia Menarik Tentang Tunku Tun Aminah, Puteri Tunggal Sultan Johor

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak perempuan sultan johor #Biodata Tunku Tun Aminah #fesyen Tunku Tun Aminah #Kenali Tunku Tun Aminah #presiden kelab JDT #Trivia Menarik Tunku Tun Aminah #tunku aminah husband #tunku aminah ig #tunku aminah maimunah iskandariah instagram #tunku aminah maimunah iskandariah kahwin #tunku aminah maimunah iskandariah tunku abu bakar #tunku aminah nikah #tunku aminah wedding #tunku aminah wiki #Tunku Tun Aminah

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.