Modifikasi Proton Satria Mivec “The Orange”

Satria Convert

Kisah kali ini ialah berkenaan pengubahsuaian yang juga mencecah puluhan ribu ringgit. Pemiliknya berasal dari Besut, Terengganu. Beliau lebih senang dengan panggilan Miji.

Beliau memulakan modifikasi dengan menggunakan Proton Satria keluaran tahun 90-an. Pada ketika itu, kuasa enjin pada kereta ini hanyalah 1300cc. Oleh kerana keadaan enjin asal tidak memberikan kepuasan maksima kepada beliau, maka enjin dari model Mitsubishi Lancer GSR (4G93T GSR) bersesaran 1834cc turbo menjadi pilihan utama untuk dipasangkan kepada jentera beliau.

Pengubahsuaian ini meliputi keseluruhan bahagian kereta dengan solekan bercorakkan autoshow. Menurut beliau, kereta ini pernah memenangi acara Autoshow anjuran kelab kereta dan penganugerahan ini amat berbaloi untuk beliau. Tahniah kepada beliau.

Engine Mitsubishi GSR 4G93T bersesaran turbo menjadi pilihan beliau. Salutan crome ini mencecah nilai RM3,000. Di samping modifikasi costum made piping pada engine bay menjadikan pengaliran udara dan boost engine terjaga rapi dari sebarang kebocoran disamping diperkuatkan lagi dengan ikatan sesendi silicon berjenama SAMCO.

Wastegate jenama HKS menjadi pilihan beliau kerana bukan sahaja ia mengeluarkan bunyi engine yang gah namun, ia amat tahan untuk menahan kekuatan boost sehingga 2.0 bar semasa memecut.

Penapis udara APEXI Twim Fin diberi kepercayaan untuk menjaga kemasukkan udara ke dalam sistem turbo. Sistem audio jenama MOHAWK yang dilengkapi dengan Power Amp memantapkan lagi persembahan kereta ini dari sudut audio visual.

Semi bucket seat jenama SSCUS menjadi pilihan beliau disamping steering jenama MOMO RACE akan memantapkan lagi pusingan steering dan pengendalian kenderaan.

Satria Mivec Muka DepanDashboard Mitsubishi dengan steering MOMO Race

Sistem audio belakang jenama MOHAWK digunakan dengan panel speaker jenis custom make.Penapis udara APEXI Twim Fin38 MM HKS wastegateCrome Enjin Mitsubishi 4G93T GSR Turbo 1800cc

Carian Berkaitan

modikasi satria mivec
Loading...

Tags: #engine satria mivec #enjin gsr crome #kereta malaysia #kereta satria #mitsubishi mivec #modifikasi proton satria #Modifikasi Proton Satria Mivec #piping enjin turbo gsr #satria autoshow #satria turbo #warna oren proton satria

Cara Paling Mudah Menilai Harga Semasa Kenderaan Sebelum Menjualnya
Jika anda bercadang untuk menjual kenderaan sendiri, namun kenderaan tersebut masih lagi mempunyai
Jenis Kenderaan SUV 4×4 Mampu Milik, Jimat Belanja!
Kenderaan pacuan empat roda (4WD atau 4×4) asalnya sangat popular pada lewat 1990-an
Tips Jimatkan Minyak Kenderaan Semasa Memandu
Penggunaan minyak bukanlah bergantung kepada jenis dan model kereta sahaja, tetapi juga bergantung
Tips Membeli Kereta Terpakai, Kalau Tak Ada Pengalaman Baik Baca Artikel Ini!
Bercadang untuk membeli kenderaan terpakai? Bukan semua orang mampu beli kenderaan baru mahupun

Comments are closed.