Petua Membersihkan Pakaian Yang Terkena Kotoran Tertentu. Ini Tips Berguna Boleh Anda Cuba!

Petua Membersihkan Pakaian Yang Terkena Kotoran Tertentu

Pakaian yang terkena kotoran-kotoran tertentu ketika kita melakukan pelbagai jenis aktiviti harian sebenarnya boleh dibersihkan. Usah khuatir dan anda tidak perlu membuang pakaian tersebut akibat kotoran yang melekat. Berikut adalah petua-petua membersihkan pakaian yang terkena kotoran tertentu.

Cara Menghilangkan Darah Pada Pakaian 

Menghilangkan Darah Pada Pakaian 1

  • Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. InsyaAllah darah itu akan hilang nanti.
  • Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Cara Menghilangkan Pakaian Terkena Dakwat 

Pakaian Terkena Dakwat  2

  • Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan campurannya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
  • Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  • Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Cara Menghilangkan Getah Pisang Pada Pakaian

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian 3

  • Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Jika Pakaian Terkena Cat

Pakaian Terkena Cat 4

  • Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian 

Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian  5

  • Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
  • Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian 

Karat Besi Pada Pakaian 6

  • Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.
  • Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak Pada Pakaian

Menghilangkan Minyak Di Kain 7

  • Basuh pakaian tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

 Mengekalkan Warna Pada Pakaian Supaya Nampak Baru

 Mengekalkan Warna Pakaian 8

  • Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Pada Kain Batik 

Mengekalkan Warna Kain Batik  9

  • Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
  • Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Loading...

Tags: #cara hilangkan getah pisang pada pakaian #cara membasuh pakaian terkena dakwat #cara menanggalkan kesan minyak hitam pada pakaian #cara mengekalkan warna kain batik #cara Mengekalkan Warna Pada Kain Batik #cara mengekalkan warna pakaian #Cara menghilangkan darah pada pakaian #cara menghilangkan karat besi pada pakaian #cara menghilangkan minyak di kain #petua hilangkan dakwat yang terkena pakaian #petua hilangkan getah pisang pada pakaian #petua membersihkan pakaian apabila terkena kotoran tertentu #petua menanggalkan kesan minyak hitam pada pakaian #petua mengekalkan warna kain batik #petua mengekalkan warna pakaian #petua menghilang cat pada pakaian #petua menghilangkan darah pada pakaian #petua menghilangkan karat besi pada pakaian #petua menghilangkan minyak di kain #tips menghilangkan darah pada pakaian #tips pakaian terkena cat

Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!
Adakah anda sedang hadapi masalah yang banyak hingga menyebabkan rezeki itu lambat datang?
Punca Suami Berubah Hati. Para Isteri Wajib Baca!
Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri
Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya
Hidup ini ada kalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan
Contoh Format Membuat Surat Aduan Kepada Agensi Kerajaan
Surat-menyurat adalah salah satu daripada kaedah komunikasi yang diguna pakai secara meluas sehingga

Leave a reply "Petua Membersihkan Pakaian Yang Terkena Kotoran Tertentu. Ini Tips Berguna Boleh Anda Cuba!"