Sayur Bayam, Ramai Yang Tahu Makan TAPI Tidak Tahu Khasiatnya Sebagai Penjagaan Kulit Wajah!

Bayam Sayur, Daun Bayam

Bayam merupakan sayuran daun dengan warna hijau tua yang terklasifikasi dalam keluarga Amaranthaceae. Sayuran ini dianggap sebagai salah satu makanan dengan nilai kesihatan yang tinggi kerana mengandungi berbagai nutrisi seperti antioksidan, vitamin, dan mineral. Bayam terkenal sebagai sumber zat besi yang sangat baik untuk dikonsumsi oleh penderita anemia.

Selain itu bayam juga mengandung vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, dan vitamin K dan berbagai mineral penting yang semuanya sangat berperanan penting untuk kesihatan kulit. Malah, bayam juga mengandung karoten, asam amino, potasium, iodin, dan alkali yang membantu menyeimbangkan pH dalam tubuh, agar kulit jadi lebih terjaga kecantikannya. Berikut adalah beberapa kebaikan sayur bayam dalam penjagaan kulit wajah.

  1. Memperbaiki kondisi kulit

Bayam merupakan sumber vitamin A dan vitamin C yang cukup tinggi. Vitamin A berfungsi untuk mencerahkan warna kulit dan vitamin C berperan penting dalam memperbaiki sel-sel kulit. Mengambil bayam sebagai sayuran rutin akan menjadikan kulit anda tampak berseri-seri.

  1. Menyembuhkan Jerawat

Bayam sangat efektif dalam membersihkan dan menyembuhkan jerawat serta menjaga kesihatan kulit. Vitamin A dan vitamin C di dalamnya akan berfungsi sebagai antioksidan yang melawan pertumbuhan bakteri penyebab jerawat. Cara terbaik untuk mendapatkan khasiat anti jerawat dari bayam adalah dengan memakan bayam dalam keadaan segar. Anda boleh memakannya dalam bentuk salad sayuran atau menjadikannya jus dan green smoothies.

Selain itu, anda juga boleh membuat masker bayam untuk menyingkirkan jerawat. Untuk menjadikan bayam sebagai penawar kulit berjerawat, caranya cukup mudah. Siapkan bayam secukupnya, kemudian cuci sampai bersih, lalu masukan ke dalam pengisar dan tambahkan sedikit air. Setelah dikisar menjadi halus, anda boleh meratakannya pada wajah dan biarkan selama lebih kurang 20 minit. Selepas itu, bilas wajah dengan air bersih. Masker ini akan menghilangkan kotoran, minyak dan peradangan sekaligus mendinginkan kulit.

  1. Melindungi kulit dari sinar matahari

Sinar matahari dapat memberikan kesan buruk untuk kesihatan kulit kita, terutama pada waktu jam 10 pagi hingga 4 petang ketika cahaya matahari sedang terik. Jika kulit kita sering terdedah pada sinar matahari, beberapa masalah kulit pun akan muncul seperti kulit menjadi gelap, munculnya flek hitam, dan yang paling parah ialah kanser kulit.

Bagi anda yang sering mengambil sayuran bayam, maka tidak usah kuatir dengan kesan buruk yang disebabkan oleh sinar ultraviolet kerana kandungan vitamin B yang terdapat pada bayam dapat menjaga anda dari kerosakan kulit. Oleh itu, kulit anda akan terhindar dari kerosakan akibat kesan buruk sinar matahari.

  1. Anti-penuaan

Gejala penuaan seperti garis halus tidak hanya dialami oleh orang yang sudah lanjut usia, bahkan bagi golongan muda pada usia 20-an, seseoarang boleh mengalami gejala penuaan pada kulit. Salah satu penyebabnya iaitu tindakbalas radikal bebas yang dapat memberikan kesan yang sangat buruk untuk kesihatan kulit.

Bayam mengandung cukup banyak vitamin C yang berperan sebagai antioksidan. Antioksidan sendiri merupakan zat yang dapat menangkal kesan buruk dari pengaruh radikal bebas. Oleh itu, dengan rutin memakan bayam, kulit anda akan terhindar dari gejala penuaan. Anti-penuaan

  1. Mencegah kedutan

Radikal bebas dapat merosakkan kulit dan menyebabkan kedutan pada kulit. Dengan memakan bayam secara teratur, kedutan pada kulit akan terhalang dan anda akan sentiasa kelihatan muda. selain itu, anda juga boleh melakukan rawatan dengan masker bayam sebagai rawatan kulit dari luar.

  1. Mengubati inflamasi kulit

Inflamasi kulit boleh terjadi kerana beberapa faktor seperti jerawat, iritasi, dan juga akibat sinar matahari. Peradangan pada kulit tentu merupakan masalah yang cukup serius kerana dapat mengganngu penampilan kita. Oleh itu, masalah ini harus segera diatasi.

Salah satu cara mengubati gejala inflamasi kulit ialah dengan mengambil buah-buahan dan sayuran yang mengandung vitamin A, C, dan E, di mana sayur bayam mengandungi kesemua vitamin ini.  Dengan rutin memakan bayam secara teratur akan mempercepat proses penyembuhan inflamasi kulit.

  1. Mencegah lingkaran bawah mata

Kandungan vitamin K dan folat pada bayam bermanfaat untuk membantu menghilangkan lingkaran bawah mata dan di bahagian kulit lain. Bila anda kerap memakan bayam, kulit wajah dan tubuh akan kelihatan lebih sihat dan cerah. Bagi yang sering mengalami kulit gatal dan kering, sangat disarankan untuk mengambil jus bayam untuk membantu mengatasi masalah-masalah kulit tersebut.

Loading...

Tags: #bayam sayur #bayam untuk kecantikan #daun bayam #kecantikan kulit #kecantikan wajah #khasiat bayam #manfaat bayam untuk kecantikan wajah #pokok bayam

Wanita, Hindari 5 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Kulit Wajah Anda Bermasalah!
Memiliki kulit wajah yang cerah, tidak berjerawat dan berseri-seri merupakan impian setiap wanita
Ulser Kornea, Pengguna Kanta Lekap Berisiko Mengalami Buta Kekal!
Mesti ada segelintir daripada anda yang gemar memakai kanta lekap dan ada ketikanya
Tanda Mengalami ACL, Kecederaan Lutut Yang Biasa Berlaku Kepada Mereka Yang Aktif Bersukan!
Kecederaan lutut atau dalam bahasa saintifiknya osteoarthritis sering dialami oleh mereka yang gemarkan
20 Fakta Mengenai Manfaat Air Sejuk & Ais Untuk Tubuh Badan Yang Jarang Diketahui!
Minuman mengandungi ais menjadi pilihan utama kerana mampu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat.

Comments are closed.