Petua Rambut Gugur Berkesan Kepada Lelaki Dan Wanita

Petua Rambut Gugur

Samada lelaki mahupun wanita, tua atau muda juga tidak terkecuali dengan masalah keguguran rambut. Sebenarnya terdapat beberapa faktor terjadinya masalah rambut gugur. Antaranya ialah seperti menopause, mengandung, genetik dan berpenyakit juga boleh menjadi punca utama masalah rambut gugur. Masalah rambut gugur ini boleh dihindarkan dan dipulihkan dengan beberapa cara dan kaedah. Antara kaedah dan cara yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut :

Pengambilan makanan tambahan dalam diet seharian

  • Vitamin A merupakan satu anti-oksida yang membantu pembentukan sebum pada permukaan kulit kepala. Mengambil makanan seperti ubi kentang yang mempunyai kandungan beta karotene yang tinggi kandungan vitamin A dapat membantu dalam menyihatkan kulit kepala, malah membantu kesihatan rambut anda.
  • Omega-3 merupakan salah satu sumber makanan tambahan yang baik untuk mengatasi masalah rambut gugur. Zat ini boleh anda dapati daripada ikan, kuning telur, telur ikan dan susu segar.
  • Vitamin E mempunyai khasiat yang boleh membantu melancarkan peredaran darah dan juga membantu mengekalkan folikel rambut pada kulit kepala supaya kekal sihat dan produktif.
  • Vitamin B dalam makanan membantu menghasilkan melanin, iaitu satu bahan yang memberikan warna pada rambut.

Bagaimanakan kaedah merawat rambut gugur menggunakan bahan semulajadi?

(a) Urutan pada kulit kepala
Urutan pada kulit kepala dapat membantu melancarkan peredaran darah dan mengekalkan folikel rambut supaya berada dalam keadaan aktif dan sihat. Gunakan beberapa titis minyak bayi atau minyak zaitun ke atas kulit kepala anda dan urutlah dengan lembut.

(b) Minyak telur (eyova)
Minyak telur berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan rambut dan mengelakkan masalah rambut gugur. Kaedah penggunaan adalah seperti berikut :
a) Urut kulit kepala dengan minyak telur dan biarkan semalaman sebelum tidur.
b) Bilaskan rambut anda dengan menggunakan syampu rambut pada keesokan harinya.
c) Bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan, gunakan minyak telur sebanyak 2-3 kali seminggu, selama 12 minggu. Penggunaan yang secara berterusan boleh mencegah rambut gugur.

(c) Minyak Lavender
Minyak lavender dapat membantu merawat rambut yang rosak. Apa yang perlu anda lakukan adalah, sapukan sedikit minyak lavender pada rambut dan urut bahagian kulit kepala secara perlahan. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Minyak Lavender akan membantu menggalakkan pertumbuhan rambut anda.

(d) Santan Kelapa


Petua tradisional yang kerap digunakan untuk perawatan rambut adalah dengan menggunakan santan. Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil santan yang pekat dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala untuk seketika dan biarkan selama sejam sebelum membasuh rambut seperti biasa. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya. Penggunaan santan kelapa bukan sahaja akan melebatkan rambut tetapi ia juga akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan hitam.

(e) Yogurt
Yogurt boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Anda hanya perlu melumurkan yogurt ke atas seluruh bahagian rambut seperti masker rambut. Biarkan selama 1-2 jam sebelum anda membasuh rambut seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.

(f) Limau nipis
Perahan air limau nipis bukan sahaja memberikan bau yang harum dan segar, malah jika diamalkan selama 2 minggu, kaedah ini mampu menghilangkan kelemumur yang merupakan salah satu punca keguguran rambut.

(g) Kulit tembikai
Anda boleh menggunakan kulit tembikai pada bahagian dalamnya dan digosokkan pada kulit kepala. Biarkan ia meresap selama 15-30 minit. Cuci sebersihnya menggunakan air biasa. Amalan ini boleh diamalkan sekali dalam seminggu.

Bagaimanakah cara mengembailkan kelembapan kulit kepala?

  • Minyak zaitun

Bagi mengembalikan kelembapan kulit kepala anda, penggunakan minyak zaitun amat mujarab bagi mengatasi kulit kepala kering yang menyebabkan kelumumur. Kaedahnya adalah seperti berikut :
1. Panaskan minyak zaitun pada tahap kepanasan suam-suam kuku.
2. Kemudian, sapukannya pada keseluruhan kulit kepala anda.
3. Biarkannya selama 1 jam, kemudian bilaskan dengan air ataupun syampu rambut.

  • Teh hijau

Teh hijau mengandungi bahan anti-oksida yang boleh mengatasi masalah rambut gugur dan membantu pertumbuhan rambut. Kaedahnya adalah seperti berikut :
1. Renehkan 2 beg teh hijau asli ke dalam satu bekas atau cawan. Biarkan teh tersebut menjadi sejuk, dan kemudian sapukannya pada keseluruhan kulit kepala.
2. Biarkan ia selama 1 jam dan bilas dengan air pada suhu bilik.

Apakah amalan baik dalam menjaga kesihatan rambut?

  • Makan makanan yang kaya dengan protien

Anda dinasihatkan agar makan makanan yang kaya dengan kadar protein. Antara sumber makanan yang anda boleh makan adalah daging, ikan, ayam, soya dan lain-lain. Selain itu, amalkan mengambil makanan yang mengandungi kadar vitamin B12 yang tinggi.

  • Menjaga rambut dengan betul

Menjaga rambut dengan betul memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah keguguran. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk memberus rambut ketika basah, elakkan menggosok rambut kering dengan tuala. Elakkan penggunaan alat pengering rambut dan biarkan ia kering dengan sendirinya.

  • Kurangkan tekanan atau stress

Bersiar-siar, berjogging, bersenam dan bersukan selama 30 hingga 60 minit sudah memadai untuk menghilangkan stress yang menyebabkan masalah rambut gugur.

Apakah amalan yang menyumbang kepada kerosakan rambut?

  • Hadkan penggunaan peralatan rambut

Haba berlebihan boleh melemahkan protein rambut. Penggunaan yang kerap boleh menyebabkan kekuatan rambut berkurangan dan secara tidak langsung boleh membawa kepada masalah rambut gugur. Antara alat yang berpotensi adalah seperti pengering rambut, hot curlers, hot brushes dan alat penglurus rambut.

  • Penggunaan bahan pewarna rambut

Pewarna rambut mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kulit kepala pada jangka masa yang lama. Oleh itu, penggunaan pewarna rambut sangat tidak digalakkan walaupun rambut anda beruban.

  • Amalan mengikat rambut

Ikatan yang kuat pada rambut sangat tidak digalakkan kerana ia juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut.

Rawatan masalah keguguran rambut bagi lelaki

  • Minoxidil (Rogaine)
    Satu larutan yang perlu disapu pada permukaan kulit kepala untuk menguatkan folikel rambut
  • Finasteride (Propecia, Proscar)
    Sejenis pil yang menghalang perbentukan hormon testosterone yang boleh dikaitkan dengan masalah botak.

Rawatan masalah keguguran rambut bagi wanita

  • Minoxidil (Rogaine)
    Satu larutan yang perlu disapu pada permukaan kulit kepala untuk menguatkan folikel rambut dan sedikit urutan lembut.
  • Supplement zat besi
    Supplement zat besi diberikan kepada wanita yang mempunyai latarbelakang anemia ataupun wanita yang mengalami kadar pendarahan haid yang banyak.

Harus diketahui bahawa keguguran rambut wanita ketika mengandung adalah perkara normal kerana terdapat perubahan hormon di dalam badan. Rambut yang gugur atas sebab mengandung biasanya akan pulih selepas bersalin. Ada kalanya masalah keguguran rambut adalah satu simptom penyakit yang lain. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya anda mengalami masalah keguguran rambut seperti berikut :

  • Keadaan keguguran rambut dengan satu corak yang tertentu
  • Keadaan keguguran rambut dengan cepat pada usia awal 20-an
  • Keadaan keguguran rambut yang kritikal
  • Keadaan keguguran rambut disebabkan kegatalan ketara pada permukaan kulit kepala
  • Keadaan kulit kepala berwarna kemerah-merahan

Carian Berkaitan

bahagian telur yang baik untuk rambut perempuan yang gugur, perua rambut gugur dengan yogurt&telur#spf=1
Loading...

Tags: #cara atasi rambut gugur #cegah rambut gugur #faktor rambut gugur #keguguran rambut #masalah rambut gugur #masalah rambut gugur lelaki #masalah rambut gugur wanita #mencegah keguguran rambut #petua rambut gugur #rambut nipis #rawatan rambut gugur #ubat rambut gugur

Rahsia Cantik Katrina Kaif? Ikuti 5 Petua Kecantikan Ini!
Katrina Kaif, satu bintang yang semakin bersinar terang di dunia seni hiburan Bollywood.
Cara Meredakan Demam Jika Anda Tidak Ke Klinik
Bilakah kali terakhir anda demam? Bila seseorang demam, badan menjadi lemah dan kebanyakan
Rahsia Kecantikan Nelydia Senrose Yang Perlu Anda Cuba!
Sedar atau tidak, aktres cun bernama Nelydia Senrose ini sudah 10 tahun bergelar
Ibu Hamil, Elakkan Dari Makan Makanan Ini!
Pengambilan makanan dalam tempoh kehamilan adalah sangat penting bagi ibu-ibu yang hamil bagi

Comments are closed.