Resepi Kuih Lapis Paling Mudah


Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 4 cawan santan kelapa atau 1 cawan santan pekat campurkan dengan 3 cawan air
  • 1/4 sudu teh garam
  • Bahan pewarna kek (merah dan perisa ros)

Cara memasak :

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk, kemudian panaskan sebentar. Matikan api.
  3. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar-benar sebati.
  4. Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian adunan (Jika anda ingin membuat 3 jenis warna, bahagikan kepada 3 adunan)
  5. Kemudian, masukkan pewarna merah atau perisa rose (anda boleh juga menggunakan rose sirap). Adunan satu lagi dibiarkan tanpa mewarnakan. Ini akan menjadikan dua lapisan yang berbeza kelak.
  6. Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang tadi dan kukus selama 5 minit dengan api yang kuat.
  7. Setelah lapisan pertama masak, tuang 200 ml adunan merah pula. Kuskus lagi selama 5 minit juga dan biarkan masak.
  8. Kemudian, ulangi proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah.
  9. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum ianya boleh dipotong dan dihidangkan.

Carian Berkaitan

resepi kuih lapis, biodata kuih selorot, kuih lapis, kuih muih mudah, resepi kuih lapis mudah, resepi kuih lapis thailand, resepi kuihlapis

Encik Shino

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #koleksi resepi #kuih lapis #kuih lapis mudah #kuih lapis tradisional #kuih muih #resepi kuih muih #resepi masakan #resepi masakan kuih lapis paling senang

Jom Belajar Memasak Bakso Ala Indonesia!
Bahan-bahannya: *Resepi untuk 7 hingga 8 orang makan. 1/2 bungkus bihun dicelur hingga
Resipi Kerabu Kaki Ayam
Bahan-bahannya : 12 ketul kaki ayam dibersihkan dan dipotong dua 1 biji bawang
Cara Menyediakan Jus Kedondong Asam Boi
Bahan-bahan : 12 biji buah kedondong 10 biji asam boi jenis putih 4
Resipi Air Jagung Special
Bahan-bahan : Kordial perisa jagung Air Gula secukup rasa 1/2 tin Jagung manis

Comments are closed.