5 Kesalahan Memakai Masker! AWAS! Ia Boleh Memudaratkan Wajah Anda!

Kesan Buruk Masker Wajah

Di era globalisasi ini, ramai wanita diluar sana memilih dan memakai masker untuk kecantikan diri.

Selain masker buatan sendiri, masker segera yang dijual dipasaran menjadi pilihan utama untuk memanjakan diri.

Dengan menggunakan masker, kulit wajah anda kelihatan lebih segar, lembut dan bersinar.

Amalan masker ini bukan sahaja diamalkan oleh orang biasa sahaja malahan dipraktiskan oleh selebriti-selebriti popular tempatan dan antarabangsa.

Tanpa disedari, kita sering melakukan pelbagai kesalahan ketika memakai masker sehingga mendatangkan kesan memudaratkan pada kulit wajah.

Buat tatapan para pembaca, ini 5 kesalahan yang anda lakukan saat memakai masker kecantikan. Take a look!

1. Tidak Bersih Wajah Sebelum Pakai Masker

Langkah mudah ini seringkali diabaikan oleh kita semua. Ingat, anda perlu membersihkan wajah sebelum memakai masker pilihan.

2. Aplikasi Masker Dengan Tangan

Sedar atau tidak, anda pasti menggunakan tangan apabila mengaplikasikan masker di wajah. Sebelum memakai masker, pastikan tangan anda dicuci sebersih-bersih. Makanya, anda disarankan menggunakan berus ketika menyapu masker di wajah. Di samping bersih, berus boleh meratakan masker dengan cepat dan mudah.

3. Memakai Masker Terlalu Lama

Bagi mengelakkan kemudaratan kepada kulit wajah, anda disyorkan jangan memakai masker terlalu lama. Kebiasaannya, kita hanya memakai masker sekurang-kurang 15 hingga 30 minit. Jangan sampai memakainya lebih daripada 30 minit. Masker yang terlalu lama akan menyebabkan kulit wajah anda menjadi kering.

4. Oles Masker Terlalu Tebal

Kadang-kala, kita pernah terfikir jika memakai atau mengoleskan masker terlalu tebal akan memberikan hasil yang maksimal. Sebenarnya, perbuatan ini salah dan membuangkan masa anda. Anda digalakkan memakai masker secara tipis tetapi disapu secara menyeluruh di sekeliling wajah dan leher.

5. Hanya Guna Satu Produk Masker Sahaja

Sebenarnya, kita memerlukan pelbagai jenis masker kerana tidak setiap masa kulit wajah kita mengalami masalah yang sama. Sebagai contoh, anda boleh guna masker minyak kelapa untuk mengatasi kulit berjerawat manakala masker limau nipis bagi mengawal minyak berlebihan di wajah. Oleh itu, sesuaikan fungsi masker pilihan dengan masalah yang dihadapi anda.

azlan-150x150 5 Kesalahan Memakai Masker! AWAS! Ia Boleh Memudaratkan Wajah Anda!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #akibat memakai masker terlalu lama #bolehkah masker di bawa tidur #bolehkah memakai masker alami setiap hari #bolehkah memakai masker kunyit setiap hari #efek memakai masker alami setiap hari #efek terlalu sering memakai masker wajah #Kesalahan Memakai Masker #Kesilapan Umum Ketika Guna Masker Di Wajah #pemakaian masker wajah sebaiknya berapa kali seminggu

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.