Biodata Octavia Manrose, Pelakon Baharu & Anak Iwan Dangdut

Biodata Octavia Manrose

Memulakan langkah sebagai anak wayang sejak dua tahun lalu, pelakon baharu bernama Octavia Manrose ini semakin mencuri perhatian para peminat tempatan dan pengiat seni tanah air.

Walaupun masih hijau dalam dunia lakonan, bakat wanita berusia 26 tahun ini tersendiri dan tidak boleh dipandang sebelah mata.

Antara drama dan telemovie yang telah dibintangi figura cun melecun ini adalah Dendam Aurora, Encik Suami Mat Salih Celup, Tercipta Untukku dan Cinta Si Wedding Planner.

Untuk pengetahuan para pembaca, Octavia yang mesra disapa Via ini merupakan anak kedua Raja Dangdut Malaysia, Iwan bersama pelakon popular era 80-an, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan aktres berbintang Scorpio ini.

Biodata Ringkas Octavia Manrose

Nama Penuh: Wan Syamira Putri Octavia Wan Syahman
Nama Komersil: Octavia Manrose @ Octovia Manrose
Tarikh Lahir: 29 Oktober 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Zodiak: Scorpio
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon
Status: Janda
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora, Biar Aku Jadi Penunggu, Batasan Kasih, Tercinta Untukku, Tangisan Kubur, Hajah Heathrow Kembali, Cinta Si Wedding Planner, Umairah, Cinta Jannah, Dan Hati Pun Berkata, Balasan Dosa, Hantu Punya Boss dan banyak lagi.

Filem: Minah Moto

Laman Media Sosial Octavia Manrose

Trivia Menarik Octavia Manrose

  • Pernah mendirikan rumah tangga ketika berusia 20 tahun dan bercerai dua tahun kemudian.
  • Hasil perkahwinan berkenaan, Octavia dan bekas suami dikurnia seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 5 tahun.
  • Merupakan kakak kepada pelakon drama bersiri Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin iaitu Aprena Manrose.
  • Nama Manrose adalah gabungan nama ayah dan arwah ibunya.
  • Merupakan sepupu kepada Raysha Rizrose, Uqasha dan Nelydia Senrose.
  • Pernah mengeluarkan sebuah single berjudul Kau Pilih Dia pada 2015.
  • Mengidam watak romantik dan beremosi bagi menguji kemampuannya dalam bidang seni lakonan.
  • Sangat meminati lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Beto Kusyairy.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Octavia Manrose

biodata-Octavia-Manrose-300x300 Biodata Octavia Manrose, Pelakon Baharu & Anak Iwan Dangdut gambar-bertudung-Octavia-Manrose-300x300 Biodata Octavia Manrose, Pelakon Baharu & Anak Iwan Dangdut gambar-selfie-Octavia-Manrose-300x300 Biodata Octavia Manrose, Pelakon Baharu & Anak Iwan Dangdut Octavia-Manrose-dan-anak-300x300 Biodata Octavia Manrose, Pelakon Baharu & Anak Iwan Dangdut Octavia-Manrose-slim-300x300 Biodata Octavia Manrose, Pelakon Baharu & Anak Iwan Dangdut rambut-Octavia-Manrose-300x300 Biodata Octavia Manrose, Pelakon Baharu & Anak Iwan Dangdut

azlan-150x150 Biodata Octavia Manrose, Pelakon Baharu & Anak Iwan Dangdut

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Oktovia Manrose #instagram Octavia Manrose #Kenali Oktovia Manrose #octavia manrose instagram #octovia manrose dan nelydia senrose #Oktovia Manrose #Oktovia Manrose Anak Iwan Dangdut #wan syamira putri octavia

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.