Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah

Pasar Filippin

Selamat datang ke Kota Kinabalu, Sabah. Besar juga Bandar Kota Kinabalu ni. Jakun tak saya? Takpe. Janji dah pijak kaki di Kota Kinabalu. Apepun, saya memilih untuk menginap di Hotel D’Borneo. Rate takdelah mahal sangat. Kalau macam saya yang sederhana ini sesuailah.  Sebenarnya saya memilih hotel ini adalah kedudukannya yang berdekatan dengan pasar Filipine. Kalu duk sini, nak gi jalan-jalan ke pasar tu takdelah jauh sangat. Rasanya, tarikan ditempat ini adalah pasar malam dan pasar Filipina. Sesiapa nak cari barang-barang mutiara bleh berkunjung di pasar malam. Kalau nak makan seafood pulak, terus jalan-jalan sekitar situ. Banyak gerai jual seafood di situ. Tapi kalau nak makan seafood fresh, beli kat pasar basah then upah diorang masak. Itu terbaik! Kalu makan yang dah siap masak, mungkin itu ikan yang dah dua tiga kali dipanaskan.  Rasanya kureng sket.

Dekat sini banyak penjaja jalanan jual handphone tiruan. Sila lah hati-hati dengan mereka. Kalu nak beli, terus tawar harga separuh. Itu nasihat saya. Kalau yang jenis sukakan perhiasan, jangan lepaskan peluang menempah rantai mutiara, Kristal mengikut citarasa sendiri dengan harga berpatutan. Ini adalah syurga bagi peminat barangan hiasan dan manik. Saya pasti akan dapatkan satu perhiasan untuk orang tersayang.

Selain itu, jangan lepaskan peluang membeli udang kering dan juga ikan kering nipis. Udang kering kalau beli kat sini agak murah juga berbanding semenanjung (kecuali Langkawi). Jangan lupa beli ikan kering nipis. Kalau goreng, bentuk dia jadi macam keropok boleh dimakan begitu sahaja kerana ia taklah masin sangat pun. Itu sahaja aktiviti saya di sekitar Bandar Kota Kinabalu.

Gambar edisi Pasar Filipina, Kota Kinabalu

Jualan Kristal Dan Mutiara Di Pasar Filipina Kota Kinabalu Ikan Bakar Di Pasar Filipina Kota Kinabalu Jualan Kristal Dan Mutiara Perhiasan Wanita Terkenal Di Pasar Filipina Kota Kinabalu Jualan Makanan Laut Di Sekitar Pasar Filipina

Lobster Segar Kota Kinabalu Seafood Di Pasar Filipina Kota Kinabalu Seafood Segar Di Pasar Filipina Sabah
Seaweed Segar Pasar Filipina Kota Kinabalu

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #beli manik perhiasan di pasar filipina #gambar di pasar filipina KK #makan seafood #makan seafood murah di kota kinabalu #pasar filipina kota kinabalu #pasar malam di kota kinabalu #suasana pasar filipina #tempat menarik di kota kinabalu

Lima Tempat Menarik Wajib Anda Singgah Di Pulau Langkawi
Sebut sahaja Pulau Langkawi, pasti ramai akan terbayangkan burung Helang gergasi yang merupakan
Pulau Perhentian, Salah Satu Tempat Tercantik Di Malaysia Wajib Anda Kunjungi!
Pasti ramai dalam kalangan kita yang sukakan aktiviti pantai dan pulau sebagai satu
5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia
Bercakap mengenai Indonesia, pasti ramai yang memasang hajat untuk menjejakkan kaki ke Lombok
Pesta Air Songkran Di Thailand, Kenapa Ia Menarik?
Saban tahun setiap kali tibanya bulan April, pasti ramai akan tertunggu-tunggu untuk meraikan

Comments are closed.