Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Ranau

Sewaktu perjalanan ke sana dari bandar Kota Kinabalu, pemandangan puncak gunung Kinabalu pasti menjadi tatapan saya. Bila kenderaan membelah laluan dipinggir puncak tertinggi di Asia Tenggara, cuaca juga menjadi agak sejuk dan berkabus. Dah macam kat Genting plak.

Jangan lepaskan peluang bergambar dengan “background” Gunung Kinabalu. Jadikan memori ini sebagai koleksi dalam album gambar anda.

Destinasi saya seterusnya ialah ke Sungai Moroli terletak di Kampung Luanti, Ranau. Apa yang menarik di sini adalah kita akan dapat menyaksikan satu kaedah pemuliharaan spesis ikan Kelah. Sistem ini dipanggil sistem “Tagal”. Sistem tagal adalah satu kaedah dengan menutup satu kawasan tertentu daripada semua jenis aktiviti menangkap ikan. Biasanya tagal dilakukan di kawasan habitat asal spesis ikan tersebut.

Kawasan yang ditutup dengan cara Tagal ini menempatkan ikan spesis asal. Pemberian makanan dilakukan secara berjadual dan ikan dibiarkan bebas tanpa halangan. Apabila ikan liar sudah biasa dengan cara ini, ia tidak akan lari dari kawasan ini kerana tiada ancaman dan mempunyai sumber makanan yang banyak.

Pengwujudan kawasan Tagal memerlukan masa, kesepakatan dan kerjasama semua pihak di kawasan terbabit.

Keperihatianan dan kesedaran komuniti di sini mewujudkan sistem Tagal memberikan satu sumber pendapatan kepada penduduk di sini melalui kegiatan pelancongan serta pemuliharaan spesis ikan kelah.

Dengan kadar bayaran sekitar RM 5.00, kita akan berpeluang mendekati spesis ikan Kelah. Dengan dibekalkan makanan khas, kita berpeluang memberi makan ikan di tapak tangan sendiri. Sangat menarik sebenarnya pengalaman ini. Sukar untuk saya gambarkan di sini.

Kalau berani, boleh mandi bersama ikan Kelah. Tapi, tengok pada saiz, rasa macam seram juga. Silap hari bulan kena gigit kat situ. Tak dapek den nak nolong..

Itu sahaja aktiviti saya di sekitar sini. Ok, badan dah rasa penat dan lapar, saya tak sabar nak balik hotel. Nak rest secukupnya dan makan sepuas hati sebelum bertolak pulang ke semenanjung. Insyallah saya akan menyambung lagi edisi ronda yang seterusnya.

Gambar menarik Kundasang – Ranau – Kampung Luanti – Tagal

pemandangan-puncak-gunung-kinabalu-sabah-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Pemandangan Puncak Gunung Kinabalu Sabah

jalan-ke-ranau-sabah-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Jalan Ke Ranau Sabah

Pemandangan-menyusuri-kaki-gunung-kinabalu-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Pemandangan Menyusuri Kaki Gunung Kinabalu

pemandangan-sekitar-kaki-gunung-kinabalu-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Pemandangan Sekitar Kaki Gunung Kinabalu

pendaftaran-sebelum-masuk-ke-kawasan-tagal-kampung-luanti-ranau-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Pendaftaran Sebelum Masuk Ke Kawasan Tagal Kampung Luanti Ranau

pemandangan-ke-kawasan-tagal-di-ranau-sabah-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Pemandangan Ke Kawasan Tagal Di Ranau Sabah

sekitar-aktiviti-di-kampung-luanti-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Sekitar Aktiviti Di Kampung Luanti

kaunter-masuk-ke-pusat-konservasi-ikan-kelah-atau-tagal-kampung-luanti-ranau-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Kaunter Masuk Ke Pusat Konservasi Ikan Kelah Atau Tagal Kampung Luanti Ranau

kawasan-sungai-yang-dijadikan-tagal-di-kampung-luanti-ranau-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Kawasan Sungai Yang Dijadikan Tagal Di Kampung Luanti Ranau

papan-tanda-Tagal-sungai-Moroli-Kampung-Luanti-Ranau-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Papan Tanda Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti Ranau

kejayaan-sistem-tagal-kampung-luanti-ranau-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Kejayaan Sistem Tagal Kampung Luanti Ranau

Konsep-tagal-memberikan-perkembangan-baik-terhadap-pemuliharaan-sumber-ikan-air-tawar-terutama-ikan-kelah-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Konsep Tagal Memberikan Perkembangan Baik Terhadap Pemuliharaan Sumber Ikan Air Tawar Terutama Ikan Kelah

memberi-makan-dengan-tangan-di-kg-luanti-ranau-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Memberi Makan Dengan Tangan Di Kg Luanti Ranau

ikan-dalam-sistem-tagal-ini-boleh-disentuh-kerana-tiada-unsur-ancaman-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Ikan Dalam Sistem Tagal Ini Boleh Disentuh Tanpa Rasa Terancam

pemandangan-kawasan-tagal-di-ranau-sabah-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Pemandangan Kawasan Tagal Di Ranau Sabah

ikan-kelah-sistem-tagal-ranau-300x300 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Ikan Kelah Sistem Tagal Ranau

logo-150x150 Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia

Loading...

Tags: #destinasi pelancongan ranau #gambar sistem tagal kelah di kampung luanti #ikan kelah makan ditangan #kampung luanti #kelah sabah #kundasang #ranau #ranau sabah #sabah #sistem tagal #tagal di kampung luanti #tagal di sungai moroli #tagal sungai moroli luanti sabah #tempat menarik di ranau

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Edisi Ronda EP. 4 : Apa Yang Menarik Di Ranau, Sabah Malaysia"