5 Fakta Mengejutkan Tentang Wanita! Lelaki Tolong Jangan Terkejut!

Perempuan Wanita Yang Menarik

Wanita merupakan sosok paling indah dan istimewa ciptaan Allah SWT yang pantas untuk dicintai dan dihormati.

Meskipun mempunyai sifat kelembutan, penyayang dan sensitif, wanita masa kini dilihat setanding dan berpengaruh dengan golongan Adam seperti menjawat pelbagai jawatan penting atau memiliki empayar bisnes tersendiri.

Seperti lelaki, wanita turut memiliki kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

Dilansir daripada portal Wolipop.com, ini 5 fakta mengejutkan tentang wanita yang perlu lelaki ketahui. Check it out!

1. Hidup Lebih Lama

Dipetik dari HerBeauty.co, wanita dikatakan boleh hidup lebih lama daripada kaum lelaki iaitu lima tahun lebih lama. Malah, para saintis mengatakan bahawa kebanyakan wanita lebih mengamalkan budaya gaya hidup sihat berbanding lelaki. Bukan itu sahaja, tubuh wanita juga boleh melawan jangkitan dan penyakit lebih baik daripada lelaki.

2. Serba Boleh

Wanita sememangnya dikenali boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Pastinya, bukan semua golingan Adam boleh melakukannya. Berdasakan kajian The Journal of Neuroscience mendedahkan bahawa kaum Hawa memiliki otak tengah atau Corpus Callosum yang lebih besar berbanding lelaki. Otak tengah ini bertanggungjawab dalam keberkesanan untuk mengerjakan pelbagai kerja atau aktiviti dalam satu masa.

3. Semakin Tua Semakin Cepat Orgasme!

Siapa kata wanita pertengahan usia tidak mendapat kepuasan dalam hubungan intim. Wanita berumur 40 tahun sebenarnya lebih cepat orgasme berbanding wanita berusia 20-an. Sementara itu, kaum lelaki berisiko untuk ejakulasi pramatang apabila mereka semakin tua.

4. Menangis 5 Kali Dalam Sebulan

Berdasarkan data kajian, wanita menangis kira-kira 5 kali sebulan manakala lelaki hanya sebanyak 1.5 kali. Ini disebabkan wanita mempunyai prolaktin sebanyak 50% hingga 60% lebih tinggi daripada kaum Adam. Untuk info, prolaktin adalah yang membuat air mata.

5. Sering Mengalami Mimpi Buruk

Wanita secara umumnya mengalami lebih mimpi buruk berbanding lelaki. University of West England mendedahkan bahawa wanita menpunyai lebih banyak kebimbangan yang mempengaruhi kualiti tidur mereka. Oleh itu, wanita lebih mudah untuk bangun dan terjaga daripada lelaki. Menurut saintis, otak wanita akan menurun sebanyak 10% ketika sedang tidur.

azlan-150x150 5 Fakta Mengejutkan Tentang Wanita! Lelaki Tolong Jangan Terkejut!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Fakta Menarik Tentang Wanita #fakta tentang wanita #peribadi wanita #Trivia Menarik Tentang Wanita #wanita

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.