Atasi Kulit Berminyak Dengan 4 Cara Mudah Ini!

Hilangkan Muka Berminyak

Tahukah anda, masalah kulit berjerawat atau bintik-bintik hitam terjadi akibat minyak berlebihan di raut wajah.

Masalah kulit berminyak tidak hanya berlaku pada kaum Hawa malahan turut terjadi pada golongan lelaki.

Jika tidak dirawat dengan segera, anda pasti mengalami kulit berjerawat yang serius dan beberapa masalah kulit wajah yang lain.

Jangan risau, jom atasi masalah kulit berminyak dengan 4 cara mudah ini. Take a look!

1. Masker Putih Telur

Mesti anda pernah terdengar tentang masker putih telur tidak bagus untuk seseorang yang mengalami kulit kering. Namun, hal yang sebaliknya berlaku pada pemilik kulit berminyak yang berlebihan.

Cara Rawatan:

Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Oleskan putih telur pada wajah anda dan biarkan kering seketika selama 15 minit sebelum dibersihkan dengan air suam. Bukan sahaja mampu menghilang minyak berlebihan, putih telur juga dapat mengusir bintik-bintik hitam di raut wajah anda.

2. Masker Epal

Selain lazat dan bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan, epal juga boleh digunakan sebagai masker untuk mengatasi masalah kulit berminyak.

Cara Rawatan:

Potong epal menjadi hirisan halus dan lenyekkan epal dalam mangkuk. Setelah siap, campurkan 4 sudu madu bersama-sama epal yang telah dilenyekkan. Sapukan campuran epal dan madu pada sekeliling wajah anda. Diamkan seketika kira-kira 15 hingga 30 minit dan kemudian cuci wajah anda dengan air bersih.

3. Daun Saderi

Ternyata, daun saderi bukan sahaja digunakan dalam bahan masakan bahkan membantu membasmi minyak berlebihan di wajah anda.

Cara Rawatan:

Cincangkan daun saderi terlebih dahulu. Kemudian, rendamkan daun itu dalam air panas selama 20 hingga 30 minit. Seterusnya, tapis air rendaman dan biarkan air tersebut sejuk selama 25 hingga 30 minit. Setelah sejuk, oleskan air rendaman daun saderi ke wajah dengan menggunakan kapas. Biarkan ianya meresap seketika sebelum dibilas dengan air bersih. Lalukan rawatan ini dua kali sehari untuk kesan yang memberangsangkan.

4. Limau Nipis

Tidak dinafikan, limau nipis mempunyai 1001 manfaat untuk kegunaan seharian manusia. Dari rambut yang berkelemumur, menghilangkan batuk sehinggalah mengatasi masalah kulit berminyak.

Cara Rawatan:

Anda cuma perlu menempelkan kulit limau nipis ke raut wajah dan urut secara perlahan-lahan. Diamkan sebentar kira-kira 25 minit lalu dibilas dengan air bersih. Untuk keputusan maksimum, anda boleh menggunakan kaedah ini selama 3 kali seminggu bagi menghapuskan minyak yang berlebihan di wajah.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #atasi kulit berminyak #Cara Atasi Kulit Wajah Berminyak #muka berminyak #Petua Mudah Rawat Kulit Muka Berminyak #Tips Mudah Rawat Kulit Wajah Berminyak

Cara Memerdukan Suara & Memanjangkan Nafas Untuk Menyanyi!
Bagi seseorang yang suka menyanyi, untuk mendapatkan vokal yang baik, ianya memerlukan kawalan
Cara Menumbuhkan & Melebatkan Jambang Seperti Wak Doyok!
Bukan semua lelaki mampu untuk memiliki jambang. Ada juga yang mempunyai masalah dimana
Penyakit Kayap! Simpton, Rawatan, Petua & Pantang Larangnya
Apa itu penyakit kayap? Kayap merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan
5 Kesalahan Memakai Masker! AWAS! Ia Boleh Memudaratkan Wajah Anda!
Di era globalisasi ini, ramai wanita diluar sana memilih dan memakai masker untuk

Comments are closed.