3 Petua Mudah Merawat Baju Putih Anda Dari Berubah Warna Kekuningan!

Basuh Baju Putih

Sama ada lelaki atau wanita, pastinya anda memiliki lebih daripada sepasang baju putih dalam almari pakaian.

Mungkin dianggap sebagai klise tetapi baju putih boleh disuaipadan dengan pelbagai busana lain seperti jaket, kemeja atau suit.

Masalahnya, baju putih kegemaran anda boleh berubah warna menjadi kekuningan atau kelihatan lusuh jika tidak dirawat dengan betul.

Nah, ikuti 3 petua mudah ini bagi merawat baju putih anda daripada berubah warna tidak diingini. Selamat mencuba!

1. Jauhi Deodoran Jenis Aluminium

Seringkali menemui kesan kekuningan pada ketiak baju putih anda? Noda kuning ini berlaku disebabkan oleh tindak balas kimia akibat pemakaian deodoran jenis aluminium (Aluminium Chlorohydrate).

Menurut International Hyperhidrosis Society and Ruma Organics, bahan-bahan aluminum yang terdapat pada produk deodoran atau antiperspirant akan menyebabkan reaksi yang meninggalkan kesan kekuningan pada fabrik.

Sebaik-baiknya, anda perlu menghindari pemakaian pewangi ketiak jenis ini bagi mencegah masalah kekuningan pada pakaian. Sebagai contoh, anda boleh guna deodoran dan antiperspirant yang tidak mengandungi bahan-bahan aluminium.

2. Terus Basuh Setelah Dipakai

Salah satu faktor berlakunya noda kekuningan ini pada baju putih adalah dengan membiarkan keringat anda menempel terlalu lama pada pakaian. Malah, anda tidak menukar atau menanggalkan pakaian berkenaan setelah memakainya seharian.

Penulis mengesyorkan agar anda mencuci baju putih tersebut dengan kadar segera selepas dipakai. Jika sibuk atau tidak ada masa terluang, anda boleh mencucinya keesokan harinya. Ingat, jangan biarkan pakaian kotor anda terbengkalai berminggu-minggu dalam bakul.

3. Elakkan Cecair Peluntur (Bleach Liquid)

Untuk pengetahuan pembaca, cecair peluntur atau bleach liquid sebenarnya boleh menjadikan baju putih menjadi kekuningan sekali lagi terutamanya bagi pakaian yang diperbuat daripada bahan polyester.

Bahkan, cecair peluntur ini turut mengandungi bahan yang membolehkan baju anda jadi tipis jika digunakan secara kerap.

Apakata anda tukarkan kepada cecair peluntur kepada peluntur pakaian yang lebih semula jadi seperti perahan air lemon. Campurkan perahan air lemon di dalam air mendidih lalu rendam baju putih anda dalam campuran berkenaan kira-kira dua jam. Selepas itu, bilas sehingga bersih dan jemur sehingga kering.

Sumber: Who What Wear & Wolipop.com
azlan-150x150 3 Petua Mudah Merawat Baju Putih Anda Dari Berubah Warna Kekuningan!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #basuh baju putih #Petua Rawat Baju Berwarna Putih #rawat baju putih jadi kuning #Tips Mudah Rawat Baju Putih Daripada Kekuningan

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.