Kenali Dayang Areeda, Pelakon Cun Drama Kekasih Paksa Rela

Dayang Areeda, Pelakon Cun Drama Kekasih Paksa Rela

Memulakan karier seninya tiga tahun yang lalu, Dayang Areeda semakin panas dan mekar mewangi dalam kalangan peminat seni hiburan tanah air.

Namanya mula dikenali netizen sejak drama bersiri lakonannya berjudul Semusim Rindu (Astro Prima 105) dan Pembancuh Kopi Mr Vampires (Hypp TV) ditayangkan di kaca televisyen.

Sejak itu, kerjaya anak kelahiran Kudat, Sabah ini semakin berkembang serta menjadi rebutan para penerbit dan pengarah tempatan.

Terkini, aktres cun melecun ini muncul dengan drama bersiri terbaharunya iaitu Kekasih Paksa Rela yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 mulai 26 Disember 2017 lalu. Selain Dayang, drama berkenaan turut diserikan oleh Remy Ishak, Intan Najuwa, Nynaa Harizal dan Ain Edruce.

Jom kita intip ringkasan biodata dan trivia menarik si cantik berbintang Aquarius ini.

Biodata Ringkas Dayang Areeda

Nama Penuh: Dayang Areeda Datu Abdul Razak
Nama Komersil: Dayang Areeda
Umur: 24 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 29 Januari 1994
Zodiak: Aquarius
Asal: Kudat, Sabah
Kerjaya: Pelakon
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Kekasih Paksa Rela, Oh My Prince, Anda Telah DiPrank, Semusim Rindu, Sha & Shah, Sha & Shah Raya, Sepatu Tinggi Medina, Playboy Kantoi, GF Aku Amnesia, Abang Sadoku Kekwat, PA Encik Monster, Cekelat Semanis Honey, Si Kolot Suamiku, Ku Redha, Pembancuh Kopi Mr Vampire, Bakal Suami Akan Datang, Tiket Cinta dan banyak lagi.

Filem: Kolestrol VS Cinta & Volkswagen Kuning.

Laman Media Sosial Dayang Areeda

Trivia Menarik Tentang Dayang Areeda

  • Graduan jurusan Diploma Perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Melaka.
  • Figura cantik ini bernaung di bawah label Metrowealth International Group (MIG Production Sdn Bhd) bersama-sama Julia Marin, Tengku Fiella dan Aizat Hassan.
  • Selain berlakon, Dayang juga bercita-cita ingin bergelar seorang pengacara televisyen di masa depan.
  • Dayang Areeda Squad adalah nama kelab peminat pelakon ini.
  • Siapa sangka, Dayang merupakan seorang pencinta kucing. Beliau turut membela dua ekor kucing peliharaan bernama Teddy dan Tobby.
  • Jika ada masa lapang, Dayang suka melancong ke luar negara bersama kawan-kawannya. Antara destinasi yang pernah dilawatinya adalah Jogjakarta (Indonesia), Manila (Filipina dan Paris.
  • Sangat mengagumi pelakon hebat tanah air, Nabila Huda.
  • Jika diberi peluang, Dayang mengimpikan untuk membawa karakter aksi dan lasak sama ada dalam drama, telefilem atau filem.
  • Sehingga kini, Dayang memiliki lebih 64,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Dayang Areeda, Pelakon Cun Drama Kekasih Paksa Rela

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #asal usul dayang areeda #Biodata Dayang Areeda #Dayang Areeda #dayang areeda asal #dayang areeda biodata #dayang areeda nikah #dayang areeda orang mana #Dayang Areeda Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela #Dayang Areeda Profile #Drama Kekasih Paksa Rela TV3 #kekasih paksa rela tv3 #Kenali Dayang Areeda #Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela #Profil Dayang Areeda #profile dayang areeda #Siapa Dayang Areeda

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.