Biodata Nynaa Harizal, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela

Biodata Nynaa Harizal, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela

Memulakan karier sebagai anak wayang lebih kurang setahun yang lalu, pendatang baharu bernama Nynaa Harizal kini dilihat semakin ligat mengorak langkah dalam menawan industri seni lakonan tanah air.

Namanya mula mencuri tumpuan para peminat tempatan apabila membintangi drama bersiri popular, Hero Seorang Cinderella yang turut dijayakan oleh Fattah Amin dan Nur Fazura.

Biarpun masih lagi bertatih di pentas lakonan, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal tetap optimis dalam mencipta namanya sebagai aktres yang berbakat dan serba boleh.

Sebelum terjun ke dunia lakonan, wanita berusia 22 tahun ini aktif di lapangan peragaan secara sambilan untuk majalah dan iklan komersil.

Terkini, figura kelahiran Ampang, Selangor ini muncul dengan buah tangan terbaharu iaitu drama rantaian berjudul Kekasih Paksa Rela yang hangat ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 mulai 26 Disember 2017 lalu. Selain Nynaa, drama berkenaan turut diserikan oleh Remy Ishak, Intan Najuwa dan Ain Edruce.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan pelakon berbintang Libra ini.

Biodata Ringkas Nynaa Harizal

Nama Penuh: Nurul Hanynaa Harizal
Nama Komersil: Nynaa Harizal
Umur: 22 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 21 Oktober 1996
Zodiak: Libra
Asal: Ampang, Selangor
Kerjaya: Pelakon & Model Sambilan
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Kekasih Paksa Rela, Hero Seorang Cinderella, Orang London Balik KL dan Terkoyak Langit Cinta

Filem: Mak (2018)

Laman Media Sosial Nynaa Harizal

Trivia Menarik Tentang Nynaa Harizal

  • Nynaa kini bernaung dibawah label pengurusan Mazrul Hisham Production.
  • Sedang melanjutkan pengajiannya di Kolej Universiti KDU Kuala Lumpur dalam jurusan perakuanan.
  • Peserta akhir program Pencarian Gadis Panca NR 2017.
  • Mata pelajaran kegemarannya adalah Matematik.
  • Kalau nak tahu, figura cun ini berkemahiran menunggang kuda dan boleh bermain piano.
  • Antara iklan komersil yang dijayakannya adalah Panasonic Sky Series, Nescafe Smoovlatte, White House Ceramic, Tesco Malaysia, Boh Tea Malaysia, KFC Cheezy Mushroom Crunch, Rexona, Celcom Game Hero, Tune Insurance dan Mydin Malaysia.
  • Wajah juga muncul dalam beberapa majalah fesyen dan gaya hidup tempatan termasuklah Majalah Keluarga, Cosmpolitan Magazine, Majalah Pengantin dan Majalah Nona.
azlan-150x150 Biodata Nynaa Harizal, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Nynaa Harizal #Drama Kekasih Paksa Rela TV3 #gambar nynaa harizal #Images for Nynaa Harizal #Info Menarik Nynaa Harizal #Kenali Nynaa Harizal #menarik tentang Nynaa Harizal #Nurul Hanynaa Harizal #Nynaa Harizal #Nynaa Harizal Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela #Nynaa Harizal Profile #Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela #Siapa Nynaa Harizal #Trivia Menarik Nynaa Harizal #umur Nynaa Harizal

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.