Tips Mengenal Sifat Lelaki, Wanita Kena Baca Fakta Ini!

Sifat Lelaki

Bagi wanita yang ingin mengenali sifat dan sikap seorang lelaki, manusia yang berjantina lelaki bukanlah seorang yang payah untuk difahami dan dibaca. Mungkin beberapa perkara di bawah dapat membantu dan sebagai tips untuk anda.

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Ini mungkin jauh lebih menawan daripada kecantikan fizikal. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..“Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur danĀ berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu dan begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  13. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan flirting dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanyalah kawan.
  14. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari. Maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa sedih. Cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint. Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tidak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  19. Tidak semua lelaki mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dengan sifat perempuan yang sukar untuk difahami. Jika anda menemui lelaki yang mampu bersabar dan tahan dengan sikap anda, jangan lepaskannya kerana penggantinya tidak akan sama.
  20. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimana pun rupa atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.
Loading...

Tags: #baca hati lelaki #baca hati pasangan anda #baca isi hati lelaki #cara membuat lelaki tergila-gilakan kita #fakta tentang lelaki #fakta tentang lelaki bila jatuh cinta #hati lelaki yang sebenarnya #kenali lelaki #lelaki ego dalam percintaan #maksud senyuman seorang lelaki #mengenali dan memahami lelaki #rahsia lelaki jatuh cinta #rahsia senyuman lelaki #rahsia wanita yang haram diketahui oleh lelaki #sifat lelaki yang wanita harus ketahui #tips mengenai lelaki

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.