Ketahui Waktu Perkhidmatan Operasi Pos Laju Di Malaysia

Motosikal Pos Laju Malaysia

Ketahui Waktu Operasi Pos Laju Di Malaysia
Seperti anda ketahui, perkhidmatan Pos Laju untuk tempahan diterima dari seluruh Malaysia. Caj pos adalah bergantung pada berat barang anda dan lokasi penghantaran.

Penghantaran dibuat keesokan hari berkerja (H+1) dalam kawasan liputan PosLaju. Untuk kawasan luar liputan PosLaju, penghantaran dalam tempoh standard 2-3 hari berkerja.

Bagi tempahan yang diterima dari luar negara seperti Brunei dan Singapura, perkhidmatan Pos Malaysia disertakan dengan pos daftar/registered mail atau airmail. Kedua-dua jenis penghantaran ini mempunyai tracking number.

Isnin Hingga Jumaat
Jika anda mahu menggunakan khidmat Pos Laju, kebiasaan urusan mestilah sebelum jam 2 petang dari Isnin hingga Jumaat, pesanan akan dikutip oleh pihak Poslaju pada hari yang sama dan mungkin akan sampai ke destinasi pada keesokan harinya. Ia bergantung pada pada destinasi penghantaran.

Untuk sesetengah kawasan mungkin mengambil masa 2 hingga selewat-lewatnya 5 hari bekerja. Sedikit kelewatan biasanya berlaku bagi sesetengah kawasan pedalaman.

Sabtu dan Ahad (Tiada Penghantaran Akan Dibuat)
Pesanan akan dihantar pada hari isnin atau pada hari bekerja yang berikutnya. Sebagai panduan, berikut adalah antara status penghantaran yang tertera di dalam sistem poslaju yang akan membawa maksud berikut :-

  • Courier is attempting delivery : Item sedang dalam proses penghantaran pada hari ini. Waktu penghantaran kami adalah sehingga jam 6 petang.
  • Consignment arrived at processing center / transit office : Item tiba di pusat agihan / pejabat transit dan sedang dalam proses agihan.
  • Consignment dispatch out from processing center / transit office : Item keluar dari pejabat transit / pusat agihan. Ia akan dihantar ke pusat agihan terdekat sebelum dihantar kepada penerima.
  • Consignment successfully delivered : Item telah berjaya diserah.
  • Unable to deliver the item due to Missed delivery – Item will be deliver next working day : Item ditangguhkan penghantaran kepada keesokan hari.
  • Consignment to be collected at Counter Delivery : Item sedia untuk diambil di kaunter penghantaran.

Berikut merupakan waktu operasi poslaju seluruh negeri di Malaysia. Pilih mengikut cawangan poslaju yang ingin anda ketahui waktu operasinya. Anda boleh merujuk laman web berikut untuk mengetahui waktu operasi pos laju;

Loading...

Tags: #jadual operasi pos laju #operasi pos laju #penghantaran melalui pos malaysia #pos laju #pos laju di malaysia #pos malaysia #waktu pos laju #waktu utama pos laju

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Ketahui Waktu Perkhidmatan Operasi Pos Laju Di Malaysia"