Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik


Apabila zaman semakin maju, banyak idea baru diketengahkan selaras dengan peredaran masa. Mungkin pada satu masa, harga hartanah akan melambung tinggi dan pada masa itu, kemungkinan ada yang kurang berkemampuan untuk membeli lot tanah bagi tujuan membina kediaman sendiri.  Pada masa kini, rekabentuk rumah moden ini mungkin tidak mendapat sambutan hangat lagi di Malaysia, tetapi tidak mustahil ciptaan ini akan mendapat perhatian sedikit masa lagi.

Masyarakat Jepun terkenal dengan gaya ubahsuai rumah yang kemas dan idea rekabentuk rumah yang moden. Budaya mereka yang pandai memanipulasikan ruang menjadikan sesuatu ruangan yang sempit di rumah mereka lebih tersusun dan kemas. Idea-idea rekabentuk kabinet dapur, almari dan meja mudah alih banyak digunakan oleh masyarakat Jepun, semuanya berkonsep mudah alih dan boleh disimpan selepas  tidak digunakan. Begitu juga dengan slot laci-laci tersembunyi di dinding rumah mereka juga boleh menjadi tempat penyimpanan yang menarik serta mengelakkan barang-barang peribadi berselerak.

Untuk makluman anda, rumah ini telah dibina di sebuah kawasan perumahan di Jepun. Ia mempunyai keluasan sekitar 2,000 kaki persegi. Rumah ini juga mempunyai beberapa ruang seperti rumah biasa juga, namun cara kekemasan susunatur bilik serta aksesori seperti laluan tangga yang teratur menjadikan ia lebih efektif kepada ruang yang tersedia.

Jika dilihat kepada rekabentuk rumah ini, ia sangat ringkas sehingga tiada kekuda serta bumbung dibina pada bahagian atas. Ia hanya kelihatan seperti bongkah empat segi yang sangat ringkas.

Idea penciptaan rumah seperti ini sangat baik terutama apabila kita ingin membina sebuah rumah di satu kawasan yang kecil. Jika dilihat dari segi penyelenggaraan, rumah seperti ini dilihat tidak memerlukan kerja penyelenggaraan yang rumit seperti rumah bungalow biasa.

Semoga paparan rekabentuk rumah seperti ini dapat mencetuskan inspirasi dalam membina rumah idaman anda.

Kemasan-rekaan-kabinet-dapur-kering-ringkas-dan-kemas.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Rekaan kabinet dapur kering ringkas dan kemas

Pandangan-belakang-rumah-yang-sangat-ringkas.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Pandangan belakang rumah yang sangat ringkas

Pandangan-dari-atas-tangga.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Pandangan dari atas tangga

Pandangan-daripada-balkoni-tingkat-dua.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Pandangan daripada balkoni tingkat dua

Pandangan-di-dalam-ruang-tingkat-bawah.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Pandangan di dalam ruang tingkat bawah

Pandangan-sisi-yang-memperlihatkan-ruang-parking-kenderaan-dengan-pintu.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Pandangan sisi yang memperlihatkan ruang parking kenderaan dengan pintu

Pemandangan-menarik-melalui-tingkap-bilik.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Pemandangan menarik melalui tingkap bilik

Pemasangan-laminated-floor-menaikkan-seri-ruang.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Pemasangan laminated floor menaikkan seri ruang

Pemasangan-pintu-jenis-kaca-dengan-frame-aluminium-menyerlahkan-corak-moden.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Pemasangan pintu jenis kaca dengan frame aluminium menyerlahkan corak moden

Pencahayaan-lampu-pada-posisi-tepat-menyerlahkan-lagi-ruang.-e1476995420797-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Pencahayaan lampu pada posisi tepat menyerlahkan lagi ruang

Rekaan-tangga-ringkas-ini-dilihat-tidak-berselerak.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Rekaan tangga ringkas ini dilihat tidak berselerak

Ruang-bilik-tidur-serba-ringkas.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Ruang bilik tidur serba ringkas

Ruang-kosong-untuk-aktiviti-santai-di-balkoni.-300x300 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Ruang kosong untuk aktiviti santai di balkoni

logo-150x150 Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik

Loading...

Tags: #gambar rumah moden jepun #hiasan dalam rumah jepun #hiasan dalaman rumah #idea bina rumah #idea rumah moden #rekaan moden rumah #rumah dalam bandar #rumah di tanah sempit #rumah moden #rumah moden baru #rumah moden jepun #rumah ringkas moden

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cetusan Idea Membina Rumah Moden Berbentuk Unik"