Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Rumah Kontena

Membina sebuah rumah yang lengkap pasti memakan belanja yang besar bermula daripada proses penyediaan pelan sehingga selesai rumah dibina. Lain pula ceritanya apabila membina rumah hanya menggunakan barang terpakai seperti kontena. Kontena ini sebenarnya digunakan untuk menyimpan barang komersil bagi tujuan penghantaran menggunakan kapal kargo, kapal terbang ataupun melalui lori. Oleh yang demikian, ia sangat kukuh kerana peranannya sendiri ialah untuk menjaga kualiti barang yang disimpan di dalamnya.

Idea menarik ini pada peringkat awalnya dikatakan kurang popular kerana biasanya kontena barang dijadikan sebagai rumah kabin atau side office apabila sesuatu projek dijalankan, ia bertindak sebagai bilik pekerja atau majikan yang hadir bagi sesi lawatan tapak. Namun kini, penggunaan bahan terpakai seperti kontena ini menjadi salah satu alternative dalam menyediakan satu ruang atau bangunan yang menarik dan cantik.

Walaupun ruangan pada satu kontena tidaklah seluas mana tetapi cara pengayaan susunan kontena menjadikan beberapa kontena sebagai satu bangunan yang bertingkat-tingkat yang luas.

Selain itu penggunaan warna pada kontena dalam dapat menaikkan seri bahan yang lusuh ini sehingga ia kelihatan seakan-akan binaan yang unik untuk didiami. Pelbagai aksesori tambahan seperti frame tingkap, pintu, cermin serta pelantaian simen juga memberikan bentuk yang menarik.

Apa yang pasti, idea kreatif ini sangat praktikal untuk digunapakai bagi membina rumah kecil di dalam kawasan ladang mahupun sebagai satu rumah persinggahan di waktu lapang.

Pengayaan sebuah kontena menjadi bilik tidur.

Rekaan gerai dari kontena juga menarik perhatian.

Rekaan ringkas dengan pewarnaan yang menarik pada bahagian luar kontena sebuah rumah kabin.

Rumah kabin daripada kontena ringkas tanpa pelantaian.

Rumah kabin dengan pintu slaiding kaca.

Satu kontena yang besar sudah memadai untuk menjadi rumah kabin yang lengkap.

Dua kontena diletakkan mengiring menyerlahkan rekaan rumah kabin.

Susunan kontena yang pelbagai menjadi rumah kabin ini bertingkat.

Susunan kontena secara kreatif menjadikan rekaan rumah kabin sangat unik.

Gaya rekaan rumah kabin corak moden dengan pemasangan tempered glass.

Idea kreatif membina rumah kontena menghasilkan ciptaan yang moden.

Idea rumah kabin dengan gaya santai.

Idea rumah kabin seakan caravan yang boleh dibawa kemana sahaja.

Kontena juga boleh dijadikan sebagai rumah persinggahan.

Kontena sangat kukuh kerana ia tahan lama.

 

Carian Berkaitan

pelan rumah kontena, bina rumah kabin, rumah dari kontena, bina rumah kontena, rumah cabin di malaysia, design rumah kontena, contoh rumah kontena

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #idea bina rumah dari kontena #idea bina rumah kreatif #kontena sebagai rumah #rumah kabin #rumah kecil kontena. kabin kontena

Ingin Ringankan Bebanan Belanjawan Anda? Ikuti Enam Cara Mudah Ini
Anda risau dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari? Duit anda
Bosan? Lima Cara Ini Awesomekan Hujung Minggu Kamu
Cuti di hujung minggu kadang kala sangat membosankan. Ini kerana tiada aktiviti-aktiviti yang
Teknik Ringkas Merakam Gambar Seperti Seorang Fotografer Profesional?
Dalam merakam gambar moment atau detik indah, kita sering terlepas pandang berkenaan beberapa
Lelaki! 11 Item Fesyen Ini Wajib Anda Miliki
Apa itu Fesyen? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fesyen didefinasikan sebagai gaya pakaian,

Comments are closed.