Kelebihan Membaca Ayat Kursi Dalam Kehidupan Seorang Muslim

Membaca Quran

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya, ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Sabit menulis serta menyebarkannya.

  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga dan anak-anak. Harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.
  • Mengikut keterangan dari kitab Asraarul Mufidah, sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara dia dari segala bencana dengan izin Allah.
  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  • Fadhilat ayat Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya”.

  • Sabda baginda lagi :

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.
  • Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi dan Allah melimpahkan rahmat padanya.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Loading...

Tags: #ayat Kursi #fadhilat ayat Kursi #kebesaran ayat Kursi #kelebihan ayat Kursi #Kelebihan membaca ayat Kursi #Kelebihan Membaca Ayat Kursi Dalam Kehidupan Seorang Muslim

Bacaan Sujud Tilawah, Sujud Sahwi & Sujud Syukur
Sujud Tilawah Sujud tilawah ialah sujud kerana membaca atau mendengar ayat-ayat al-Qur’an tertentu,
Makanan, Minuman, Amalan & Doa Untuk Memperbanyakkan Penghasilan Susu Badan
Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan semasa menyusukan bayi, pemakanan dan
Kenali Sifat Wanita Yang Haram Dinikahi! Lelaki Mesti Baca!
Seorang lelaki yang sudah memenuhi syarat untuk berkahwin dan bersedia secara zahir dan
Perkara Patut Anak Lakukan Agar Hati Ibu Bapa Tidak Tersinggung!
Setiap anak yang baik pasti ingin membahagiakan dan membalas jasa ibu bapa yang

Comments are closed.