Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Nanie

Nadia Brian

Nadia Brian adalah pelakon cantik yang mula dikenali menerusi drama Akulah Balqis. Kali ini beliau akan muncul sekali lagi selaku pelakon utama dalam drama terbaru di slot Lestary TV3 Sweetie Nanie. Nadia Brian adalah pendatang baru di persada skrin TV, Nadia Brian yang diuji bakat lakonan teater semasa pengajiannya tiga tahun lalu di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Pengalaman berlakonnya adalah daripada persembahan teater. Antara teater dilakonkan ialah Bawang Putih Bawang Merah.

Nadia Brain telah sebati dalam keluarga dan rakan-rakannya sejak kecil lagi dengan menggunakan nama “Nadia Brian”. Nama “Brian” adalah sempena nama datuknya, Brian Goldring Abdullah seorang warga Australia. Langkah awalnya bermula dalam drama Akulah Balqis  melakonkan watak Milda, isteri yang berdepan dengan pelbagai konflik dengan baik sekali. Dalam drama Akulah Balqis, Nadia Brian memegang watak sebagai isteri kepada pelakon Nazim Othman, walaupun pertama kali berlakon bersama, namun mampu dilakonkan dengan baik dan pendapat pujian penonton drama TV. Nadia juga menampilkan kelebihan dengan kualiti lakonan yang dikatakan setaraf dengan pelakon lebih senior.

Drama Sweetie Nanie

Episod : 13 Episod
Tarikh Siaran : 29 September 2016
Hari / Masa : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
Siaran : Slot Lestary TV3
Skrip : Nieza Nahar & Zuraidah Kassim
Pengarah : Pali Yahya
Penerbit : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Sinopsis Drama

Nadia-brain-dalam-drama-Sweetie-Nanie-300x300 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Nanie

Drama Sweetie Nanie mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira, 23 (lakonan Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.

Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora.

Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Farhana). Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu.

Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah.

Dibintangi oleh : 

  • Aidit Noh sebagai Zafri Khalis
  • Nadia Brian sebagai Nanie Nadira
  • Duerra Mitilda sebagai Manis
  • Nazeera Sardi sebagai Kak Ja
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Fida
  • Julia Farhana sebagai Baizura
  • Faiz Hak sebagai Shah
  • Indah Emeerlda sebagai Tara

Biodata Nadia Brian

Nama Penuh : Nadia Najwa Mohamed binti Rashidi
Nama Popular : Nadia Brian
Asal : Anak kelahiran Negeri Perlis yang dibesarkan di Kelantan
Tarikh Lahir : 30 May 1991
Pelajaran : Ijazah sarjana muda dalam bidang Penyiaran, Universiti Teknologi Mara (UITM)
Keturunan : Berdarah kacukan Melayu-Australia
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Kerjaya : Model dan pelakon
Populariti : Lakonan berkesan dalam drama Akulah Balqis
Status : Belum berkahwin
Drama : Akulah Balqis, Rumi dan Jawi, Nifaq, Sweetie Nannie
Teater : Mok Cun Diwale

Laman Sosial Nadia Brian

Gambar Menarik Nadia Brian

mata-nadia-brain-yang-tajam-e1476628524354-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Nanieartis-baru-nadia-brain-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Nanieartis-dan-model-cantik-nadia-brain-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Naniedrama-akulah-balqis-lonjak-nama-nadia-brain-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Naniegambar-nadia-brain-close-up-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Naniegambar-nadia-brain-pelakon-darah-kacukan-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Naniegambar-nadia-brain-selfie-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Naniegambar-selfie-nadia-brain-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Naniegaya-rambut-nadia-brain-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Naniegaya-seksi-nadia-brain-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Naniemimik-muka-nadia-brain-pelakon-cantik-drama-tv-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Nanie Nadia-brain-heroin-drama-akulah-balqis-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Nanienadia-brain-memakai-telekung-solat-dalam-drama-akulah-balqis-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Naniepelakon-berbakat-nadia-brain-juga-merupakan-peragawati-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie NaniePelakon-wanita-nadia-brain-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Naniewajah-cantik-pelakon-nadia-brain-150x150 Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Nanie

Loading...

Tags: #agama nadia brian #artis kacukan nadia brian #biodata lengkap nadia brian #Biodata nadia brian #Drama lakonan nadia brian #heroin drama akulah balqis #heroin drama sweetie nanie #Info menarik nadia brian #keluarga nadia brian #Kisah nadia brian #koleksi gambar nadia brian #laman nadia brian #milda #nadia brian biodata #nadia brian drama #nadia brian family #nadia brian instagram #nadia najwa #Nadia Najwa Mohamed binti Rashidi #nanie nadira #Pelakon tv nadia brian #sinopsis drama sweetie nanie #Wajah nadia brian

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Profil Nadia Brian Pelakon Drama Sweetie Nanie"