Biodata Abam Bocey Dan Latarbelakang

Biodata Abam Bocey

Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad Bocey dan Achey Bocey. Abam Bocey adalah anak kepada pasangan Syed Mohd Ridzuan (bapa) dan Rosbiah Arshad (ibu). Abam Bocey merupakan pelawak dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

Adiknya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau nama komersialnya, Ali Puteh juga bergiat dalam bidang seni sebagai pelawak, pelakon dan pengacara. Anggota kumpulan komedi terkenal, Bocey bersama dua lagi ahli iaitu Fad dan Achey.

Sebagai pelakon, beberapa drama dibintanginya seperti Mak Cun musim ketiga, Oh My Pondok, Saka Sisters dan Tuyul Ke London. Termasuk telefilem Homestay Berhantu, Bocey Beraya, Samba Bola Kampung, Gebu-Gebu Manis, Suamiku Encik Beruang, Oh My Goat, Projek Bakar Lemang, Hantu Botox, Salah Susuk Raya, Bocey Mencecey, Hantu Rumah Sakit Jiwa dan Tiga Bahadol.

Pembabitannya di layar perak menerusi filem Suatu Malam Kubur Berasap 2, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Ada Apa Dekat Bas Stop, Isteri Untuk Dijual, Kecoh! Primadona Kena Hantu dan Jodoh Syaitan.

Antara pencapaiannya dalam bidang hiburan seperti kemenangan dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 dan Pelakon Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.

Sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017. Mereka disatukan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah pada 14 Jun 2019. Pelawak Abam Bocey dan isteri Siti Norhidayah menyambut kelahiran bayi lelaki pertama di Hospital Selayang.

Bintang ini akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada usia muda pada 14 Februari 2020 di kediamannya di Gombak, Selangor. Kematian beliau menggemparkan dunia hiburan tanah air. Ramai artis dan peminat seluruh Malaysia berduka di atas pemergian arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelawak-abam-bocey-meninggal-dunia-230293

Biodata Abam Bocey :
Nama penuh : Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan
Nama komersil : Abam Bocey
Asal : Gombak, Selangor, malaysia
Agama : Islam
Kerjaya : Pelawak, pelakon
Isteri : Siti Norhidayah
Meninggal dunia :10 Februari 2020 (Isnin)
Laman sosial Instagram : https://www.instagram.com/abam_bocik/

Loading...

Tags: #abam #Biodata Abam Bocey #bocey #gambar abam bocey #pelawak abam bocey #profil abam bocey

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.