Biodata Rich Estranged

Biodata Rich Estranged

Richael Lawrence Gimbang atau lebih dikenali sebagai Rich (lahir 29 Julai 1982) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Rich berasal dari Penampang, Sabah.

Anak jati bangsa Kadazan Dusun ini merupakan seorang jurutera audio, peminat fiksyen sains dan kini menjuruskan dirinya ke arah genre rock.

Lahir daripada program realiti Akademi Fantasia terbitan Astro. Sebelum menyertai Akademi Fantasia, Rich pernah menganggotai band-band ‘indie’ seperti Psyklone dan Estranged. Sehingga kini, Rich masih menganggotai Estranged sebagai vokalis.

Rich diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Rich telah tersingkir pada Konsert ke-3. Seterusnya, Rich tampil semula bersama tujuh peserta bekas pelajar yang lain tetapi beliau tidak berjaya untuk masuk ke peringkat akhir bersama empat finalis yang lain.

Mendirikan rumah tangga bersama pasangan Velvet pada Disember 2008.

Menimang anak sulung pada 1 Mei 2009 dengan pasangan Velvet.

Mempunyai empat cahaya mata iaitu Joshia, Caroline, Kianu dan Denika.

Biodata Rich Estranged :

Nama penuh : Richael Lawrence Gimbang
Nama komersil : Rich, Rich Gimbang
Tarikh lahir : 28 Julai 1982
Asal : Penampang, Sabah
Pekerjaan : Penyanyi
Kumpulan : Estranged dan Psyklone
Makanan Kegemaran : Spaghetti Bolognaise
Minuman Kegemaran : Milo ais
Filem Kegemaran : Star Wars
Lagu Kegemaran : I’ll Be
Hobi : Bola sepak, membaca, bersahabat
Zodiak : Leo
Bangsa : Kadazan Dusun
Instagram : https://www.instagram.com/richaelgimbang/

Loading...

Tags: #anak Rich Estranged #Biodata Rich Estranged #pasangan Rich Estranged #rich af #Rich Estranged #Richael Lawrence Gimbang #richaelgimbang

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.