Neelofa Kongsi 4 Tips Kejayaan Buat Para Peminat!

Kata Kata Neelofa

Neelofa, satu nama yang tidak asing lagi dalam persada seni hiburan tanah air.

Bukan sahaja hebat di pentas lakonan dan pengacaraan, figura kelahiran Kelantan ini memiliki empayar perniagaan yang tersendiri dan sukses.

Kejayaan yang diraihnya menjadi suri teladan buat wanita-wanita diluar sana untuk mengukir kejayaan masing-masing.

Mesti anda tertanya-tanya apakah rahsia disebalik kejayaan aktres drama bersiri Suri Hati Mr Pilot ini.

Dipetik dari Hanasuva.com, Host Meletop ini berkongsi 4 tips kejayaan kepada para peminatnya. Here they are!

1. Sentiasa Cabar Diri Sendiri

“Tidak ramai orang mempunyai keyakinan diri dalam melakukan sesuatu yang baru dan mencabar buat kali pertama. Sentiasa cabar dan yakin pada diri sendiri. Tiada yang mustahil dalam dunia ini selagi ada berusaha keras dan bersungguh-sungguh,” katanya.

2. Tetap Positif

“Sama ada gagal atau berjaya, kita mesti sentiasa positif dalam kehidupan. Ingat, jangan biarkan negatif menpengaruhi hidup anda. Apapun yang terjadi, belajarkan untuk menerima sesuatu yang positif dan tenang,” jelasnya.

3. Kesedaran Diri

“Tidak salah untuk memberikan kata-kata pembakar semangat kepada diri sendiri. Bercakaplah pada diri sendiri bahawa anda boleh lakukan. Ini kerana, hanya diri anda sahaja yang mengetahui dimana kemampuan dan kebatasan diri,” katanya.

4. Sentiasa Berdoa & Bersyukur

“Walau apapun yang berlaku, jangan berhenti berdoa dan bersyukur kepada-Nya. Ingat, segala rezeki sama ada kejayaan, kesihatan, duit dan sebagainya datang daripada Allah SWT. Jika anda berjaya melaksanakan dengan baik, kejayaan akan milik anda!,” jelasnya.

azlan-150x150 Neelofa Kongsi 4 Tips Kejayaan Buat Para Peminat!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #neelofa #Neelofa Kongsi Petua Kejayaan #Neelofa Kongsi Tips Berniaga #Neelofa Kongsi Tips Untuk Berjaya Dalam Hidup #Tips Kejayaan Neelofa

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.