Kenali Syafiq Yusof, Pengarah Muda Berbakat Besar

Syafiq Yusof, Pengarah Muda Berbakat Besar

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan ini sangat sesuai ditujukan kepada pengarah generasi baharu, Syafiq Yusof yang mengikut jejak langkah ayahnya iaitu Datuk Yusof Haslam dalam dunia seni hiburan tanah air.

Lahir dalam keluarga seni, pengarah muda dan berbakat besar ini juga merupakan adik kepada sutradara tersohor negara, Syamsul Yusof.

Jejaka berusia 25 tahun ini memulakan langkah pengarahannya ketika berusia belasan tahun. Antara filem yang pernah diarahkan olehnya adalah Villa Nabila, Abang Long Fadil, Abang Long Fadil 2, Saya Amat Mencintaimu (SAM), Desolasi dan Mat Motor.

Filem arahan terbaharunya iaitu KL Special Force yang turut dibintangi Fattah Amin dan Tania Hudson dijangkakan bakal ditayangkan pada Mac 2018.

Di samping mengarah, anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut berlakon dalam beberapa drama arahannya termasuklah Gerak Khas dan Cinta Dari Marikh.

Jom kita berkenalan lebih rapat dengan figura berbintang Sagittarius ini.

Biodata Ringkas Syafiq Yusof

Nama Penuh: Mohd Syafiq Mohd Yusof
Nama Komersil: Syafiq Yusof
Umur: 25 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 7 Disember 1992
Zodiak: Sagittarius
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak bongsu daripada empat beradik
Kerjaya: Pengarah & Pelakon
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Pengarahan:

1. Filem – Abang Long Fadil 2, Abang Long Fadil, KL Special Force, Desolasi, Villa Nabila, Mat Motor, Saya Amat Mencintaimu (SAM).

2. Drama – Cinta Dari Marikh, Evolusi KL Drifts: The Series, Gerak Khas & Roda-Roda Kuala Lumpur.

Anugerah & Pencapaian :

  • Pengarah Terbaik di Anugerah PROFIMA 2017.
  • Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-29 (2017).

Laman Media Sosial Syafiq Yusof

Trivia Menarik Tentang Syafiq Yusof

  • Syafiq menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pujaan hati, Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 selepas mengikat tali pertunangan pada 23 Disember 2012.
  • Hasil perkahwinan tersebut, Syafiq dan isteri dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Jannah.
  • Merupakan sepupu kepada Fattah Amin, Miller Khan, Aliff Ali, Farali Khan dan Isa Khan.
  • Beliau adalah adik ipar kepada aktres dan usahawan fesyen muslimah, Puteri Sarah Liyana.
  • Graduan dari Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC).
  • Jejaka ini turut diiktiraf sebagai Pengarah Termuda oleh The Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas mengarahkan filem berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM) pada usia 18 tahun.
  • Filem arahannya iaitu Abang Long Fadil 2 dinobatkan sebagai Filem Terlaris Malaysia 2017 dengan meraih kutipan sebanyak RM17.8 juta.
  • Turut menjalankan bisnes berasaskan minyak argan dibawah jenama Luxone Argan Oil yang bermanfaat untuk penjagaan rambut, kulit dan kuku.
  • Selain ayahnya, Syafiq juga mengagumi kejayaan usahawan komestik negara, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu pengasas kepada D’Herbs.
  • Setakat ini, Syafiq memiliki seramai 44,000 pengikut di Instagram dan lebih 50,000 pengikut di Twitter miliknya.
azlan-150x150 Kenali Syafiq Yusof, Pengarah Muda Berbakat Besar

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak anak yusof haslam #Biodata Syafiq Yusof #Kenali Syafiq Yusof #Mohd Syafiq Mohd Yusof #Profil Syafiq Yusof #Syafiq Yusof #Syafiq Yusof Adik Syamsul Yusof #Syafiq Yusof Anak Datuk Yusof Haslam #syafiq yusof biodata #syafiq yusof dan isteri #syafiq yusof haslam dan isteri #syafiq yusof instagram #syafiq yusof kahwin #syafiq yusof movie #Syafiq Yusof Pengarah Filem Abang Long Fadil #syafiq yusof wife

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.