Biodata Sabri Yunus, Pengarah & Otai Komedi Terkenal

Biodata Sabri Yunus, Pok Ya Cong Codei

Biodata Sabri Yunus

Telefilem Pok Ya Cong Codei mula menjadi tular dan mendapat sambutan luar biasa setelah ditayangkan di saluran Astro Citra dan Astro Mustika semenjak 20 Januari lalu. Siapa tidak kenal dengan pengarah dan pembawa watak Pok Ya iaitu Sabri Yunus. Namanya tidak asing lagi dalam dunia lawak jenaka dan seni tanah air sejak membawa nama Wan Ismail Golok dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Mohd Sabri bin Yunus, 57 atau lebih dikenali Sabri Yunus ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan pengarah tersohor Malaysia.

Beliau dilahirkan di kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan pada tahun 1961. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Beliau juga merupakan anak kepada ketua kampung (Tok Ngulu Yunus). Sabri berkahwin dengan Norraya Mohd. Yusof dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi (1991), Syamimi (1993) dan Syazni (1995).

Sabri Yunus mula berlawak ketika di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, di mana beliau pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas. Sewaktu di bangku sekolah, beliau amat popular dalam kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak.

Beliau meminati lakonan Allahyarham S. Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri. Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi. Ketika itu, sambutan ulang tahun sekolah dan beliau tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan. Beliau juga menjadi Otai Lawak bagi program Raja Lawak Astro pada tahun 2007.

Sabri telah membintangi dan mengarah banyak telefilem terbaik sama ada dalam bahasa Melayu dan juga dalam dialek Kelantan. Berikut adalah senarai filem, sitkom televisyen, teater dan juga anugerah yang pernah dimenangi oleh Sabri Yunus.

Filem

  • Driving School (1990) – (Pelakon)
  • Wanita Bertudung Hitam (1992) – (Pelakon)
  • Imigran (1993) – (Pelakon)
  • Yes Tuan (1996) – (Pelakon)
  • Jogho (1999) – (Pelakon)
  • Puteri Gunung Ledang (2004) – (Pelakon)
  • Magika (2010) – (Pelakon)
  • Kembar Siang (2011) – (Pelakon)
  • Libas (2011) – (Pelakon)
  • Mael Lambong (2012) – (Pelakon)
  • Seram Sejuk (2012) – (Pelakon)
  • Jejak Warriors (2015) – (Pelakon)
  • Dukun Doktor Dani (2016) – (Pelakon, pengarah)

Sitkom Televisyen

  • Pi Mai Pi Mai Tang Tu
  • Gado Gado
  • Salam Pantai Timur
  • Nik & Nani
  • Camni Camtu
  • Butik
  • Kelas Malam
  • Kelab
  • Syyy!
  • Moh Ke Kafe Kita
  • Karoot Komedia X

Teater

  • Wangi Jadi Saksi
  • Patah Sayap Terbang Jua
  • Raja Lawak
  • Tok Selampit
  • Matinya Seorang Pahlawan
  • London
  • Pentas Opera
  • Cindai
  • Menunggu Kata Dari Tuhan

Anugerah

  • Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 2005)
  • Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (1993 – 1996 dan 2000)
IMG_20171206_114610-150x150 Biodata Sabri Yunus, Pengarah & Otai Komedi Terkenal

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #adik beradik sabri yunus #anak sabri yunus #anugerah sabri yunus #biodata sabri yunus #drama arahan sabri yunus #filem lakonan sabri yunus #latarbelakang sabri yunus #Mohd Sabri Yunus #otai lawak sabri yunus #pok ya cong codei #sabri yunus #sabri yunus pok ya #sabri yunus pok ya cong codei #siapa pok ya cong codei #telemovie arahan sabri yunus #telemovie sabri yunus #umur sabri yunus

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.