Amalan Memperolehi Rezeki Melimpah & Berpanjangan, Rugi Kalau Tak Diamalkan!

Amalan Memperolehi Rezeki Melimpah & Berpanjangan

Bila disebut tentang rezeki, apa yang kita perlu tahu, perkara yang paling penting ialah meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Bila kita bertakwa pasti Allah SWT memelihara rezeki kita. Bila kita buntu pasti Allah SWT akan memberi jalan keluarnya dan Allah SWT akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.

Terdapat banyak amalan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan rezeki yang melimpah. Namun, segala amalan kita perlulah selari dengan usaha dan ikhtiar. Beramal dengan amalan-amalan untuk dimurahkan rezeki bukanlah bermakna kita tidak payah keluar mencari kerja. Kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja.

Berikut adalah beberapa amalan untuk memperoleh rezeki yang tidak putus dari Allah SWT. Beramallah  secara konsistan dan jangan pula mengharap hari ini kita beramal, esok sudah persoalkan kenapa masih belum kaya. Yakinlah serta letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT supaya dengan ikhtiar ini Allah SWT melimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya.

  1. Ibadah Kepada Allah SWT Tidak Ditinggalkan

Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu berjemaah secara konsisten di masjid. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :

“Wahai anak adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya Aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.” (hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

  1. Hindari Dosa

Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” (hadis riwayat Ibn Majah, Ahmad hadis Hasan)

  1. Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa

Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibubapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

  1. Banyakkan Bersedekah

Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah SWT berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah. Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.

Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-nya) lagi Maha Mengetahui.” (surah al-Baqarah: ayat 261)

  1. Membantu Mereka Yang Lemah

Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda Nabi yang berbunyi :

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (hadis riwayat Bukhari)

  1. Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka

Apabila kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah, Allah SWT akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (hadis riwayat Muslim)

  1. Mempertautkan Silaturrahim Sesama Manusia

Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan.

Nabi SAW bersabda :

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturrahim)” (hadis riwayat Bukhari)

  1. Muliakan Tetamu Yang Bertandang

Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita, alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali :

“Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah ke rumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh di tengah lautan.”

  1. Solat Dhuha

Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi :

“Wahai anak adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (hadis riwayat al-Hakim dan Thabrani)

  1. Sentiasa Bersyukur

Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.

Firman Allah SWT:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (surah Ibrahim : ayat 7)

  1. Tidak Putus Berdoa Kepada Allah

Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah. Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan kerana Allah SWT mahu menguji sejauh mana kesungguhan kita dan Allah SWT juga suka mendengar doa daripada hambaNya.

  1. Melazimi Membaca Surah al-Waqi’ah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi waqas seorang sahabat Nabi SAW yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya diinfaqkan ke jalan Allah SWT; suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:

”Tidakkah kamu bimbang bila kamu mati nanti, anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya:

”Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”

Ditanya kepada :

”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya :

”Aku tinggalkan kepada ank-anak ku dengan pesanan jangan tinggalkan surah al-Waqi’ah.”

  1. Zikir surah as-Saad ayat 54

Zikirkan ayat 54 surah as-Saad sebanyak 33 kali setiap kali selepas solat 5 waktu. Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet. (baca sekali sahaja). Berikut adalah terjemahan ayat ke-54 surah as-Saad :

” Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis.” (surah As-Saad : ayat 54)

  1. Memperbanyakkan Beristighfar

Sabda Nabi SAW :

”Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

  1. Bertawakal Kepada Allah SWT

Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah SWT :

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (surah at-Thalaq :  ayat 3)

Loading...

Tags: #amalan murah rezeki #amalan murahkan rezeki #Amalan Pembuka Pintu Rezeki #amalan rezeki melimpah #Amalan untuk mendapat rezeki yang tidak putus #cara hidup yntuk mendapatkan kemurahan rezeki #ibadah dan amalan murah rezeki #menjemput rezeki #murah rezeki #petua murah rezeki #rezeki banyak melimpah #rezeki berpanjangan #rezeki dari allah #rezeki tak putus putus #tips dan amalan mendapat rezeki yang melimpah #tips mendapat rezeki yang tidak putus #tips murah rezeki #zikir murah rezeki

10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
Adab Serta Perkara-perkara Sunat Dalam Membaca Al-Qur’an
Al-Qur’an sebagai Kitab Suci, Wahyu Ilahi, mempunyai adab-adab tersendiri bagi orang-orang yang membacanya.
Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa
Berpindah ke rumah baru sama ada rumah sendiri yang dibeli ataupun rumah sewa
Wasiat! Ketahui 7 Cara Dalam Menyediakannya
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat

Comments are closed.