14 Tips Mengenali Personaliti Berdasarkan Gaya Tidur!

14 Tips Mengenali Seseorang Berdasarkan Gaya Tidur Mereka!

Posisi tidur kegemaran anda sebenarnya menggambarkan personaliti dan sifat peribadi anda yang sebenar. Cuba anda selidik sendiri sama ada tepat posisi tidur yang disenaraikan di bawah tepat dengan personaliti dan sifat peribadi anda.

Tips Mengenali Personaliti Berdasarkan Gaya Tidur

  1. Posisi Tidur Mengiring

Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka dan degil tanpa mahu mendengar keputusan yang telah dibuat.

  1. Posisis Tidur Bebas

Golongan ini suka tidur meniarap dengan tangan di bawah bantal, atau tangan diselubungi bantal dan kepala mengiring ke kiri atau kanan. Mereka yang suka tidur dengan gaya begini dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar dan agak tergopoh-gapah dalam tugasan harian mereka.

  1. Posisi Tidur Gaya Bayi

Majoriti wanita suka tidur dengan gaya ini. Golongan ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk. Golongan ini juga digambarkan sebagai seseorang yang selalu memerlukan perlindungan dan mudah dikasihani orang lain. Dengan menggulung badan ketika tidur, menunjukkan golongan ini akan cuba sedaya upaya untuk keluar daripada masalah. Golongan ini sebenarnya mempunyai bakat seperti melukis, menari dan menulis blog kerana aktiviti ini dapat meluahkan perasaan bimbang.

  1. Posisi Tidur Gaya Mati

Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.

  1. Posisi Gaya Tentera

Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri dan orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

  1. Posisi Gaya Tapak Sulaiman

Gaya tidurnya terlentang sambil tangan atau lengan diletakkan di atas kepala atau dahi dikenali sebagai orang yang prihatin dan suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu dan tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur dan tidur yang tidak lena setiap malam.

  1. Posisi Mengiring Dengan Lutut Membengkok

Siapa yang suka tidur mengiring dengan keadaan lutut membengkok, bermakna ia seorang yang tenang dan boleh diharap. Golongan ini tidak mudah berasa tersinggung dan berani menghadapi sebarang cabaran, malah mereka juga pandai mengawal perasaan dan sentiasa berfikiran positif walau apa jua cabaran mendatang.

  1. Posisi Meniarap

tidur dalam keadaan meniarap dengan tangan dan kaki terbuka luas, bermakna individu ini adalah seorang ketua yang bagus! Mereka suka mengambil inisiatif dalam menentukan hidup dan kerjaya, seorang yang suka merancang sesuatu plan dan dilihat sebagai seorang yang bertanggungjawab.

  1. Posisi Melentang Menghadap Dinding

Posisi tidur melentang menghadap dinding pula boleh digambarkan sebagai seorang yang positif dan sering menjadi perhatian orang ramai. Golongan ini dikelilingi oleh sekumpulan rakan yang baik kerana suka berterus terang. Mereka juga mempunyai personaliti yang kuat.

  1. Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni dan manja . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

  1. Menggunakan Banyak Bantal

Golongan yang suka tidur menggunakan banyak bantal biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.  Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

  1. Tidur Dengan Satu Bantal

Golongan ini bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

  1. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Golongan ini mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita dan tidak suka berusaha.

  1. Tidur Tanpa Bantal

Golongan yang suka tidur tanpa bantal memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Loading...

Tags: #cara posisi tidur #ciri-ciri individu mengikut gaya tidur #gaya tidur #gaya tidur dan sifat peribadi #gaya tidur melambangkan personaliti #kenal pasangan melalui gaya tidur #kenali sifat peribadi mellaui cara tidur #kenali sifat peribadi seseorang melalui gaya tidur #makna posisi tidur #Maksud Disebalik 'Posisi Tidur' Bersama Pasangan Anda #Personaliti diri dan sifat peribadi individu berdasarkan posisi dan cara tidur #personaliti seseorang melalui posisi tidur #posisi melalui cara tidur #posisi tidur terbaik #Posisi tidur yang baik dan yang buruk

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.